Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
296

Bacaan






Bab 4

Tak sampai sejam pun perjalanan yang aku tempuhi, aku sekarang sudah berada di lapangan terbang negeri kelahiranku. Pergi Kelantan je pun. So, bukan nya lama sangat dalam 45 minit je dah sampai. Lain lah kalau ke luar negara, baru lah memakan 12 atau 13 jam perjalanan.

Mana pula sepupu aku ni. Haihh tak kan tak sampai lagi. Rumah dia bukannya jauh sangat dari sini. Tak ambil masa 10 minit pon untuk sampai ke sini. Leceh betul lah, dah lah panas. Kalau tahu tadi aku tunggu dekat dalam je.

Sedang Elie mengomel sendirian, dia tidak sedar bahawa orang yang di bebel sejak tadi sudah sampai dan sedang memerhatikan nya sejak dari dia melangkah keluar dari lapangan terbang itu. Saja dia tidak mahu menegur terlebih dahulu kerana terhibur dengan keletah sepupunya itu.

“ Ehemm.. Haii kenapa nampak badmood je ni? Datang bulan ke?”

Elie yang sedang membebel seorang diri sejak tadi terkejut apabila terdengar teguran dari seseorang. Dia menoleh ke kiri dan agak terkesima melihat sepupunya di depan mata. Orang yang dia tunggu sejak tadi sudah sampai di depannya. Seseorang yang mampu membuatkan jantung nya bekerja keras mengepam darah dengan laju seperti sedang marathon pada hari sukan. Seseorang yang mampu mebuatkan tidurnya tidak lena apabila dia pulang ke kampung.

Elie buat-buat batuk dan membetulkan suaranya yang tiba-tiba menjadi kelu apabila berdepan dengan sepupunya seorang itu. Dia cuba mengawal rasa terkejut nya sebentar tadi akibat sergahan dari orang yang sedang berdiri tegak di hadapan nya itu.

“ Ishh. Dah lah datang lambat. Lepas tu bukannya reti bagi salam Ekal ni. Buat orang terkejut pulak.” Marah aku sambil menjeling ke arah Haikal. Ataupun di panggil sebagai “ achik” di kalangan keluarga aku. Cuma aku yang tak selalu memanggilnya dengan panggilan itu. Tak tahu kenapa lidah ku amat payah untuk menyebut perkataan itu. Aku lebih senang memanggilnya dengan panggilan Ekal.

“ Ekal.. Ekal. Panggil orang achik lah. Tak habis-habis panggil Ekal. Orang lain semua panggil achik tau.”

Aku tidak menghiraukan teguran nya itu. Salahkah aku tak memangginya dengan gelaran yang di panggilan oleh ahli keluarga ku yang lain? Aku tak suka memanggilnya dengan panggilan itu sebab panggilan itu hanya untuk sepupu kami dan keluarga yang rapat sahaja. Memanglah aku ni sepupu dia, tapi aku tak pernah anggap dia sebagai sepupu. Bagi aku dia lebih dari sepupu. Cuma aku yang tahu apa maknanya itu. Korang pun mesti tahu juga kan?

“ Suka hati lah. Dah lah jom lah balik. Panas lah. Mana kereta nya?”

Dia tidak menjawab malah hanya menonong je jalan tinggalkan aku dekat belakang.

“ Cepat la El, nanti kena tinggal tak tahu.”

“ Ish dia ni. Bukan nya nak tolong angkat beg aku yang besar giler ni. Menonong je dia jalan. Apa punya sepupu la.”

Aku hanya memerhati kan nya yang selamba aje tinggal kan aku sendiri dekat sini. Sabar je lah duhai hati. Tanpa membuang masa aku angkat beg aku yang besar ni dan trus mengekorinya dengan perlahan. Ye lah dengan perlahan, tak kan aku nak berlari pulak dengan beg yang berat ni. Menyesal pulak bawak banyak barang. Yang ddia tu pun satu bukan nak tolong. Tak gentleman langsung. Aku mengekori sehingga sampai ke kereta proton saga miliknya.

“ Achik dah buka dah bonet tu. Letaklah lah beg besar awak tu sendiri nya.” Ujar nya sambil tersenyum kearah sepupunya yang sudah bertukar keruh wajahnya. Dia terus masuk ke tempat pemandu tanpa niat ingin menunggu Elie yang terkial- kial ingin mengangkat bagasi yang berat itu. Sengaja dia ingin melihat wajah gadis itu cemberut. Comel sangat!!

Macam tu je dia bla?? Ish geram betul aku dengan dia nil ah. Sabar Elie, sabar. Kalau bukan dia yang boleh bawak kau balik rumah nenek kau, memang dah lama aku bagi hadiah pelempang sulung yang percuma. Tak payah bayar, free je. Dah lah berat. Haihh…

Lepas memasukkan bagasi aku yang berat dengan susah payah. Akhirnya aku mapu juga sumbat beg tu. Penutup bonet tu aku tutup dengan kuat sebagai tanda protes. Lepastu terus aku masuk ke tempat penumpang di sebelah pemandu. Pintu kereta juga aku tutp dengan kuat. Lantak lah nak runtuh pun. Peduli apa aku kan. Dia yang cari pasal. Tali pinggang keledar aku tarik kasar. Tapi tak boleh nak tarik bila tali pinggang keledar tu tersangkut beberapa kali sewaktu aku menariknya.

“ Ishhh dah kenapa pulak dengan tali pinggang ni. Nak cari pasal jugak ke ape?” omelku sambil berusaha menariknya lagi. Benda ni boleh buat darah aku naik ni.

“ Tu lah, ganas sangat kenapa? Kereta ni dia tak boleh ganas-ganas sangat. Dia kena guna dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Faham?”

Aku terkejut apabila dengan tiba-tiba dia mendekatkan diri nya kepada ku dan menarik tali pinggan keledar lalu memakaikan nya kepada ku. Elok je dia tarik, tak tersangkut pun. Tapi apasal pulak dia tak beralih ni, dah ssiap pakai kan. Ishh benci betul lah. Buat jantung aku berdegup kencang lak. Silap hari bulan ada yang masuk hospital sebab sakit jantung ni.

Haikal sengaja tidak mengalih kan badan nya selepas memakaikan tali pinggang keledar buat sepupunya Elie tadi. Dia saja nak mengusik sepupunya itu. Pipi yang merah akibat malu membuatkan gadis itu nampak comel malah makin comel dengan wajah yang cemberut itu. Tanda tidak puas hati sepupunya terhadap nya tadi. Dia rasa seronok pula mengusik Elie.

Selama ini, sewaktu Elie dan keluarga nya pulang ke kampung ketika menjelang hari raya. Dia tidak pernah melihat sepupunya ini berbual mesra dengan sepupunya yang lain. Mungkin kerana jarang berjumpa yang menyebabkan sepupunya nya itu bersa kekok untuk berbual mesra dengan sepupunya yang lain. Kalau ada pun dia berbual, dia akan berbual dengan sepupu perempuan yang rapat dengan Elie. Rapat kerana selalu berjumpa. Sementelah sepupunya lagi seorang itu pun tinggal di Johor. Sebab itu mereka rapat.

“ Ok. Kita singgah dekat hospital dulu ye? Sebelum gerak ke rumah tok ma. Boleh tak?”

El menghembuskan nafasnya dengan panjang untuk mengawal perasaanya itu. Hospital? Nak buat apa? Ada orang sakit ke? Nak bertanya malu, baik iyakan aje.

“ Ok suka hati Ekal lah. Ekal yang bawak kereta kan. Bukan nya El yang bawak kereta.”

Aku hanya terdengar keluhan yang keluar dari bibir merahnya itu tanpa membalas perkara yang aku luahkan tadi. Ermmm satu perkara yang aku suka tentang Ekal ni, dia seorang yang tak hisap rokok. Sebab tu bibir dia merah je tanda tak merokok. Tapi yang aku pelik tu, sejak bila dia pandai mengusik aku. Bukanlah tak pernah tengok dia mengusik adik sepupuku yang lain, cuma tak pernah lagi dia mengusik aku. Biar je lah malas nak fikir.

Kan aku dah cakap dari lapangan terbang tadi dengan rumah nenek aku ni ambil masa dekat sejam juga. Tu pon sebab berhenti dekat hospital tadi. Bila orang Tanya buat apa bukan nak jawab. Ekal pon sejak dari tadi senyap je. Aku pon tak berani nak menegur. Eleh macam lah berani nak tegur kan. Aku menjuihkan bibir ku sendiri.

Tanpa menghiraukan nya , aku terus mengangkat bagasi aku dan masuk ke rumah nenek ku. Setelah salam di jawab, aku menghulurkan tangan kepada nenek ku untuk bersalam. Ekal jugs melakukan perkara yang sama.

“Ishh Elie, pukul berapa sampai dekat airport tu? Achik yang pergi ambil kat sana tadi ye? Ni dah makan ke belum ni? Nenek ada masak kat dapur. Pergilah makan. Achik pon tadi tokma ada masak ayam masak merah juga. Pergilah makan.”

Nenek aku punya soalan punya lah banyak. Tak tahu nak jawab macam mana. Lagipun aku kekok. Ye lah, nenek aku bertanya dengan loghat kelantannya. Bukan tak faham, tapi serba salah nak jawab dalam loghat yang sama kea tau biasa. Aku ni tak pandai bercakap dalam loghat Kelantan. Tapi tak bermakna aku tak faham apa yang dituturkannya.

Aku hanya tersengih membalas pertanyaan dari tokma.

“ Belum makan lagi. Ingat nak mandi dan rehat dulu baru makan.”

“ tak pe lah kalau macam tu. Perggi masuk bilik maksu. Berehat dekat sana ye.”

Aku hanya menganggukkan kepala mendengar ujaran dari nenek. Bilik maksu menjadi destinasi ku buat masa sekarang. Nenek aku tinggalkannya berbual dengan Ekal yang tidak jemu melayan persoalan dari tok ma. Pintu bilik maksu aku buka dan mengheret bagasi ku masuk ke dalam bilik tersebut.

Aku boleh tidur di bilik ini sepanjang aku tinggal di sini. Bilik ini juga sudah lengkap dengan bilik air. So, aku tidak perlu risau untuk membersihkan badanku kerana aku tidak perlu menapak kea rah dapur untuk mandi.

Mak su aku merupakan seorang guru di sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sekarang dia taka da di sini sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Selalunya maksu akan pulang bersama suami dan anak nya yang comel apabila menjelang musim cuti sekolah.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah ke bilik air dan terus membersihkan diri. Usai menyarung pakaian ke tubuh, aku terus mengerjakan solat zuhur. Niat ku hanya untuk berbaring sebentar. Tetapi mata aku makin lama makin berat. Perbualan Ekal dengan Tok ma semakin lama semakin perlahan terdengar di telinga ku dan seterusnya aku tidak lagi mendengar apa-apa lagi. Aku terus hanyut di buai mimpi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku