Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
415

Bacaan






BAB 5

Aku tersedar dari tidur apabila terdengar azan berkumandang dari surau berdekatan dengan rumah tok ma aku. Aku melihat kea rah jam yang tergantung dalam bilik maksu ku yang sedang menunjukkan pukul 4.30 petang.

“ Azan Asar rupanya. Nasib aku tak terbabas sampai ke Maghrib. Ada yang kena bebel dengan Tok ma nanti.”

Aku bangun dari berbaring ke posisi berlunjur di atas katil. Belum sempat aku ingin mengangkat punggung dari katil, pintu bilik terkuak dari luar. Tidak sampai beberapa saat, terjengul kepala Tok ma di depan pintu sebelum dia melebarkan pintu lalu masuk ke kamar itu. Aku hanya menunggu Tok ma yang berjalan perlahan kea rah ku yang sedang elok duduk di atas katil.

Aku memberikan ruang untuk Tok ma melabuhkan punggungnya di situ. Tok ma duduk di atas katil sambil matanya tidak lepas memandang kea rah aku.

“ El selesa ke duduk dekat sini?” Tanya Tok ma sambil tersenyum kea rah ku. Haihh . jadi serba salah pulak nak jawab. Macam mana nak jawab ni ea.. korang ada jawapan tak? Aku ni dah kenapa? Bukannya ada orang jawab pun kalau aku tanya. Aku pantas menggelengkan kepala ku beberapa kali.

“ Memang tak selesa ke?” Tanya Tok ma sekali lagi.

“ Huh? Eh taka da lah Tok ma.” Sambil tersengih aku menjawab.

“ Dah tu yang tergeleng kepala tu kenapa?”

“ Hehehe. Tak ada apa lah Tok ma. El tengah fikir jawapan nak jawab soalan Tok ma tadi tu la.”

“ La kenapa berfikir sampai macam tu sekali El? Susah sangat ke soalan Tok ma tadi tu?” mahunya tak susah. Kalau nak di bandingkan soalan Tokma dengan soalan Biologi yang aku jawab masa SPM hari tu, aku rasa soalan Tok ma lagi susah kot. Padahal soalan simple je Tok ma tanya. Selesa ke tidak. Aku kena jawab ye ataupun tak je.

Aku hanya tersenyum memandang Tok ma. Tak tahu lah nak jawab apa. Sebenarnya aku memang ada sedikit rasa tak selesa tinggal dekat sini. Ye la, ni bukan rumah aku. Dekat sini semuanya terbatas. Tak boleh buat sesuka hati hati aku buat kat rumah aku. Yang paling penting aurat. Hatta nak pergi jemur baju pun aku kena pakai tudung nanti.

Rumah dekat sini tak sama macam rumah aku kat bandar. Kat sana pagar rumah besar dan tinggi. So, tak kesah sangat kalau jemur kain tak pakai tudung. Dekat sini memang sah la kena pakai tudung. Rumah-rumah jiran rapat dan ada yang rumah yang tak ada pagar langsung. Tu yang bahaya tu. Ishh lama pula aku melalut ni, kesian Tok ma membebel sorang-sorang. Aku terus focus semula dekat Tok ma.

“ Tok ma nak minta maaf kalau El tak selesa tinggal dekat rumah ni. Ye la serba serbi kurang. Kat sini pun cuaca dia panas. Bandar pun jauh dari sini. Kut-kut lah El bosan nanti.”

“ Eh apa yang Tok ma cakap ni? In Sya Allah El akan biasa kan diri El dekat sini. Tok ma tak payah lah nak minta maaf, El ok je. El akan cuba biasa kan diri El sendiri dekat sini.”

Terlihat sinar kebahagiaan yang terpancar semula di muka Tok ma selepas mendengar percakapan daripada aku. Aku tersenyum apabila melihat senyuman yang terukir di bibir tua itu. Pesan mama supaya tidak menyusahkan Tok ma akan aku ingat!. Biar lah aku berasa susah, bila lagi kan aku nak rasa susah macam ni.

“ Tok ma, El lapar la. Jom teman El makan.”

“ Tula tadi Tok ma nak kejut suruh bangun makan, tapi tak sampai hati tengok El macam penat sangat. Tu yang Tok ma biar je tidur tu. Tok ma dah makan dah dengan achik tadi.”

“ Oh ya cakap pasal Ekal, mananya budak tu Tok ma? Dah balik ke?”

“ Ekal –Ekal. Tak boleh ke nak panggil dia achik El?”

Ambik kau, kan dah kena. Ha tu lah padahnya kalau terlepas cakap depan Tok ma. Tok ma memang pantang kalau ada siapa – siapa yang tidak memanggil seperti yang ditetapkan. Aku sendiri ada panggilan aku sendiri waktu aku kecil. Disebabkan aku anak tunggal, Tok ma suruh panggil aku “ adik”.

Tapi sekarang dah tak pakai dah gelaran tu sebab aku tak pernah menyahut kalau ada yang panggil aku dengan panggilan tu. Sebab tu sekarang panggil aku dengan nama je. Senang sikit.

“ Dah balik dah budak tu. Katanya nak singgah hospital dulu sebelum balik rumah.” Hospital? Kenapa dari tadi dia sibukkan sangat nak ke hospital tu. Siapa yang sakit sebenarnya ni? Nak kena korek dengan Tok ma ni.

“ Siapa yang masuk hospital Tok ma? Tadi pun dia ada singgah sekejap dekat hospital. Tapi dia tak bagi El naik sekali dengan dia sebab dia kata nak naik sekejap je nak hantar barang.”

“ Sepupu dia si Aina tu yang masuk hospital.”

Aku hanya menjuihkan bibir ku tatkala mendengar ujaran dari Tokma. Budak tu rupanya masuk hospital. Alaa ingat kan siapa tadi. Kalau budak tu yang masuk hospital, aku tak heran sangat sebab dia tak penting bagi aku. Hahahahahaha!!!!

“Yang terjuih bibir-bibir tu dah kenapa? Tak baik tau El”

“ Apa pulak tak baik nya Tok ma, El tak cakap apa-apa pun.”

“ Ye lah. Sekurang-kurangnya bagi simpati lah sikit dekat budak tu. Tu sepupu achik tu. Tak akan kamu tak kesian dia budak tu. Aina tu baik budak nya. Tak memasal kena langgar masa nak balik dari pasar.”

“ Kenapa pulak El nak kesian kan dia? Dia tu sepupu Ekal tapi bukan nya sepupu El. So, El tak kesah sangat. Biar padan muka dia. El tak suka lah dia.”

Muka aku dah start nak merah dah, bukan sebab malu tapi sebab nak marah. Apesal semua nak bela budak tu. Kalau nak kesian kan dia, kesian lah. Tak payah nak ajak-ajak aku sekali. Mungkin bagi diorang Aina tu seorang yang baik. Tapi bagi aku, dia tu hipokrik. Depan semua orang memang lah baik. Belakang semua tak tahu perangai dia yang sebenar.

“ Tok ma bukan apa El, Tok ma tahu yang El tak suka dengan dia. Tapi sekurang-kurangnya jangan lah tunjuk sangat. Depan Tok ma tak pe lah El nak tunjuk muka macam ni. Kalau depan family dia jangan nak tunjuk macam tu. Kecik hati dia orang nanti. Dah lah , jom kita pergi makan. Tadi kata lapar kan?”

“ Tok ma pergi lah makan dulu. El dah tak ada selera. Nanti kalau El lapar El ambil dekat dapur.”

Tok ma hanya mengeluh dan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tahu sangat yang aku ni tak suka di paksa. Kadang-kadang sifat memberontak aku akan keluar dulu. Daripada aku meninggi kan suara dekat Tok ma nanti, baik aku tenang kan hati dengan fikiran aku dulu.aku hanya melihat langkah Tok ma yang melangkah kea rah pintu bilik untuk keluar ke ruang tamu. Tok ma sempat memberhentikan langkahnya di depan pintu dan memusingkan badanya menghadap aku.

“Besok achik datang sini, bawak kita pergi hospital. El ikut Tok ma ye?”

Aku tidak menjawab pertanyaan dari Tok ma. Aku hanya menganggukkan kepala ku beberapa kali tanda aku setuju dengan ajakan nya.

Aku melihat senyuman yang terukir dibibir tua Tok ma apabila melihat kesudian aku menemani nya ke hospital esok. Tak mungkin aku akan hampakannya. Aku sanggup teman Tok ma esok, tapi jangan harap aku akan bertegur sapa dengan Aina. Aku ada sebab aku yang tersendiri kenapa aku begitu tidak sukannya.

Perut yang lapar tadi hilang apabila terdengar tentang budak tu. Akhirnya aku tidur pada malam itu dengan perut yang kosong.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku