Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
519

Bacaan






BAB 6

Balik je dari hospital, aku terus masuk ke bilik.Tok ma pun aku tak tegur. Bukan nak jadi kurang ajar, tapi aku penat. Penat sangat-sangat. Penat melayan orang yang perangai tak semenggah. Menyesal pulak aku ikut Tok ma pergi hospital tadi. Atleast kalau duduk rumah seorang pun, hati aku ni tak sakit dengar sindiran pedas.

Huhh! Sakit-sakit pun sempat lagi nak sinidir-sindir orang. Ada yang aku doa sakit kau tu melaratkan. Ishhh apa yang aku merepek ni? Astaghfirullah, tak baiklah aku ni. Aku mengeluh lagi. Yang aku nak angin ni dah kenapa? Bukan salah sapa-sapa pun, salah sendiri. Sendiri yang gatal nak ikut.

Tok ma dah offer tak payah pergi, kau gatal kan. Kan dah kenangan budak tak semenggah tu. Konon, nak jaga hati Tok ma la sangat kononnya, sekarang sendiri yang tanggung sakit hati.Haihhhh..

Bila ingat balik kejadian dekat hospital tadi buat aku angin je. Nasib ko sakit Aina, kalau tak dah lama aku ganyang kau. Ceh, macam lah kau berani nak ganyang orang El. Korang nak tahu tak apa yang jadi dekat hospital tadi? Meh kita flashback balik kejadian pagi tadi.

“ Betul ke El nak ikut pergi hospital ni?”

Dahi aku dah berkerut seribu, silap hari bulan ada yang tua sebelum umur ni. Tok ma ni kenapa? Semalam dia yang suruh ikut.Aku dah siap pakai tudung kut. Budak Ekal tu pun dah sampai dah. Kotya pun nak tanya aku jadi pergi ke tak kenapa tak tanya lepas solat subuh tadi. Kan aku solat berjemaah dengan Tok ma subuh tadi.

“ Eh, apa pulak tak betulnya Tok ma? El dah siap bertudung dah ni. So, betullah nak ikut ni. Ekal pun dah sampai dah tu Tok ma. Jomlah kita pergi dekat kereta dia tu. Kesian pulak nanti dia tunggu lama kat situ Tok ma.”

Aku baru je nak melangkah setapak, Tok ma dah pegang lengan aku. Menahan aku dari terus melangkah. Aku hanya memandang wajah Tok ma yang kelihatan serba salah tu sambil menanti bicara darinya.

“ Betul ke ni?”

Haihh Tok ma ni, tak sudah-sudah lagi rupanya pasal tadi. Ingatkan dah habis dah.

“ Betullah. El sungguh-sungguh nak teman Tok ma ni. Tok ma tak payah fikir lagi ok? Dah –dah, jomlah kita pergi. Ekal tu dah keluar dah pon dari kereta, mungkin sebab lama sangat kot dia tunggu kita.”

Aku hanya memandang Tok ma yang melangkah ke kereta Ekal tu dengan keluhan yang perlahan. Kalau bukan sebab Tok ma, tak ada maknanya aku nak ikut.

Suasana di dalam kereta hanya di temani dengan suara dari corong radio sahaja.Sesekali terdengar juga perbualan dariTok ma dengan Ekal. Tidak ada keinginan pun untuk menyampuk perbualan mereka. Bukan tak nak menyampuk, tapi aku malas. Buat masa sekarang aku lebih selesa mendiamkan diri sambil mendengar lagu yang di putarkan oleh DJ dari stesen radio THR GEGAR. Perkara tersebut berlarutan sehingga sampai di Hospital Kota Bahru.

Sampai je dekat hospital, aku hanya menjadi pengikut setia Tok ma yang ralit bertanya kan keadaan Aina. Aku juga perasan yang sekali sekala Ekal ada menjeling aku yang diam membisu sejak naik ke keretanya. Saja aku buat tak tahu, malas nak layan dia.

Aku terus duduk di kerusi menunggu apabila sampai di depan biliknya itu. Huh tiada keinginan untuk aku masuk menjenguk nya di dalam. Lagipun aku dengan dia mana boleh bertemu, nanti ada je yang nak di gaduhkan. Macam anjing dengan kucing yang pantang bersua pasti bercakar antara satu sama lain. Nasib Tok ma faham kenapa aku tak nak masuk. Hihihi

“ El tak nak masuk ke tengok Aina ?” soal Ekal apabila aku tidak melangkah mengekori langkah Tok ma ke dalam bilik yang menempatkan sepupunya itu. Eleh nak masuk pergilah masuk. Sibuk nak ajak orang masuk pula.

“ Memang tak nak masuk pun. Dan sapa cakap El dating sini nak tengok dia? El dating sini nak temankan Tok ma je, bukan nak jenguk dia.”

“ Kenapa pula dating tapi tak nak masuk? Masuklah El, tengok dia sekejap. Mak bapak dia pun ada kat dalam tau. Tak elok kalau dah datang tapi tak tunjuk muka tau. Lagipun, El tak kesian dekat dia ke?”

“ Kesiandekat sapa pulak ?”

“ Aina lah. Sapa lagi. Kan dia yang masuk hospital sekarang ni.”

Huh dia nak aku kesian dekat sepupu dia yang perangai tak semenggah tu? Oh tolong lah…. Memang taklah. Tak nampak mana faedahnya aku nak kesian dekat dia. Aku ni bukannya baik sangat dengan orang lain. Prinsip aku senang, orang buat baik dengan aku, aku baik lah dengan orang tu. Tapi kalau sebaliknya , maaflah ye aku akan layan kau sebaliknya juga.

Tapi tak akan aku nak cakap kat dia kan.Tak pasal-pasal aku dengan Ekal gaduh pulak di sebabkan sepupu kesayangan dia tu. Tapi bila fikir balik, takkan aku tak nak jumpa mak bapak Aina pulak kan. Nanti kata tak sopan pulak kalau tak tunjuk muka kat diaorang. Lagi pun mak bapak dia baik je dengan aku selama ni, so aku kena balas baik juga. Ingat prinsip kau El.

Jenguk sekejap tak pe kot. Lepas tu aku keluar lah, buat alas an nak pergi sembahyang ke nak pergi toilet ke. Yess dah ada idea. Hihihi . Aku bangun dan hanya berjalan masuk ke bilik yang menempatkan Aina tanpa mempedulikan Ekal yang dah pandang aku pelik semacam. Yelah tadi kata tak nak masuk. Alih-alih masuk juga.

“ Assalamualaikum” aku membei salam dan mengukirkan senyuman yang manis. Ni bukan senyuman yang di buat-buat nye. Ni ikhlas punya senyuman. Dekat parent Aina je lah. Dekat Aina, jangan kan senyum tengok pun kalau boleh aku tak nak. Aku sempat menangkap senyuman dari Tok ma, mungkin dia tak sangka yang aku boleh juga menjejakkan kaki aku ke dalam wad first class ni.

“ Baguslah El dah masuk. Boleh tolong mak cik tengok – tengokkan Aina ni. Makcik dengan Tok ma El ni nak pergi solat Zohor sekejap. Risau juga tadi ingat tak ada orang yang boleh tengok-tengok kan anak mak cik ni. Bolehkan El tolong? Haikal ada tapi El tahu kan yang Haikal tu lelaki, payah nanti kalau Aina nak mintak tolong pergi toilet ke.”

Aduhhhhh potong jalan betul lah, aku baru ingat nak bagi alasan nak pergi solat zohor tadi. Alaaaaa macam mana ni, tak kan aku nak cakap tak boleh pulak. Serba salah pulak aku dibuatnya. Aku hanya menganggukkan kepalaku beberapa kali tanda persetujuan untuk menemani anaknya sementara dia dengan Tok ma pergi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Tak pe kot, lagi pun Ekal ada. Dia tak kan buat perangai pelik-pelik kalau ada Ekal.

Tersenyum panjang mak cik Hasnah apabila aku bersetuju untuk menjaga anak tunggalnya itu. Harap-harap kau tak cari pasal lah ye.

“ Nanti lepas mak cik dengan Tok ma habis solat, tukar pula ye. El dengan Haikal pulak yang pergi solat. Boleh?”

“ Boleh Mak su.” Jawab Ekal.

Aku hanya memandang mereka berdua yang berjalan kea rah pintu wad itu. Tiba-tiba rasa sedih pulak, bukannya diaorang nak pergi mana pun, tapi nak ke ruang solat je pun. Aku hanya mampu mengeluh perlahan.

“ Haikal…. BolehbelikanAinamakanan. Ainalaparlah.”

Eh-eh perempuan ni. Makanan atas meja tu punyalah banyak tak terusik. Makan je lah yang ada tu. Menyampah betul dengan suara yang konon-kononnya dia tu lemah sangat lah.

“ kan ni banyak lagi makanan yang ada ni. Makan yang ni je lah ye. Membazir kalau tak makan. Tak elok tau, nanti Allah marah.”

See …. Ekal pun setuju dengan aku. Cuma kenapa dia pujuk Aina dah macam pujuk budak 7 tahun ni. Padahal umur dah nak masuk 18 tahun. Ye lah kan kami bertiga ni sebaya je. Masing-masing baru lepas ambil result SPM minggu lepas.

“ Tak nak… makanan tu tak sedap. Belilah yang lain untuk Aina. Please..”

Aku hanya melihat Ekal yang mengeluh dengar rengekan Aina yang seperti budak 7 tahun yang mengamuk nak tak dapat beli gula-gula. Tak baik tau dia ni mengeluh. Cehhh kau cakap orang El, kau apa kurangnya. Tertiba sentap dengan diri sendiri. Haihhhh....

“ Ok fine. El tolong tengok-tengokkan Aina ye ? Dia belum sihat lagi ni. El tolonglah kalau dia perlukan apa-apa.”

“ ermmmmmmm” aku hanya menjawab tanpa memandang kea rah nya. Kenapa aku? Ishhhhh bencilah macam ni. Kalau aku tahu, aku tak masuk dalam tadi. Aku hanya menghantar Ekal dengan pandangan mata sehinggalah dia hilang di sebalik pintu. Aku tahu yang dia pun serba salah nak tinggal kan sendiri dengan sepupu dia tu. Macam lah dia tak tahu yang kitaorang ni mana boleh berjumpa. Ada je yang tak kena nanti.

Aku hanya melayan phone aku tanpa mempedulikan orang yang tengah sakit depan aku ni. Dia pun bukannya suka aku datang sini. Buat seketika, aku menjadi leka dengan telefon membalas pesanan dari kawan-kawanku di aplikasi whatsaap.

“ Haikal suruh kau tengok-tengokkan aku, yang kau sibuk sangat dengan handphone kau tu kenapa ?!! “

See , aku dah cakap dah yang dia ni bukan boleh tengok aku duduk senang. Ada je yang dia tak puas hati nanti. Haishh benci betul aku dengan perempuan ni la. Tak padan dengan diri tu sakit.

“ Dia suruh aku tengok-tengokkan kalau kau perlukan something or bila kau sakit. Aku tengok kau ok je, boleh tak jangan kacau aku.” Aku menjawab tanpa memandang ke arahnya. Focus aku tetap pada handphone di tangan.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu seperti bunyi katil.Aku hanya melihat Aina yang berusaha untuk turun dari katil. Dia ni tak boleh ke nak mintak tolong dengan aku. Ego betul. Menyusahkan diri sendiri.

“ Aina.. kau ni kalau nak pergi mana-mana boleh tak cakap. Buatnya si Haikal tu tahu aku biarkan kau sorang-sorang ni ada yang dimarahnya aku ni.”

Dia tidak menjawab pertanyaan dari aku dan terus berusaha untuk turun dari katil. Akhirnya , aku bangun dan menghampirinya.

“ kau nak pergi mana? Sinilah aku tolong. Jatuh kau nanti susah pulak. Kau tu dah lah belum sembuh.”

Aina tidak membantah sewaktu aku memapahnya perlahan –lahan turun dari katil.

“ kau nak pergi mana ni ?”

“ toilet.”

Aku terus memapahnya perlahan-lahan untuk ke tandas. Lagipun tandas tu bukannya jauh sangat pun. Dekat je. Ni kan bilikwad first class. Mestilah bilik air disediakan. Masa aku tengah papah dia tu, entah macam mana tiba-tiba tangan aku yang memaut tangannya itu terlepas dan mengakibatkan dia jatuh ke lantai.

“ aduhhhhhhh kau ni kenapa? Kalau rasa tolong tu tak ikhlas baik kau tak payah tolong.”

“ Ya Allah Aina, sorry. Aku tak sengaja. Aku mintak maaf.”

Aku cuba mendekatinya untuk membantunya bangun namun dia enggan malah di tolaknya aku sekuat hatinya agar tidak mendekatinya. Serius aku memang tak sengaja. Aku ni bukan nya jahat sangat nak bagi dia tambah sakit. Sedang aku ingin bangun dan mendekati nya semula, pintu masuk wad yang tertutup di kuak dari luar.

“ Ya Allah Aina, apa dah jadi ni?”

Ekal masuk lantas berlari mendekati Aina. Nampak dari riak wajahnya yang dia begitu risau akan keadaan Aina. Dia memandang aku untuk meminta penjelasan. Aku hanya mampu menggeleng kepala ku tanpa bersuara sedikit pun. Dia terus focus kea rah Aina semula yang masih menangis.

“ Kenapa ni Aina? Macam mana boleh jatuh ni?”

“ El dia yang tolak. Tadi Aina mintak tolong dia papahkan Aina untuk ke tandas, tapi dia tak nak tolong. So, Aina bangun lah sendiri. Tapi bila Aina nak jalan tu, El datang dan dia tolak Aina. Sakit Haikal.” Adunya dengan esakan yang sengaja dibuat-buat.

Terkejut aku mendengar kan aduan dari nya. Aku akui yang memang aku penyebab dia jatuh, tapi bukan kerana aku yang tolak dia. Dia ni memang sengaja tau. Baik aku bagitahu Ekal cepat. Takut dia salah faham pula nanti.

“ Tak Ekal. Bukan macam tu El nak..” belum sempat aku ingin menerangkan perkara yang sebenar nya. Percakapan aku dah dipotong dahulu olehnya.

“ El dah tak payah nak explain apa-apa lagi. Macam ni ke El jaga orang yang sakit. Kalau tak suka sekalipun jangan lah sampai nak tolak Aina macam ni. Dia kan tengah sakit sekarang ni. Kalau rasa tak ikhlas jaga tu, kenapa tak cakap dari awal?”

“ Bukan macam tu..”

“ Habistu macam mana? Jangan bagi alasan lah. Ekal tahu yang El tak pernah suka kan Aina and that why you tolak dia sampai jatuh kan? Betul kan? Kenapa diam? Betul lah kan?”

Semua pertanyaan dari nya aku tak jawab. Aku perhati je dia yang memapah Aina ke katil. Aku tak sangka yang dia lagi percayakan Aina dari aku. Aku hanya memandang mereka sebelum berjalan mendekati pintu. Aku rasa aku dah tak tahan untuk terus di situ. Lebih baik aku pergi keluar dan ambil angin. Tak nak aku tengok muka yang hipokrik tu. Buat sakit hati je.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku