Dia..Abah..
Bab
Genre: Keluarga
Kategori: Puisi
Paparan sejak 03 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
399

Bacaan






Dia…Abah

Sewaktu anakmu baru melihat dunia

Dia orang pertama yang mendengarkan kalimah Allah di telingaku

Ketika aku hampir berputus asa dalam mengejar cita-cita

Dia hadir menghulurkan tangan

Menarik aku untuk bangun semula

Demi mengejar apa yang terpendam


Tulang empat kerat itu dia kerah

Demi menyuapkan rezeki untuk keluarga

Tak pernah dia merungut penatnya bekerja

Kerana tingginya kasih dan sayang dia pada kami


Dia tegas…dia garang..

Namun jauh di sudut hatinya punya satu rasa yang begitu halus

Bisa terguris dan menangis

Tatkala merindui insan bernama anak

Namun semua itu tetap terpendam di dalam hati

Baginya biar Allah sahaja yang tahu


Dia..Abah…

Akan kami kalungkan doa buatmu

Di kala kau ada mahupun saat kau telah tiada nanti

Besar pengorbananmu hanya Allah yang bisa membalas



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku