Budak Bambam Itu
Bab 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1130

Bacaan







Adilah melangkah menaiki tangga menuju ke tingkatan 5 Nilam dengan senyuman melebar. Di tangannya ada beberapa buah buku matematik tambahan. Dia sudah tidak sabar untuk belajar bersama Arief Hakim. Waktu itu adalah waktu kelas persediaan petang. Dia sudah berjanji dengan Arief Hakim untuk belajar bersama. Ada banyak soalan yang ingin ditanya. Sesungguhnya dia memang tidak faham apa yang Cikgu Kawsy ajar pagi tadi.

Dalam sibuk berangan-angan, tiba-tiba satu lembaga meluru dan melanggarnya ketika dia membelok di tingkat atas. Mujur dia tidak terjatuh. Namun, buku-bukunya bertaburan di atas lantai.

Maaf.” Kedengaran suatu suara memohon maaf.

Tak apa,” balas Adilah yang sedang tunduk mengutip buku-bukunya. Pelajar lelaki yang melanggarnya turut sama membantunya mengutip buku-buku yang bertaburan. Saat bertentang mata, wajah Adilah yang baru sahaja mengukir senyuman terus berubah menjadi masam.

Awak yang langgar saya?” tanya Adilah kasar.

Pelajar lelaki itu merengus. “Lain kali mata letak lagi di kepala lutut, biar tak nampak orang,” sindir Izham.

Adilah tersentak. Marahnya semakin membuak. “Helo, patutnya saya yang cakap macam tu. Dia yang langgar kita, ada hati nak marah kita pula!” Adilah menjeling lalu bangun. “Awak tu yang ada empat mata pun tak nampak orang. Nak kena tambah lagi ke?” Adilah mencebik.

Awak ponteng prep, ya?” Izham menukar topik.

Kalau saya ponteng, awak buat apa di sini?” bidas Adilah.

Saya baru selesai mesyuarat. Awak tu buat apa di aras ini? Kelas kita di bawah.”

Adilah meluat betul dengan budak lelaki ini. Sungguh, seumur hidupnya, tidak pernah dia bertemu dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kepoh!

Jaga tepi kain sendiri boleh tak? Sibuk saja!”

Izham ketawa kecil. “Maaflah, sekarang saya tak pakai kain. Biasanya saya cuma pakai kain pelekat semasa sembahyang.”

Adilah mendengus lalu berjalan melepasi Izham. Izham hanya tersenyum seraya menggeleng memerhati langkah Adilah. Seketika, dia memandang jam lalu meluru menuruni tangga. Dia tidak suka masuk lambat ke kelas persediaan. Sebagai pelajar yang berdisiplin, Izham sangat menepati masa.

Adilah tiba di muka pintu kelas tingkatan 5 Nilam. Matanya cepat menangkap kelibat Hakim yang sedang berbincang sesuatu dengan seorang pelajar perempuan. Adilah tersenyum lalu mengetuk pintu dengan yakin.

Seketika hampir kesemua mata memandang ke arah pintu. Adilah jadi serba salah. Dia memberi salam perlahan.

Arief, buah hati kau dah sampai,” laung satu suara memecah kesunyian.

Hakim mengangkat muka. Gadis yang tadi berbincang dengannya juga menoleh. Matanya tepat memandang Adilah. Dengan selamba Adilah melangkah masuk menuju ke meja Hakim. Dia sedar ada mata yang mengekori langkahnya dan ada bisik-bisik halus kedengaran, namun, dia tak ambil peduli.

Hakim berjalan mendekatinya. “Mari kita cakap di luar.”

Adilah tersentak. ‘Kenapa tak boleh cakap dalam kelas? Awak malu dengan saya?’ Ikutkan hati mahu sahaja ditanya soalan-soalan itu. Adilah terasa hati namun dipendam juga. Dia hanya mengikut langkah Hakim ke luas kelas. Mereka berhenti di beranda koridor di hadapan kelas.

Awak dah lupa ke janji kita?” Adilah muncung.

Janji?”

Yalah. Awak kata nak ajar saya matematik tambahan. Saya tunggu hampir 20 minit awak tak datang, jadi saya naiklah. Manalah tahu awak lupa.” Bersungguh-sungguh Adilah menjelaskan tujuan dia datang ke kelas Hakim.

Err... saya lupa nak cakap, sebenarnya hari ni saya tak boleh tolong awak. Saya kena ulang kaji, esok ada ujian mengejut. Saya baru tahu tadi.”

Tak nak kenalkan kawan awak ni?” Gadis ayu yang tadinya berbincang dengan dengan Hakim tiba-tiba muncul dan menyampuk.

Azmar, inilah Adilah yang saya ceritakan tempoh hari. Adilah, ini Azmar.”

Adilah menghulurkan bersalaman dengan Azmar. Adilah memang mengenali Azmar yang juga ketua aspuri. Seketika mereka berbalas pandang. Adilah tersenyum lebar. Azmar memandang Adilah dari atas ke bawah.

Dia ni kenapa? Cantik sangatkah aku? Tak berkelip mata dia pandang aku,’ bisik hati kecil Adilah. Dia ketawa kecil.

Kenapa awak ketawa?” tanya Hakim. Akmar juga memandang Adilah dengan wajah kehairanan.

Eh, tak ada apa-apa.” Adilah menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Malunya, tentu Hakim ingat kepala aku ni biul.’ Dalam hati, dia merungut sendirian.

Tiba-tiba Adilah terasa janggal berada dalam kalangan rakan kelas Hakim. Dia tahu ada ramai mata yang menjeling keluar memandangnya dengan wajah kehairanan. Akmar dan Hakim juga kaku memandangnya. Adilah rasa serba salah. Ternyata kehadirannya tidak dialu-alukan.

Err… tak apalah kalau awak tak boleh ajar saya hari ini, lain kali sajalah.”

Esok petang, kita jumpa seperti biasa, ya?” Hakim sendiri ternyata serba salah.

Esok, kalau awak sibuk tak apa.” Adilah tersenyum kelat.

Adilah, maaf....” Hakim semakin serba salah.

Hah, tahu pun rasa bersalah. Siapa suruh mungkir janji? Tak baik okey mempermainkan perasaan saya!”

Hah?” Hakim tersentak mendengar kata-kata Adilah. Wajah Adilah yang mencuka direnungnya. Adilah yang dia kenal memang mudah merajuk tetapi mudah juga dipujuk.

Marah?” tanya Hakim.

Awak rasa?” Adilah menjelir lidah.

Hakim ketawa kecil. “Awak ni masih manja macam dulu!”

Hakim, cepatlah, kita ada banyak lagi soalan belum jawab.” Tiba-tiba Azmar bersuara lagi.

Tawa Hakim mati serta-merta. Dia memandang Adilah. Barulah Adilah perasan yang Azmar tidak berganjak daripada kedudukannya sejak tadi. ‘Sibuk betullah dia! Siapa sebenarnya dia?’ Persoalan itu bermain dalam fikiran Adilah. Dia tahu yang Azmar adalah ketua pelajar perempuan tetapi perlukah dia menyibuk dalam perbualan Hakim dan Adilah?

Tak apa, nanti-nanti kita belajar bersama.” Adilah mengukir senyuman kepada Hakim. Kemudian dia berpaling lalu melangkah pergi.

Adilah berjalan sepantas yang mungkin. Perasaannya ketika itu seperti baru beli sepinggan nasi lemak dan kemudian pinggan itu terlepas daripada tangan. Nasi lemak itu jatuh bertaburan di atas lantai dan dia hanya mampu melihat rezeki yang bukan lagi rezekinya. Hmm... sangat-sangat hampa.

Bencinya! Tak dapat belajar dengan Hakim. Kenapalah kami tak sama kelas? Hakim, kenapalah awak pandai sangat? Kalau awak tak lompat kelas tentu kita sekelas. Dapatlah kita belajar bersama-sama setiap masa!” rungut Adilah sambil melangkah menuruni tangga.

Buang masa sahaja dia ke kelas Hakim. Disangkanya tadi, Hakim lupa. Rupa-rupanya sengaja mungkir janji. Adilah tahu Hakim ada alasan kukuh. Esok ada ujian, tentulah dia mahu ulang kaji dengan rakan-rakan.

Yalah, kalau dengan Adilah, bukannya dia sempat ulang kaji, ada sahaja soalan yang dikemukakan Adilah. Semua hendak tanya. Semua pun tidak faham. Hendak buat macam mana, memang otak dia berkarat?


*****

Tanpa pengetahuan Adilah, dia semakin popular di kalangan pelajarsenior. Ramai yang sibuk bertanya hubungan sebenar Arief Hakim dengan Adilah. Semuanya bermula daripada lukisan yang dilukisnya. Hakim menampal lukisan itu di dinding lokarnya. Apabila ada yang bertanya, dengan selamba dia mengatakan itu lukisan kawan lamanya. Kawan lama yang istimewa dalam hidupnya.

Sudah menjadi lumrah, tentulah perkara sebegitu disebarkan dari mulut ke mulut. Jangan tidak tahu, budak lelaki pun kepoh! Ditambah pula, ada seorang pelajar kelas Hakim yang terdengar Adilah menyebut nama Arief Hakim semasa bercakap telefon tempoh hari. Sudah tentulah perkara itu diceritakan kepada orang lain!

Apatah lagi, Adilah selalu dilihat bersama Hakim semasa kelas persediaan petang. Mereka akan menghabiskan masa di makmal sejarah. Ramai lagi pelajar lain di dalam makmal sejarah. Sudah pasti ada dalam kalangan mereka yang suka bergosip.

Siapakah sebenarnya Adilah?”

Tiada sesiapa yang dapat menjawabnya.

Adakah Adilah makwe lama Arief?”

Mereka membuat andaian sendiri.

Bagaimanakah hubungan itu boleh terputus?”

Masing-masing tidak sabar mahu mengorek rahsia sebenar.

Adakah hubungan yang terputus itu akan bersambung semula?”

Itulah antara soalan-soalan yang meniti di bibir pelajar tingkatan empat dan lima. Namun bukanlah semua yang sibuk mengambil tahu gosip sebegini. Sebilangan sahaja. Bagi yang pelajar yang lain, semua ini tidak ada kaitan dengan mereka.

Buat apa sibuk ambil tahu?”

Yalah, bukannya soalan itu masuk SPM pun!”

Betul. Buang masa saja. Kita datang sekolah nak tuntut ilmu, bukannya nak bergosip.”

Adilah? Arief? Siapa mereka? Pentingkah mereka dalam hidup kita? Kalau tak penting, abaikan saja.”

Begitulah reaksi sesetengah pelajar. Biasalah, ada yang sibuk mahu ambil tahu, ada yang tidak peduli, ada yang memang jenis hidup dalam dunia sendiri.

Adilah pula sebenarnya tidak suka pelajar-pelajar lain mempersoalkan hubungannya dengan Hakim. Baginya, mereka tidak perlu membesar-besarkan cerita. Dia rimas apabila ada suara berbisik ketika dia kantin mahu pun ke tandas.

Ini sudah seperti kes dengan Iqbal dulu. Hai, nampaknya terpaksalah aku menempuh saat-saat popular sekali lagi!’ keluh Adilah dalam hati.

Semua orang panggil dia Arief. Awak seorang saja yang panggil dia Hakim. Tentu ada sesuatu,” desak Reen lagi apabila Adilah berterusan mendiamkan diri.

Bukankah saya dah kata, dia kawan baik saya semasa sekolah rendah? Semasa di sekolah rendah, memang semua orang panggil dia Hakim. Tak ada apa yang istimewa pun. Manalah saya tahu kenapa sekarang nama panggilannya berubah,” jelas Adilah. Suaranya jelas menggambarkan kebosanannya. ‘Mungkin sebab dia sudah jadi tinggi, kurus, dan kacak. Maka itu identiti barunya,’ sambung Adilah dalam hati dan kemudian ketawa kecil. Tidak sangka betul impian suci murni Hakim tercapai juga akhirnya.

Tengok tu. Gelak pula. Tentu ada apa-apa!”

Tak ada apa-apalah!”

Saya tak percaya. Lukisan tu? Awak kata lukisan tu penting kerana ia menemukan awak dengan Hakim. Tentu ada rahsia?” Reen masih tidak berpuas hati.

Adilah menggeleng. ‘Takkan aku nak cakap Hakimguadian angel aku! Tentu Reen salah faham,’ bisik hati kecilnya.

Macam nilah, Hakim kawan yang paling rapat masa saya sekolah rendah. Selepas dia tukar sekolah, kami tak berhubung lagi tapi kadang-kadang saya ada ingat pada dia. Bukan apa pun, cuma teringat.”

Awak kenal ketua aspuri?” tiba-tiba Reen bertanya.

Adilah mengangguk. “Kak Azmar. Kenapa dengan dia?”

Dia itu teman tapi mesra Arief sejak tahun lepas. Awak faham maksud teman tapi mesra?” tanya Reen.

Adilah tersentak. Adakah teman tapi mesra yang ke arah itu? “Jadi?” Padanlah Azmar asyik merenung dia tempoh hari! Padanlah Azmar menyibuk, cuba menyelit dalam perbualan dia dengan Hakim! Cemburu rupa-rupanya!

Reen tersenyum. “Saja beritahu awak.”

Adilah tersenyum tawar. Hatinya tiba-tiba geram. ‘Cis! Sampai hati Hakim tak beritahu aku awal-awal! Tentu Reen ingat aku suka Hakim ke arah itu! Tentu dia beritahu supaya aku tak mengharap pada Hakim!’

Adilah, awak okey?”

Adilah mengangguk. “Hakim cuma kawan lama. Dengan siapa pun dia berteman tapi mesra, saya tak kisah. Lagipun, saya datang sini untuk belajar.” Suara Adilah perlahan tetapi tegas. Itulah hakikatnya. cuma dia tidak berterus terang. Dia tidak kisah Hakim berteman tetapi mesra dengan sesiapa pun, tetapi dia kisah kerana tidak mendengarnya daripada mulut Hakim sendiri.

Bukankah sepatutnya antaraguardian angel dan orang yang dilindunginya tidak ada rahsia?’

Adilah memasang tekad. Dia tidak mahu mempedulikan Hakim lagi! Kalau Hakim tidak menghormatinya, dia mahu menyingkirkan Hakim.

Hakim tidak layak jadi pelindung saya!’ Marah Adilah membuak-buak. Namun seketika, dia mengeluh. ‘Adakah ini bermakna aku perlu mencari pelindung yang lain?’

Hakikatnya, dia tidak mahu kehilangan Hakim. Hakim adalah pelindung yang paling baik. Dia tidak yakin dapat mencari pengganti Hakim. Bukankah dia pernah cuba? Namun, tiada seorang pun yang berjaya mengganti tempat Hakim dalam hatinya! Adilah mengeluh panjang buat kesekian kalinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku