MR. AND MRS. 2
PROLOG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 April 2017
Kemunculannya hanya kerana dendam lama tanpa dia sedar dalam pertemuan itu, ada cinta yang menitis, membasahi jiwa dan raga. Apakah yang berlaku bila dua musuh tradisi bertemu?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
660

Bacaan






DATIN Zara Elina masih senyap tanpa bicara. Dia bimbang kalau rancangannya akan ditolak mentah- mentah oleh Adrian.

“Kami bercadang nak buat kat villa.”

Wajah Ungku Adrian berubah.

“Kalau dah dekat villa, maknanya jemputan mama ramailah kan? Seribu? Dua ribu?”

“Sayang, ini kan majlis hari jadi sayang yang ketiga puluh. Tiga puluh tu usia yang sangat- sangat sesuai untuk kahwin tau…”

“Mama…”

“Sayang kena dengar dulu apa yang mama nak cakap. Di majlis tu nanti akan ada ramai anak gadis dari golongan orang atasan dan orang bawahan. Mama tak kisah, sayang boleh pilih siapa saja yang sayang mahu. Mama takkan bantah. Mama dah penat carikan calon isteri untuk Adrian. Semuanya Adrian tolak. Tapi tolonglah, jangan hampakan mama untuk kali nie,” rayu Datin Zara Elina.

“Bagaimana nanti kalau tak ada yang berkenan di hati?”

“Terpaksalah mama tunggu lagi setahun. Itu pun kalau umur mama panjang.”

Adrian mencebik.

“Anak mama nie nak tunggu puteri kayangan ker?”

“Taklah. Adrian cuma tunggu bidadari, ma.”

“Hurm… memang sampai ke matilah, mama tak merasa nak menimang cucu,” nada Datin Zara Elina bergaul dengan kecewa. Adrian tersenyum. Renungan ibunya dikutip menjadi arca- arca perasaan. 

Dia masih belum bersedia untuk berkahwin kerana dia sendiri tidak fasih dengan erti cinta! Bagaimana rasanya? Ya, semuanya sulit untuk ditafsirkan tapi itulah hakikatnya!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB : 1 | Bab : 2 | BAB : 3 | BAB : 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku