MR. AND MRS. 2
BAB : 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 April 2017
Kemunculannya hanya kerana dendam lama tanpa dia sedar dalam pertemuan itu, ada cinta yang menitis, membasahi jiwa dan raga. Apakah yang berlaku bila dua musuh tradisi bertemu?
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1209

Bacaan






TEMASYA gilang gemilang anjuran Monara Holdings sudah hampir satu jam berlangsung. Dari sepanjang jalan hinggalah ke dalam Villa Aulia, ianya sesak dengan ragam dan gelak tawa manusia. Acara potong kek sudah lama selesai. 

Secara jujurnya, Adrian berasa rimas dengan kemeriahan itu bila semua mata asyik menumpuk ke arahnya. Kerlingan mata Datin Zara Elina bagai memberi isyarat akan apa yang mereka bincangkan tempoh hari.

“Happy birthday brother,” sapa Tengku Harris. Langkah Adrian terhenti. Tangan yang dihulur, disambut kemas. Di sisi lelaki itu, berdiri seorang gadis yang mungkin beberapa tahun lebih muda darinya.

“Kenalkan sepupu aku, Tengku Indah Kirana.”

Adrian mengangguk. Wajah putih mulus itu ditatap sejenak. Mereka langsung berbalas senyum.

“Hai Adrian, boleh kita bergambar?” sapa salah seorang tetamunya. Adrian mengangguk. Langkahnya masuk ke dalam kelompok gadis. Mereka sama- sama berswafoto. Saat itu, anak matanya berlaga dengan renungan Tengku Indah Kirana bila gadis itu masih juga mengekori figuranya. Entah kenapa, dia terasa kekok bila diperhatikan begitu. 

Tiba- tiba, matanya terpandang Heidi. Adrian keluar dari kumpulan itu. Gerak kakinya laju mengejar langkah pembantu peribadinya.

“Heidi!”

Heidi berpaling.

“Kau nie kan bila ada majlis besar macam nie, kau mesti hilang. Kau macam nak mengelak dari aku jer!”

“Ala Ian. Majlis besar macam nielah awek- awek nampak aku.”

Adrian menggeleng.

“Aku tak nak balik lagilah, aku belum puas enjoy!”

“Kau jangan lupa, kau tu kerja dengan aku. Kalau aku nak blah dari sini, kau kena ikut sekali!”

Heidi mengeluh. Mahu tak mahu, langkahnya masuk ke dalam villa. Mulutnya masih lagi mengomel. Adrian pantas menukar pakaian. Dari gaya seorang lelaki koperat kepada gaya budak sekolah menengah. T shirt putih dari jenis pagoda disaruk ke badan bersama track Adidas hitam berbelang biru di tepi.

“Kunci kereta mana?”

“Ada kat aku.”

“Jangan tinggal pula. Kang tak pasal- pasal berkayuh hingga ke rumah. Bukan dekat tau!”

“Ian… aku peliklah dengan kau nie. Punyalah ramai awek yang duk tunggu kau kat bawah sana tapi seorang pun kau tak pandang. Kau tak ada nafsu ker? Atau kau jenis songsang?”

“Eh, aku strait lah!”

Heidi mencebek.

“Sepanjang aku hidup dengan kau, aku tak pernah nampak pun ciri- ciri strait kau tu,” tempelaknya kemudian. Adrian mencampak baju kemeja yang dipakainya tadi ke muka Heidi.

“Kita kena keluar ikut pintu belakang. Kau pakai topi siap- siap supaya nanti tak ada yang perasan.”

Heidi mengangguk. Langkahnya mengekori langkah Adrian. Mereka sama-sama menyelinap ke belakang villa. Ahli katering yang sibuk dengan tugas masing- masing kelihatan tidak berminat dengan kehadiran dua orang manusia itu. Adrian sudah mencapai Rocky Mountain Bike miliknya. Begitu juga dengan Heidi. Mereka mula menganyuh untuk pergi ke jalan besar.

“Yes! Akhirnya…” jerit Adrian bila dia sudah jauh dari longgokan manusia. Heidi masih lagi membebel. Geramnya tidak dapat ditapis bila wajah ayu Merlisa menguasai fikiran. Bunyi cengkerik menemani dua figura itu ketika melalui jalan- jalan yang sunyi. Cahaya rembulan mengusir warna- warna gelap.

“Jauh lagi ker kau letak kereta?” tanya Adrian setelah dirasakannya sudah hampir setengah jam dia mengayuh.

“Depan tu jer ha. Kau juga yang cakap hari tu, letak jauh- jauh sikit supaya tak mudah orang perasan!”

“Ini jauh sangat dude,” bidas Adrian. Kayuhannya bertukar perlahan bila di hadapan mereka ada sebuah kereta.

“Kereta sapa tu?” tanya Heidi. Adrian mengangkat bahu. Bau kemboja semakin menusuk rongga hidung.

“Kubur siot. Tak perasan pulak aku ada kubur kat sini. Baik kau jangan berhenti, Ian! Mana tahu kalau- kalau ada kuntilanak!” suara Heidi menekan. 

Adrian tidak memperdulikan kata- kata itu. Kayuhannya jadi semakin perlahan sehingga dia berhenti betul- betul di hadapan sebuah kereta ‘katak’ berwarna merah jambu. Seorang gadis bergaun labuh berwarna kuning langsat keluar dari kenderaan itu dengan muka yang pucat lesi.

“Tolong kami encik. Kereta kami rosak.”

“Awak nak ke mana?” tanya Adrian.

“Kami nak ke Villa atas bukit nun. Malam nie kan ada temasya.”

Adrian terpana. Wajah Heidi direnung.

“Abang boleh hantar tapi naik basikal lah,” ujar Heidi ceria. Hatinya kembali berbunga bila peluangnya untuk kembali ke villa jelas terbuka.

“Err, tak apa ker? Tak menyusahkan ker?” gadis itu meminta kepastian dari Adrian pula. Anak muda itu dihimpit serba salah. Mahu tak mahu anggukannya terpaksa dilepaskan. Senyum Heidi kembang seribu. Dia menggamit gadis itu untuk duduk di palang tengah.

“Sekejap… saya beritahu kawan saya,” pinta gadis itu. Pintu kereta langsung ditarik sebelum kepalanya dijengukkan ke dalam. Selepas pintu itu ditutup, pintu yang lain pula terbuka. Seorang gadis bergaun labuh berwarna merah hati melangkah keluar. Adrian terpana. 

Wow! Hati lelakinya sudah memuji. Saat langkah itu semakin dekat, jiwanya bagaikan dipalu. Debar dan ritmanya menginjak ke sanubari bila empat mata itu saling berlaga. Dari sinaran rembulan yang jatuh, dia dapat melihat betapa wajah itu sangat memukau!

Figuranya mula ke belakang demi memberi laluan pada gadis itu untuk duduk di palang basikal seperti mana yang dilakukan oleh Heidi tadi. Setelah itu, kedua -dua tangannya kembali memegang handle membuatkan dua figura itu nampak rapat dan dekat. 

Adrian memulakan kayuhan. Haruman dari rambut itu menusuk hidungnya hingga bau kemboja tenggelam entah ke mana. Kayuhannya agak perlahan dari Heidi kerana dia tidak mahu saat itu berakhir dengan cepat! Perasaan apakah ini?

“Siapa nama?” tanya Adrian dekat dengan telinga si gadis. Wajah itu langsung berpaling membuatkan hidung dan mulut Arian mengena di pipinya.

“Sonia,” jawabnya dengan muka merah padam seraya berpaling semula ke depan.

“Saya Dian.”

Gadis itu tidak lagi berpaling. Adrian terpaksa mempercepatkan kayuhannya bila Heidi sudah jauh ke depan. Dia bimbang kalau Heidi masuk melalui pintu hadapan. Sungguh, dia tidak mahu rahsianya terbuka. Dan nafasnya ditarik lega bila Heidi membelok ke simpang kecil. Simpang itulah yang akan menyambung laluannya menuju ke pintu belakang Villa Aulia.

“Terima kasih Dian,” ucap gadis itu.

“Maaf, saya terpaksa hantar awak ikut pintu belakang.”

“Tak apa. Saya tak kisah pun.”

“Sonia, kalau awak datang sini untuk bertemu dengan Ungku Adrian dengan lebih dekat, saya boleh kenalkan awak dengan dia?” ujar Adrian dalam helahnya. Gadis itu tangkas menggeleng.

“Saya cuma temankan kawan saya.”

“Oh…” hanya itu yang terlepas dari mulut Adrian. Kecewa terpalit.

“Awak tinggal di sini?”

“Ermmm mama saya kerja di sini. Maksud saya, mama saya tukang masak di villa nie.”

Gadis itu mengangguk faham.

“Jom,” ajak Khultum, gadis berbaju kuning langsat.

“Err nanti boleh saya hantar awak balik?”

“Naik apa? Naik basikal lagi?” sinis Khultum. Sonia mencubit lengan itu.

“Tak apa. Nanti abang saudara saya akan datang ambil kami. Terima kasih ya Dian.” Adrian mengangguk. Sekali lagi, hatinya diraut kecewa. Gadis bergaun merah itu terpaksa memulakan langkah bila Khultum menarik- narik tangannya namun dia masih sempat berpaling. 

Kerlingan matanya singgah lagi di wajah Adrian hingga Adrian jadi hilang arah. Dari cahaya neon yang terang itu, matanya dapat melihat wajah Sonia dengan lebih jelas! Langkahnya luru ke dalam Villa. Dia memerhatikan Sonia dari sudut ke sudut.

“Eh Ian, kamu buat apa kat sini?” sapa Datin Zara Elina sambil menepuk belakang bahu anaknya. Adrian terkejut.

“Shhh… mama nie suka buat Adrian terkejutlah.”

“Kenapa kamu pakai macam nie? Inikan majlis kamu, Ian! Pergi tukar baju lain!”

“Panaslah ma,” Adrian mula mencari alasan.

“Panas apanya!”

Adrian mengeluh.

“Pergi cepat! Kawan- kawan papa kamu semua nak jumpa dengan kamu!”

Mahu tak mahu Adrian terpaksa naik ke tingkat atas. Dia terjerat oleh identitinya sendiri. Kenapalah aku tak berterus terang jer dengan dia tadi? Apa aku nak buat sekarang nie? Aku kena cari Heidi. Aku nak suruh Heidi dapatkan alamat dan nombor telifon dia. Adrian turun semula ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari Heidi.

“Heidi,” panggilnya.

“Eh, kenapa kau tak tukar baju lagi?”

“Aku nak kau cari Sonia. Kau minta alamat rumah dia dengan nombor telifon.”

“Sonia?”

“Perempuan yang naik basikal dengan aku tadi,” tekan Adrian.

“Aku tak camlah muka dia. Si Khultum pun aku dah tak nampak.”

Adrian menggetap gigi. Langkahnya melata. Habis satu villa dipusing tapi Sonia gagal dijejak.

“Abang Sani, ada nampak perempuan pakai gaun merah hati, rambutnya ikal sampai pinggang?”

“Kenapa Tuan?” tanya abang Sani selaku pengawal yang bertugas.

“Dia kawan saya.”

“Temannya pakai baju kuning kan? Rambutnya pendek paras bahu?”

Adrian mengangguk.

“Mereka dah pulang sepuluh yang minit lepas, Tuan.”

“Abang Sani pasti?”

“Ya. Si baju kuning tu nampak kelam kabut sangat sampai saya pun dilanggarnya.”

Adrian terpana. Hatinya dirabak kecewa yang bukan sedikit. Dia masuk semula ke dalam villa. Pintu kamarnya langsung dikunci. Wajah dan senyum itu masih bergentayangan di mata. Sonia, nama itu disebut berulang- ulang kali hingga ada rasa aneh yang menyelit, mendera hati lelakinya dengan cara yang paling sadis. Mana aku nak cari dia?


Nota Misa ~ Kisah ini adalah kesinambungan dari Mr. And Mrs. Guys, terima kasih atas sokongan. Luv u all much!

#Ungku Adrian Ungku Shamrin #Queen Luthfiea@ Sonia #Tuan Noah # Tuan Luth 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB : 1 | Bab : 2 | BAB : 3 | BAB : 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku