MR. AND MRS. 2
Bab : 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 April 2017
Kemunculannya hanya kerana dendam lama tanpa dia sedar dalam pertemuan itu, ada cinta yang menitis, membasahi jiwa dan raga. Apakah yang berlaku bila dua musuh tradisi bertemu?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
568

Bacaan






TEMASYA itu membuatkan Luthfiea terasa dirinya sangat kecil bila langkahnya tenggelam dalam himpunan manusia yang tidak dikenali. Fikirannya masih terikat dengan kejadian tadi. Dalam kesesakan itu, kerdip matanya tercari- cari di mana letaknya figura Dian. Hatinya meronta untuk mengenali lelaki itu!

“Luthfiea?” gamit seorang perempuan lingkungan 50 an. Luthfiea berpaling bila namanya bergema nyaring di telinga. Tak mungkin ada yang kenal aku! Suaranya sambil mencari- cari siapa yang memanggilnya. Wajah seseorang bertamu di mata bila lambaian tangannya menarik perhatian.

“Err.. kau kenal dengan makcik tu?” tanya Bella.

“Wan Khaty?” getap Luthfiea. Langkah itu dilihat sedang menuju ke arahnya.

“Alamak, dia tu nenek saudara sebelah ayah aku. Habislah aku kali nie, Bella.”

Bella terpana. Tangan Luthfiea langsung ditarik. Hal itu menyebabkan langkah kaki gadis itu hilang imbangan pabila kasut tumit yang dipakainya terpelecok. Bella tetap juga menarik tangan itu bila laungan nenek saudara Luthfiea terasa begitu hampir di telinga.

“Bella, kasut aku!” Luthfiea merentap tangannya namun saat dia ingin berpaling mengambil kasutnya, Wan Khaty sudah berada di depan mata. Renungan mereka berlaga sejenak.

“Luthfiea? Bila Fia sampai?” sapa Wan Khaty dengan muka terkejut.

“Err maaf Auntie. Auntie salah orang nie. Dia Sonia bukan Fia,” ucap Bella demi untuk menyelamatkan keadaan. Wan Khaty masih lagi merenung ke wajah Luthfiea. Bella langsung menarik tangan itu. Langkah Luthfiea turut bersambung. Langkah yang tidak sekata bila sebelah kakinya kosong tanpa kasut.

“Kau kata takkan ada saudara mara kau yang datang ke temasya nie,” rungut Bella seperti membebel.

“Manalah aku tahu kalau mereka tu telah dijemput,” jawab Luthfiea dengan muka cemas. Dia teringatkan kasut tingginya. Langkah Bella yang semakin tangkas menyelinap keluar dari ribuan kelompok manusia itu terpaksa diikut.

“Opss sorry!”ucap Bella bia dia terlanggar dengan seorang lelaki berbadan sado, berbaju batik.

“Hati- hati cik,” pesan lelaki itu. Bella terus saja berlalu. Tangan Luthfiea masih dipegang hinggalah mereka keluar dari keramaian itu. Peugeot 308 berwarna merah hati di luar pintu masuk langsung dijengah. Dan nafas mereka terhembus lega saat kenderaan yang dinaiki berlalu meninggalkan Vila Aulia. 

Bagi Luthfiea, melalui jalan- jalan yang sunyi itu telah mengingatkannya pada peristiwa tadi. Pipinya disentuh lembut, senyum dan getar suara Dian seakan teriang- iang.

“Fia!!” panggil Bella, bantal kecil dicampak ke arah Luthfiea. Gadis itu pantas berpaling. Mulut muncung Bella ditatap.

“Abang aku tanya, kereta katak kau nie, kau nak ambil esok atau abang aku yang tolong ambilkan?”

“Eh, tak apa. Fia akan uruskan nanti. Jangan risau ya bang.”

“Jangan risau konon! Ini semua kau punya pasal! Nak menyamar jadi orang bawahan tapi akhirnya, ini yang kita dapat! Malam- malam buta duk depan kubur! Terpaksa tumpang mamat basikal tadi untuk ke vila. Dah tu, boleh pula berjumpa dengan nenek saudara dia kat sana! Kelam kabut kami lari, nasib abang dah tunggu!” bebel Bella seraya menanggalkan rambut palsu yang dipakainya.

“Abang dah cakap tadi, bawa jer kereta abang nie. Berlagak, sibuk sangat dengan Volkswegen merah jambu dia tu. Kereta tu kau orang sewakan?” tanya Amar.

“Si Fia yang sewa! Punyalah banyak kereta yang boleh disewa tapi kereta cabuk tu juga yang dia nak!”

Amar tersenyum. Renungannya singgah di cermin belakang. Luthfiea seperti orang yang melamun. Teratak Ibu dijejak, enjin kereta dimatikan. Bella membuka pintu kereta dan keluar dari kenderaan itu tanpa lagi menunggu.

“Fia?” panggil Amar setelah pintu belakang dibuka.

“Kenapa nie Fia?”

Luthfiea menggeleng.

“Kenapa Fia beriya- iya sangat ke pergi ke temasya tu?”

“Fia nak melihat keluarga Datuk Ungku Shamrin. Fia nak mengenali mereka dengan lebih dekat.”

“Untuk apa?” pertanyaan Amar sedikit menekan. Keadaan berlangsung sunyi sedetik.

“Fia, apa yang berlaku dulu memang satu hal yang sulit untuk dimaafkan tapi jangan biarkan perasaan itu berubah menjadi dendam. Dendam adalah perosak hati kita, Fia. Dendam akan membuatkan jiwa kita jadi hilang rasa belas, yang ada cumalah kebencian dan amarah yang takkan sudah. Belajarlah untuk menjadi manusia yang ikhlas, Fia. Menerima segala ketentuan ini atas nama qada dan qadar Tuhan.”

“Dia yang mulakan persengketaan ini, bang! Dia rampas kebahagiaan kami sekeluarga!”

Amar mengeluh. Renungannya mati semula di wajah Luthfiea.

“Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Fia?”

“Fia nak balas dendam. Dah lama Fia tunggu saat ini.”

“Fia nak ambil nyawa Datuk UngKu Shamrin? Itu tidak mudah Fia!”

“Fia tak sekejam itu tapi kalau itu yang dapat memuaskan hati mama dan papa, ianya bukan satu hal yang mustahil untuk Fia lakukan!”

“Fia, jangan biarkan perasaan itu menguasai akal fikiran Fia yang waras. Jangan nanti kerana dendam, masa depan Fia yang musnah! Fia masih muda, perjalanan hidup Fia masih panjang. Kenapa Fia nak tambahkan derita di hati Fia? Di hati mama dan papa Fia?”

Luthfiea terdiam. Sudahnya, dia bingkas dari kereta itu dengan hanya berkaki ayam. Air matanya bertakung bila wajah arwah abangnya, Tuan Luth berteleku di mata. Fia buat semua nie untuk kita, Luth! Kalau apa yang Fia buat ini salah, tolong beritahu Fia! Rintihnya dalam tangis. Dan sendu pun bersatu dalam remang waktu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB : 1 | Bab : 2 | BAB : 3 | BAB : 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku