MR. AND MRS. 2
BAB : 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 April 2017
Kemunculannya hanya kerana dendam lama tanpa dia sedar dalam pertemuan itu, ada cinta yang menitis, membasahi jiwa dan raga. Apakah yang berlaku bila dua musuh tradisi bertemu?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
465

Bacaan






ADRIAN berdiri di balkoni biliknya. Melihat bulan di langit tengah, ingatannya jadi bertambah penuh. Puluhan pekerja Ku Raid Canopy and Catering dilihat sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan vila. Semuanya harus bersih sebelum matahari terbit! Itu arahan yang keluar dari mulut Datin Zara Elina seawal jam dua tadi. 

Tiba- tiba, mata Adrian terpandangkan satu objek di atas meja VVIP. Kasut tumit tinggi itu persis sekali dengan warna baju Sonia. Langkahnya bergegas turun. Tumit tinggi enam inci itu diraih dan dibelek seketika. Dia pasti kasut ini, kasut yang dipakai Sonia. Saat gadis itu turun dari basikalnya, kasut inilah yang menjadi lapik kakinya. Kasut inilah yang ada di matanya. 

Adrian sedaya upaya menepis sisa- sisa keraguan yang kuat mengocah keyakinan. Apa yang berlaku? Kenapa kasut nie boleh terlepas dari kaki dia? Adrian mula tertanya- tanya.

“Kasut cinderella tu, Tuan!” sapa abang Sani.

“Kenapa kasut nie boleh ada di sini?”

“Saya pun tak pasti.”

“Ada orang lain yang mengejar mereka?”

“Siapa?”

“Kawan saya yang pakai baju merah hati tadi dan temannya yang berbaju kuning langsat.”

Abang Sani menggeleng.

“Mungkin waktunya sudah tamat Tuan. Kalau terlambat nanti, wajahnya yang cantik tu akan berubah menjadi hodoh.”

“Abang Sani percaya pada kata- kata Heidi tadi?”

“Kalau sudah dijemput di hadapan kubur, apa maksudnya Tuan?”

Adrian menggeleng.

“Masa kuntilanak pakai kasut tumit tinggi, abang Sani!” tempelaknya.

“Kalau bukan kuntilanak, siapakah dia, Tuan.”

“Sonia. Namanya Sonia.”

“Jadi hati Tuan sudah dicuri?”

Adrian terdiam, soalan itu tidak mudah dijawab.

“Di mana saya nak cari dia, bang Sani?”

“Kita tularkan saja kasut nie di media sosial, Tuan. Esok- esok, siapa yang mengaku kasut nie dia punya, kita buatlah macam cerita dongeng Cinderella tu. Mereka semua dikehendaki beratur untuk menunggu giliran kasut ini diacukan pada kaki mereka. Siapa yang muat, dialah yang akan dipilih menjadi isteri kepada CEO Monara Holdings.”

“Ini bukan kisah dongeng, bang Sani!” tegas Adrian. Abang Sani mengangguk. Wajahnya kembali serius.

“Kalau Tuan tak mahu kasut ini ditular, maka Tuan harus mencari Sonia sendiri kerana hanya Tuan yang mengenali orangnya.” Adrian terdiam. Dia melangkah masuk ke dalam vila. 

Apa lagi cara yang dia ada? Hatinya sudah menampakkan putik- putik kecewa. Kata cadangan abang Sani tadi mula menghambat jiwa bila putik kecewanya berubah menjadi dedap yang berduri. Perlukah?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB : 1 | Bab : 2 | BAB : 3 | BAB : 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku