MR. AND MRS. 2
BAB : 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 April 2017
Kemunculannya hanya kerana dendam lama tanpa dia sedar dalam pertemuan itu, ada cinta yang menitis, membasahi jiwa dan raga. Apakah yang berlaku bila dua musuh tradisi bertemu?
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
609

Bacaan






HARI sudah kembali cerah. Awan mendung yang tadi melapisi langit, berarak pergi tanpa dipinta. Cahaya mentari menerobos masuk ke ruang- ruang terbuka. Datuk Ungku Shamrin dan isterinya sudah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun melihat anak tunggal mereka yang masih berbaju tidur membuatkan dua mata itu saling berpandangan.

“Ian, kamu tak nak balik?”

“Mama baliklah dulu. Ian nak tinggal di sini untuk sehari dua lagi.”

Wajah Datin Zara Elina kian berubah.

“Kenapa pula? Kan Ian tak suka dengan vila nie?”

“Ian rasa penat sangat ma. Ian cuma nak berehat,” Adrian pantas menyatakan alasan. Datin Zara Elina mengangguk. Dia langsung masuk ke dalam BMW setelah figura anak lelakinya dipeluk.

“Jaga diri Ian,” pesan Datuk Ungku Shamrin. Adrian mengangkat tangan, lambaiannya bertaut saat BMW bergerak. Tiap sudut Vila Aulia dipandang sambil mencekak pinggang. Rindunya pada Sonia sudah mula mencengkam sanubari hingga wajah itu seakan bertapa di minda. Mana aku nak cari dia? Soalan itu mengikat keluhannya ketat- ketat.

Adrian naik ke bilik. Baju pagoda yang masih baru, dikeluarkan dari plastik dan disaruk ke badan. Seluar jeans yang sudah lusuh ditarik keluar dari almari baju sebelum disaruk ke kaki. Langkahnya berlari turun ke tingkat bawah. Rocky Mountain Bike digapai dan dia sudah mula mengayuh. 

Hampir setengah jam kemudian, dia sudah tiba di tempat kereta Sonia. Yes! Jeritnya gembira bila kenderaan merah jambu itu masih berada di situ. Kini, dia hanya menunggu gadis pujaannya muncul. Ah, bagaimana kalau dia tak datang? Sisi negatifnya mengajukan soalan. Adrian mendengus.

“Sonia, tolonglah datang. Tolonglah…” mulutnya merayu. Bau kemboja menghalusi rasa rindunya. Satu jam, dua jam… masa yang berdetik dirasakan terlalu lama. 

Adrian membuka topinya dan topi itu dikibas- kibaskan ke mukanya yang jelas diulit kecewa. Tiba- tiba, ada satu kereta muncul. Adrian berpaling ke belakang. Topi di tangan pantas dikenakan di kepala. Renungan Sonia menakluki mata lelakinya.

“Dian?” sapa gadis itu dengan senyum secebis saat pintu kereta dirapatkan.

“Saya tahu awak akan datang, Sonia!” ucap Adrian hampir melompat. Wajah kecewanya sudah pun terusir.

“Saya bawa mekanik,” beritahu Sonia tanpa ditanya.

“Tak apa Sonia. Saya dah telifon mekanik saya. Dia akan datang untuk baiki kereta awak nie dan berita baiknya, ia adalah percuma.”

Luthfiea terpana.

“Mekanik awak?” soalnya hairan.

“Err tak. Maksud saya tadi, kawan baik saya. Dia seorang mekanik.”

Luthfiea mengangguk.

“Kalau macam tu, saya harus hantar En. Ali balik ke bengkel dulu.”

“Eh tak apa. En. Ali bawa saja kereta tu balik ke bengkel. Nanti bila kereta nie siap, Sonia boleh pandu sendiri untuk pulang.”

“Oh, ya… betul juga. Kalau begitu, En. Ali baliklah dulu ya.”

Lelaki lingkungan umur 40an itu mengangguk. Keadaan semakin sunyi bila En. Ali pergi meninggalkan mereka. Adrian memandang muka Luthfiea. Wajah itu jelas menunduk ke tanah.

“Sonia, apa kata kalau kita ke vila dulu? Matahari dah tinggi nie. Kesian awak berpanas,” cadang Adrian. Entah kenapa Luthfia terus mengangguk setuju. Debarnya datang lagi saat mata bertentang mata. Melihat Dian di waktu siang membuatkan jiwa gadisnya dipukul entah berentah. Kenapa wajahnya persis sekali dengan Ungku Adrian? Detik hatinya keliru.

“Kita jalan saja ya,” pinta Luthfiea. Adrian mengangguk. Basikalnya ditolak saat langkahnya sudah menapak.

“Awak tinggal kat mana?” Adrian memulakan seisi temuduga.

“Tak jauh dari sini.”

“Oh…”

“Dian?”

“Buat masa nie, saya tinggal di vila.”

“Seorang diri?”

Adrian mengangguk.

“Saya minta maaf kerana tidak jujur dengan awak semalam. Sebenarnya, mama saya bukan tukang masak di vila tapi dia…”

“Tuan punya vila?” tebak Luthfiea bila Adrian masih tergagap- gagap untuk meneruskan kata- kata.

“Sonia, kalau saya nie Ungku Adrian Ungku Shamrin. Sudikah awak berkawan dengan saya?” ucap Adrian dalam langkah yang terhenti. Luthfiea terdiam. Detak di dadanya membangkitkan satu rasa bila nama itu bergenting di telinga.

“Sonia…”

Luthfiea pantas mengangguk. Resah di wajah berjaya ditutup dengan senyumnya yang paling manis. Aduh... Adrian kian ditawan! Kakinya kembali melangkah. Cahaya terik matahari sudah memenuhi waktu. Langkahnya terasa semakin cepat.

“Jauh lagi?” tanya Luthfiea bila penat sudah merayap ke segenap urat dan nafasnya.

“Jom,” ajak Adrian. Dia sudah duduk di atas mountain bike. Mahu tak mahu, Luthfiea terpaksa duduk di palang tengah. Dia membiarkan Adrian membawanya ke vila. Mukanya tetap lurus ke depan walaupun cerita Adrian adakalanya tidak jelas di telinga. Dua puluh minit kemudian, Luthfiea masuk ke dalam vila. Hawa sejuk dari penghawa dingin menerpa kulit mukanya yang sudah kemerahan.

“Duduklah, saya ambilkan air sejuk,” pelawa Adrian sambil meneruskan langkah ke ruang tengah. Luthfiea duduk di sofa mewah. Renungannya tertumpu pada sebuah potret keluarga. Wajah Datuk Ungku Shamrin ditenung dengan benci dan amarah. 

Seumur hidupnya, mereka belum pernah bersua muka tapi peluang yang ada bersama Ungku Adrian ini harus digunakan sebaik mungkin untuk mencari tahu kelemahan lelaki itu!

“Minumlah.”

Luthfiea mengambil gelas dari tangan Adrian dan membawanya dekat ke mulut.

“Boleh saya tanya sesuatu?”

Luthfiea mengangguk.

“Are you single, Sonia?”

Luthfiea mengangguk lagi.

“I means, single and available?” nyata Adrian secara khusus.

“I tak suka bercinta. I takut, I akan hilang fokus!”

“Hilang fokus?”

“I means, I prefer bercinta selepas nikah.”

“Oh…”

Senyap.

“Kalau I pinang you jadi isteri I, bagaimana?”

“You think, you good enuff to be my husband?” tempelak Luthfiea, spontan.

“What?” soal Adrian dengan wajah yang sudah berona. Luthfiea langsung ketawa.

“I am joking, Dian.”

“Well, I know… I am not good enuff but I will be the best!”

Luthfiea masih merenung wajah itu. Menggodanya dengan renungan yang paling dalam dan menikam.

“Really?” nadanya lembut dan seksi.

“Maybe we should try once,” jawab Adrian.

Ting tong! Bunyi loceng vila menamatkan dua jiwa yang dikurung gemuruh. Adrian bingkas. Seorang lelaki berpakaian mekanik muncul di mata. Saat itu, Luthfiea pula bingkas. Dia hanya berdiri di belakang Adrian.

“Kunci?”

Luthfiea menggapai kunci kereta dari dalam beg tangannya. Kunci itu langsung diserahkan kepada mekanik.

“Lama tak?”

Mekanik itu merenung muka Adrian. Isyarat mata dari lelaki itu membuatkan dia faham sendiri.

“Saya kena tenguk dulu apa masalahnya Cik…”

Luthfiea akur. Dia duduk semula di tempatnya. Adrian menggapai alat kawalan televisyen dan punat on/off ditekan. Riuh rendah suara teknologi itu membuatkan pertemuan mereka jauh dari titik- titik sunyi. Ungkapan yang terkendala tadi dipendamnya jauh- jauh. Bagaimana kalau dia menolak aku terang- terangannya? Hati kecilnya bersuara dalam nada- nada bimbang.

“Sonia, awak duduklah ya. Saya nak sediakan hidangan tengahari untuk awak.”

Wajah Luthfiea berubah teruja. Apakah lelaki itu seorang yang hebat di dapur seperti ayahnya? Dia bingkas juga akhirnya bila bau masakan dari arah dapur memanggil- manggil langkahnya. Jejak Adrian dikesan hingga ke belakang.

“Awak dah siap masak?” tanya Luthfiea. Perutnya sudah berkeroncong. Adrian mengangkat muka, anggukannya terlepas. Nasi putih di dalam pinggan dibawa ke meja makan. 

Kemudian, dia meletakkan asam pedas udang galah bersama tiram bakar di dalam bekas. Salad sayur turut dibawa ke tengah. Senyum Luthfiea merekah bagai bunga matahari yang belum disentuh kumbang.

“Awak masak semua nie?”

“Taklah, pembantu saya yang masak,” jawab Adrian seraya menuangkan air jus ke dalam gelas. Pandangan Luthfiea terjenguk- jenguk ke belakang.

“Tenguk apa?”

“Tukang masak awak.”

Adrian tersenyum.

“Sayang, dalam rumah nie cuma kita berdua.”

Luthfiea terdiam. Adrian sudah duduk di kerusi dan tanpa teragak- agak, Luthfiea duduk di sebelahnya.

“Mana awak belajar masak?”

“Dari Mak Wan. Mak Wan tu dah macam mak saya. Dia yang bela saya sejak saya kecil lagi.”

Luthfiea mengangguk. Untuk pertama kali dia mendengar nama Mak Wan disebut dan dia tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan wanita itu.

“Mana Mak Wan sekarang?”

“Mak Wan dah meninggal lima tahun lepas,” jawab Adrian, nadanya sedikit merudum.

“Ayah awak mesti seorang yang sangat sibukkan?”

“Papa saya orang politik, Sonia. Rutin hariannya memang sentiasa sibuk.”

Luthfiea mencebek. Rasa bencinya disimpan jauh- jauh.

“Makanlah…” pelawa Adrian bila nasi di pinggan tamunya masih belum dicekuh.

“Tak nak!” bentak Luthfiea manja.

“Kenapa? Awak takut saya letak ubat guna- guna dalam masakan saya nie? Awak takut lepas makan nanti, awak tak kenal siapa diri awak, awak lupa pada semua yang berlaku?” soal Adrian, sinis.

“Saya nak awak suap!”

Adrian terpana. Wajah Luthfiea direnung. Satu, dua, tiga, bismillah… suapan pertamanya masuk ke mulut itu dengan sendirinya. Kegilaan apakah ini! Hatinya mengeluh.

“Sedap. Pandai awak masak.”

Wajah Adrian yang masih berona direnung. Lelaki itu seperti malu alah pula.

“Awak tak makan?”

Adrian menggeleng.

“Awak tak lapar?”

Adrian berpaling. Kerdipan mata Luthfiea benar- benar dekat dengan mukanya.

“Sonia… lepas makan nie, saya hantar awak balik ya?”

Luthfiea ketawa kecil. Dia dapat menangkap kenapa soalan itu yang ditanya.

“Awak takut dengan saya?”

“Saya tak pernah macam nie. Saya tak pernah sedekat ini dengan perempuan.”

“Jadinya, kata- kata media yang awak tu seorang lelaki kasanova, tak betullah?” sindir Luthfiea seperti mengejek. Adrian tidak mengangguk, menggeleng juga tiada. Luthfiea merenung wajah itu bila dia dibiarkan tertunggu- tunggu demi sebuah kebenaran. 

Adrian bangkit dari kerusinya bila nasi di pinggan sudah habis. Melihat langkah- langkah itu, Luthfiea makin tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Mungkin dia hanya berpura- pura baik! Mungkin dia sengaja menyembunyikan kejahatannya di mata aku supaya dia nampak sempurna!” detik Luthfiea. Hatinya masih belum puas. Dia harus membuat sesuatu agar sifat sebenar lelaki itu terbuka di mata. Dan hal itu akan disimpan ke dalam peti pandora Datuk Ungku Shamrin! 

Manalah tahu kalau- kalau ianya berguna di masa akan datang sebagai bukti yang tidak dapat didustakan bila mata bertemu mata kelak. Kuah asam pedas diceduk dan dituangkan ke atas bajunya. Kemudian, dia tergesa- gesa menuju ke dapur. Adrian yang sedang membasuh pinggan, langsung berkalih bila Luthfiea menghampirinya.

“Kuah asam pedas tu tertumpah kat baju saya,” ujar Luthfiea seraya membasahkan bajunya dengan air yang banyak. Bahagian dalam bajunya jelas kelihatan bila blouse hijau lembut itu diresapi air. Adrian pantas menarik kain tuala di tepi mesin pengering untuk menutupi badan Luthfiea.

“Saya ambil baju mama saya ya,” ucapnya dengan langkah yang memusing. Dia naik ke tingkat atas dan turun semula bersama blouse kosong.

“Cubalah. Mungkin ia besar sikit. Baju awak tu biar saya yang basuh.”

“Eh, tak apa. Saya cuci kat rumah nanti. Blouse nie saya pinjam dulu ya, Dian.”

Adrian mengangguk. Luthfiea masuk ke dalam bilik utama di tingkat bawah. Pintu itu dirapatkan sebelum dikunci. Di balik kayu itu, matanya terpejam rapat. Tak mungkin dia berpura- pura baik! Hati kecilnya menilai kata putus. Langkahnya masuk ke kamar mandi. Air pancuran dipulas. Ingatannya penuh dengan sifat- sifat Ungku Adrian.

Selepas sepuluh minit, dia keluar dari kamar mandi dengan wajah yang segar. Blouse warna biru diraja dikenakan ke badan. Ya, blouse itu nampak longgar. Pintu bilik dikuak, langkahnya maju ke dapur sebelum menginjak di ruang tamu tetapi Adrian tiada di situ. Dia mencarinya di laman tapi tetap tidak kelihatan.

Luthfiea masuk semula ke dalam vila. Kakinya naik ke tingkat atas. Deretan bilik tidur dijengah satu per satu namun figura Adrian masih gagal dijejak. Kakinya sampai di bilik yang paling hujung. Pintu bilik yang rapat ke dinding itu diketuk perlahan. Senyap...

Dian! Laungnya. Sunyi kian mengisi ruang bila laungannya masih tidak disambut. Luthfiea memulas tetombol pintu hingga ada ruang yang terbuka. Dan dari ruang yang sedikit itu, dia melihat ada satu tubuh yang sedang sujud menghadap ALLAH yang Esa!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB : 1 | Bab : 2 | BAB : 3 | BAB : 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku