Siksa Kubur
Bab 5 tamat
Genre: Islamik
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 April 2017
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
909

Bacaan






Bab 5


Mereka kembali duduk di pintu pondok. Pride sudah dapat menenangkan dirinya.

“Pak Adi… saya rasa saya banyak dosa. Tidak solat. Tidak ingat ibu bapa saya. Benarkah tentang siksa kubur ustaz? Mungkar dan Nakir?” soal Pride.

“Benar… itu semua benar. Tetapi semuanya terhijab. Cuma orang tertentu sahaja yang dapat mendengarnya. Antaranya Nabi junjungan kita. Sebab itu Nabi nasihat kita benar-benar jangan lupakan solat, jangan menfitnah, ingatkan tentang doa anak kepada ibu bapa.”

Tiba-tiba suasana kubur berangin kuat. Semakin lama semakin kencang. Pokok pokok yang ditanam di atas beberapa kubur bergoyang.

“Nak hujan ke Pak Adi.”

“Dengarlah…. jangan takut apa yang anak dengar. Dengar betul-betul.”

““Man Robbuka?”

Melompat Pride mendengar suara bak petir yang tiba-tiba kedengaran tanpa kelihatan siapa empunya suara.

“Suara siapa itu Pak Adi.”

“Yang kamu tanya tadi.”

“Man Robbuka!” bergema suara itu tadi.
“Wa maa diinuka?(apakah agamamu?)”
“Wa maa hadzaar rujululladzii bu’itsa fiikum? ( siapakah orang yang telah diutus di antara kalian ini )”

Bagaikan halilintar suara yang bergema. Pride memeluk Pak Adi. Dia tidak sanggup mendengarnya. Dia merasa gerun mendengar suara tersebut. Pak Adi memegang bahu Pride.

“Kembalilah kamu kepada asalmu…” kata Pak Adi perlahan.

Pride menjerit ketakutan. Krew segera mengali tanah untuk mendapatkan Pride. Pride mengetuk-ngetuk papan lapis. Sebaik sahaja dia papan lapis dibuka krew segera menyedarkan Pride. Pride membuka matanya. Dia menangis semahu-mahunya.

“Aku nak balik… aku nak balik. Aku banyak buat dosa!” katanya berulang-ulang.

Semua krew memandang sesama sendiri.

Pride berjaya dipulihkan oleh Ustaz Zaher. Sejak dari itu dia mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang seni. Rancangan kubur adalah episod terakhir dihoskan walaupun episod itu menjadi viral bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran. Pride menukarkan namanya kepada nama asal iaitu Mohammad Ishak. Dia telah benar-benar bertaubat dan insaf.


Alhamdulillah

Bismillahir rahmanir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku