Dik Nak Cerita Hantu Tak
Bab Badut
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
212

Bacaan






Badri dan Faiz melalui kawasan tapak perkhemahan pertunjukkan sarkas yang sudah lama ditinggalkan. Setiap kali melalui kawasan itu, mereka akan berhenti dan aura keseraman pasti akan meresapi ke dalam hati mereka. Badri dan Faiz saling berpandangan sesama sendiri.

“Kata orang jangan masuk ke dalam kawasan perkhemahan ini selepas waktu Maghrib. Pasti ada badut yang akan cari kita. Saya tak tahu sama ada cerita itu benar atau tidak,” kata Faiz.

“Awak percaya dengan cerita mereka?” tanya Badri yang merupakan rakan sekelas Faiz.

Faiz mengangkat bahunya kerana dia kurang percaya dengan cerita-cerita yang didengar selagi tidak melihat dengan matanya sendiri.

“Awak tak nak cuba masuk ke dalam kawasan perkhemahan ni?” tanya Badri.

“Kalau awak temankan saya masuk, sudah tentu saya mahu. Saya nak tengok sendiri.

“Apa kata kalau kita ke sini malam esok. Saya pun hendak tengok sendiri sama ada tempat ini betul-betul berhantu atau tidak,” akhirnya Badri memberi persetujuannya.

Faiz sangat gembira mendengar persetujuan Badri untuk menemaninya ke tapak perkhemahan yang ditinggalkan ini.

Sebagaimana yang dijanjikan, keesokannya Badri dan Faiz telah berada di tapak perkhemahan itu sebaik sahaja selepas waktu Maghrib. Mereka mencerobohi masuk ke sana tanpa kebenaran dan pengetahuan daripada ibu bapa masing-masing. Mereka keluar senyap-senyap dari rumah untuk ke sini.

Badri dan Faiz meronda di sekitar tapak perkhemahan pertunjukkan badut. Mereka terasa kagum dengan kawasannya dan susun aturnya yang agak luas. Mereka sempat bayangkan pertunjukkan yang dijalankan sebelum tragedi menimpa salah seorang badut di situ sehingga menghantui tempat perkhemahan.

Ketika mereka sedang meronda, tiba-tiba satu bayangan melintas membuatkan Badri dan Faiz saling berpandangan sesama sendiri.

“Awak nampak tak bayangan melintas?” bisik Badri dan Faiz mengangguk.

“Saya rasa tak sedap hatilah. Jom kita balik.” Faiz tidak mahu menunggu lama lalu mengajak Badri pulang.

Badri tidak membantah kerana dia pun rasa begitu.

Sebaik mereka keluar dari tapak perkhemahan itu sesuatu telah berlaku. Mereka tidak nampak pintu keluar. Sekali lagi mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing menelan air liur.

“Nak ke mana?” tanya seseorang membuatkan darah mereka berdua menyerbu ke muka.

Badri dan Faiz terkejut melihat sang badut sedang berdiri di belakang mereka sambil memegang sebilah pisau. Mereka menjerit kerana terperanjat dan tidak menunggu lama terus melarikan diri. Namun, malang bagi mereka kerana badut itu mengejar.

Badri dan Faiz berlari masuk ke dalam khemah di mana pertunjukkan badut sering dipersembahkan kepada orang ramai untuk menyembunyikan diri. Badri telah menyembunyikan diri di bawah sebuah meja panjang dan Faiz pula menyembunyikan dirinya di dalam sebuah tong.

“Kamu berdua hendak sembunyi di mana? Sini tempat aku dan kamu berdua tak mungkin dapat menyembunyikan diri daripada aku,” kata badut itu membuatkan mereka berdua kecut perut.

Badut itu berjalan sambil menyeret pisau yang tajam menuju ke arah sebuah meja panjang dan mengelilinginya. Badri yang melihat tapak kaki badur itu cuba bergerak perlahan-lahan dan menyembunyikan diri di sebalik langsir.

Badut itu telah membaling pisau tajamnya ke arah bawah meja di mana tempat Badri berada sebentar tadi. Mujur Badri sudah beredar tetapi badut itu tidak putus asa kerana dapat menghidu tempat persembunyian baru Badri lalu dia menyergah remaja lelaki itu.

Badri menjerit dan terus berlari. Sikit sahaja lagi Badri hendak terkena pisau yang dibalingnya. Kini badut itu sudah beralih ke arah tong di mana Faiz menyembunyikan diri. Badut itu terus menikam ke arah tong itu membuatkan Faiz menjerit menyebabkan Badri kembali semula ke dalam khemah itu.

Badri telah membaling kerusi yang terdapat di khemah itu ke arah badut sebelum mengheret Faiz yang cedera.

“Lari Faiz, lari!” arah Badri.

“Bad, saya tak larat lagi. Awak larilah. Biar saya yang menghalang badut tu. Maafkan saya kerana telah mengajak awak ke sini. Sekarang saya dah percaya hantu badut itu benar-benar wujud.” Faiz tidak berdaya lagi hendak mengikut langkah Badri kerana darah yang mengalir di tubuhnya membuak-buak keluar.

“Mahu ke mana?” badut itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapan mereka berdua membuatkan keduanya terkejut.

Badri menarik nafasnya lalu menendang perut badut itu sekuat hati sebelum dia berlari menuju ke pagar tapak perkhemahan itu. Badri tidak meninggalkan Faiz sendirian kerana dia mahukan Faiz juga selamat.

“Bad, pergi. Jangan pedulikan saya,” sekali lagi Faiz menggesa Badri lari dari situ.

“Mana boleh. Awakkan kawan saya. Kita berdua akan keluar dari sini,” ujar Badri.

Faiz menggelengkan kepalanya. “Saya cedera teruk dan tak mampu lagi untuk berlari. Awak pergilah. Saya akan menghalang badut tu.”

“Kamu berdua tak boleh meninggalkan saya.” Badut itu ingin membenamkan pisaunya ke arah Badri tetapi Faiz memeluk badut itu sambil cuba berlawan. Faiz berjaya mencapai pisau yang dipegang oleh badut itu dan dia telah menikam perut badut itu bertubi-tubi. Perkara yang sama badut itu lakukan pada Faiz.

Badri yang melihatnya menangis teresak-esak sebelum berlari pulang.

Keesokkannya harinya, apabila Badri ke sana semula dengan sepasukan polis Faiz sudah tidak kelihatan lagi. Malah jasadnya juga sudah tiada di sana. Badri hairan ke manakan jasad Faiz dibawa oleh hantu badut itu.

TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku