Tali Kasih
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 April 2017
Hulurkan aku cintamu seikhlas hati...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
218

Bacaan






AIMAN sedang tercegat berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. Kawan-kawannya sudah ramai yang pulang. Hanya tinggal dia seorang diri di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Hendak pulang sendirian, dia tidak tahu jalan pulang ke rumah. Jadi, terpaksalah dia menanti kedatangan mamanya dengan sabar. Sebelum ini, tidak pernah pula mamanya terlewat menjemputnya. Entah kenapa, hari ini lewat pula. Barangkali mamanya itu terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa untuk menjemputnya.

Aiman mengeluh kecil sambil matanya meliar ke jalan besar. Takut juga kalau kereta mamanya muncul saat-saat begitu. Namun, penantiannya hanya sia-sia. Bayang mamanya tidak juga kelihatan. Setelah agak lama menunggu, tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda Jazz dari arah yang bertentangan. Beberapa saat kemudian, kereta itu berhenti di bahu jalan sambil membunyikan hon kepadanya. ‘Siapa pula, ya?’ bisiknya perlahan.

“Adik tunggu siapa di sini? Kenapa tak balik-balik lagi?” soal pemuda berusia awal 20an itu. Lelaki itu menurunkan sedikit paras cermin kereta lalu tersenyum memandang wajahnya.

“Saya tunggu mama saya. Patutnya, dia dah ambil saya sekarang. Tapi, tak muncul-muncul lagi sampai saat ini. Saya pun dah letih menunggu sejak tadi.” Aiman hanya mengeluh keletihan apabila diajukan soalan begitu kepadanya. Dalam hati, dia memarahi mamanya kerana lewat menjemputnya dari sekolah.

“Oh, macam tu. Rumah adik di mana? Boleh abang hantarkan.” Lelaki yang dikenali dengan nama Rizal itu menawarkan bantuan. Kasihan pula dia melihat anak sekecil itu sendirian di pintu pagar sekolah tanpa ditemani oleh sesiapa. Niatnya ikhlas untuk membantu.

“Eh, tak mengapalah, bang. Saya tunggu mama saya saja. Nanti dia marah pula kalau tengok saya tak ada kat sini.” Aiman cepat-cepat menolak pelawaan lelaki asing itu. Dia takut serta bimbang untuk mengikut orang yang tidak kenali. Mamanya selalu berpesan supaya berhati-hati dengan orang asing begitu. Lagipun, dia baru sahaja mengenali lelaki itu. Entah orang baik entah tidak.

“Ala, dik, apa yang adik nak bimbangkan. Abang bukannya orang jahat. Abang betul-betul ikhlas nak hantar adik pulang. Lagipun bahaya duduk kat sini sorang-sorang. Mungkin mama adik sibuk dengan kerja tu. Marilah!” Bersungguh-sungguh Rizal mempelawa Aiman naik keretanya. Terlanjur dia lalu di situ, apa salahnya jika dia menghantar budak kecil itu pulang ke rumah.

Aiman hanya diam seribu bahasa. Lama dia berfikir sebelum bersetuju menerima pelawaan pemuda yang sungguh baik hati itu. Dia pun sudah letih menunggu mamanya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku