Tali Kasih
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 April 2017
Hulurkan aku cintamu seikhlas hati...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
321

Bacaan






Erlina memandang sekilas jarum jam yang tergantung di dinding pejabatnya. Sudah menghampiri ke pukul 2 petang. Saat itu baru dia tersedar, dia sudah terlewat menjemput Aiman dari sekolah. Dia menepuk dahi beberapa kali atas kecuaiannya itu. Hampir satu jam Aiman menunggu kehadirannya. Sebelum ini, tidak pernah dia lewat menjemput Aiman dari sekolah. Oleh kerana sibuk menguruskan hal kerja di pejabat, membuatkan Erlina terlupa sebentar pada tanggungjawabnya yang satu itu.

Tanpa berlengah lagi, dia pantas mencapai beg tangan dan kunci kereta. Kasihan pula dia membiarkan anak kecil itu menunggu begitu lama. Dia memandu laju menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal, tempat Aiman bersekolah. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Sebaik tiba, dia mendapati tiada siapa yang berada di situ. Mana pula Aiman pergi? Hatinya tertanya-tanya sendiri.

Tidak mungkin Aiman pulang sendirian kerana jarak sekolah dengan rumahnya terlalu jauh iaitu kira-kira 10 kilometer. Lagipun, Aiman bukannya tahu sangat jalan pulang ke rumah memandangkan usianya baru menjangkau 9 tahun. Dia kenal benar dengan perangai takut anaknya itu. Aiman bukannya berani seperti kanak-kanak seusianya. Bimbang benar dia memikirkan semua ini. Hatinya tiba-tiba menjadi tidak sedap seperti ada sesuatu perkara buruk telah berlaku ke atas anaknya.

Erlina meneruskan pemanduan menuju ke rumahnya. Manalah tahu, Aiman sudah berada di rumah. Doanya dalam hati begitulah. Moga-moga anaknya itu berada dalam keadaan selamat. Untuk menyedapkan hati, dia segera menghubungi ibunya.

“Assalamualaikum, ibu. Aiman ada di rumah tak sekarang?” soal Erlina sebaik sahaja ibunya, Puan Rohani menjawab panggilan. Dadanya berdebar kencang saat ini.

“Waalaikumussalam. Kenapa pula dengan Aiman, Lina? Bukankah kau yang ambil dia selalunya. Aiman belum balik-balik lagi ni. Sekarang dah nak dekat pukul 2.30 petang. Apa sebenarnya yang berlaku ni?” Pertanyaan Erlina dibalas juga dengan pertanyaan oleh Puan Rohani. Terperanjat juga dia kerana Erlina bertanyakan kepulangan Aiman sedangkan cucunya itu dijemput dari sekolah oleh Erlina seperti biasa.

“Sebenarnya Lina terlewat jemput Aiman hari ini. Terlupa sangat sebab banyak kerja kat pejabat tadi. Sebab itu Lina tanya ibu. Manalah tahu kalau-kalau Aiman dah balik ke rumah. Risau betul hati Lina sekarang. Tak apalah, ibu. Lina dalam perjalanan nak balik rumah ni. Ibu tunggu saja, ya. Nanti kita cari Aiman sama-sama.”

Erlina mematikan perbualan secepat mungkin. Risaunya menggunung saat ini. Debar hatinya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Kalau ada apa-apa perkara buruk menimpa Aiman, dia tidak akan memaafkan dirinya. Dia benar-benar menyesal atas kecuaiannya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku