Di Sebalik BICARA RASA
Bab Puisi 23 : KASIH SEORANG GURU
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 10 April 2017
Menghayati profesion perguruan menjadikan pengalaman amat berharga. Dari latar sains, seorang guru Kimia menzahirkan rasa jiwanya yang halus sebagai seorang untuk penhayatan.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
236

Bacaan






KASIH SEORANG GURU


Suatu ketika
Berdiri di puncak jaya
Mata berkaca
Mengenang jerihnya
Ayah dan ibu...
Lalu....
Berlarian
Anak-anak kecil

Comot berlumpuran

Meminta belaian

Dilap disapu lembut

Seorang GURU

ganti ibu di rumah


Suatu masa

Menikmati hidangan

Ayam goreng rangup

Teringat anak kecil

Di rumah siapa suapkan

Menoleh ke sisi

Anak kecil berlarian

Kepenatan latihan sukan

Seketul ayam diserahkan

Hati muridmu senang

Doa mu kemenangan


Suatu malam

Tekun mengulas

Skema formula

Panjang berjela

Kelas tambahan

Hadirnya tak seberapa

Merenungi

Tunduk muridnya

Anak ku juga

Sedang berjaga

Untuk periksa

Moga ada juga

Insan mengajarnya


Curahan ilmu

Sentuhan kasih

Tanpa mengira

Batas rupa bangsa

Miskin mahupun kaya

Walaupun anak siapa

Itulah tanda
Kasih seorang GURU




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku