CORETAN RASA...WARNA GURU
CORETAN 25 : JADILAH ANAK AYAM BUKAN ANAK BURUNG…
Genre: Umum
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 11 April 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
282

Bacaan






CORETAN 25 : JADILAH ANAK AYAM BUKAN ANAK BURUNG…


Cabaran mendidik pelajar kini amatlah berat. Selain berhadapan dengan kandungan pelajaran yang mencabar, kita sebagai guru menghadapi persaingan dengan tarikan lain pelajar dalam pelbagai aktiviti. Menyedari itu kita tidak dapat lari dari menghadapi cabaran, pelajar kita minta izin tidak masuk kelas tambahan untuk aktiviti lain yang diminatinya , yang juga memberi pendidikan dari sudut yang berbeza seperti drama, koir, bola sepak, muzik dan sebagainya. Rasa tidak sampai hati mematahkan bakat dan minat mereka, ada antaranya telah 3 beradik dari tahun sebelum ini meneruskan warisan bakatnya. Namun demikian dalam pelajaran, kita mengharapkan mereka dapat mempelajari resmi anak ayam yang mampu mengais makanan makanan sendiri. Apabila menemuinya ia merujuk pada ibunya memohon bimbingan. Sentiasa merujuk kepada ibunya yang bertindak sebagai pembimbing sepanjang masa. Ia tidak pergi jauh. Hindarilah mereka ini mengikuti resmi anak burung yang hanya menunggu makanan di bawa ke sarang , apabila telah besar terus terbang bebas meninggalkan sarangnya dan ibunya juga... Usahlah bersedih sekiranya ibu ayam itu disembelih atau ibu burung itu dilastik jatuh setelah anak-anaknya mengecapi kejayaan.

SEHINGGA BERTEMU LAGI....


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku