Siren
Bab
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 13 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
419

Bacaan






“Huh huh huh…” Kepenatan, termengah-mengah aku berlari. Isa juga kelihatan kepenatan dibelakangku. Apa yang harus aku lakukan dalam keadaan begini? Fikir Prem Fikir! Aku yang jebakkan mereka dalam keadaan ini. Tetapi aku yang paling buntu sekarang ini. “ahaaaa… uuuuu…,” Suara merdu itu semakin hampir didengari. Sudah beberapa jam ia menyusul kami tetapi masih juga tidak kelihatan. Tidak mungkin ini tempatnya. Tidak mungkin!

“Terbaik lah cuaca harini Prem. Kau serius tak nak pergi ke laut?” Tanya Isa kepadaku. “Jangan lah kacau aku Is, tengah qada’ tidur ni,” aku membalas dengan suara yang agak perlahan dan nada yang mengantuk. Bukan aku tidak mahu pergi, tetapi masalahnya masa penerbangan dari Malaysia ke Greece dah berapa jam, aku baru tidur dalam kira-kira 1 jam dia sudah ajak aku untuk pergi ke pantai. Biar betul dia ni. Tetapi aku tahu bagaimana perangai si Isa ni, jadi dengan rasa daya tarikan graviti yang sangat kuat dari katilku, aku bangun juga. “Dah dah… aku dah bangun ni. Haa mana si Andy?” aku tanya kepada Isa lalu dia menjawab, “Andy tengah mandi boss” .“Kasi aku 5 minit selepas Andy mandi nanti okay?” aku kata kepada Isa. Sebaik sahaja kami berbual seketika sementara menunggu Anduin, dia sudah siap dan tibalah giliran aku pula.

Semasa dalam tandas, ketika aku sedang mandi, aku terdengar suara yang amat merdu. Aku tidak ambil peduli terhadap suara itu kerana mungkin Anduin atau Isa yang menyanyi. Tetapi ini suara perempuan! Dengan sepantas yang boleh, dengan shampoo yang masih dikepala, aq keluar dari tandas. “Korang dengar tak suara merdu tadi?!” aku tanya dengan nada yang sangat terkejut kepada mereka berdua. “Mana ada apa-apa Prem, kami tengah sembang pasal tugasan cuti semester ni je dari tadi” jelas Anduin. Biar betul mereka tidak dengar apa-apa. Ini sudah mula aneh. Aku bertenang dan terus bersiap untuk ke laut. Tiba-tiba gelas hotel dihadapan aku retak! Ini bukan petanda yang baik kalau begini. Aku cuba untuk berfikiran yang positif dan ambil keputusan untuk tidak memberitahu Anduin dan Isa. Kemudian kami terus ke pantai di belakang hotel kami.

Kami mengambil pakej percutian sementara cuti semester 4 bulan ini utk Greece. Dalam pakej tersebut, ada satu slot di mana kami akan dibawa ke laut utk ke pulau-pulau yang cantik di Greece ini. Bukan sahaja ‘cekik darah’ tapi siapa peduli, janji berbaloi. Kami ke laut 3 jam awal daripada jadual yang kami dapat sebagai pelancong berpakej ini. Sebaik sahaja kami tiba di tingkat G, kami keluar lif dan terus menuju ke pantai. Sementara berjalan, aku terdengar lagi suara merdu itu. Kali ini lebih jelas sehingga aku boleh tunjuk arah dari mana suara itu datang. Aku beritahu Anduin dan Isa dari mana datangnya. Cuma kali ini sebaik sahaja aku pegang bahu mereka utk memanggil mereka, wajah mereka pucat.

“Errr… bro, kau dengar tak apa yang aku dengar tadi?” tanya Anduin, gelisah sambil menggeletar latar belakang suaranya. “Kau jangan tengok aku macamtu bro. Prem bukan kau kata kau ada dengar suara merdu jugak ke time kau dekat dalam tandas tadi?” tanya Isa kepadaku. “Suara sama lah yang aku dengar,” jawab aku. Kami terpaku di situ melihat wajah masing-masing yang memberikan reaksi yang amat terkejut. Aku lihat wajah Andy dan bibir beliau memang seperti sutera putih warnanya. Aku yang ajak mereka datang sini, jadi tanggungjawab ada pada aku untuk jaga mereka. Jadi dengan tiba-tiba aku gelak untuk menceriakan mereka. “HAHAHAHA! Muka korang tak boleh bla lah, aduh. Jangan lah takut sangat, itu permainan minda je. Korang ingat apa? Hantu? Kita kat Greece tau, takkan Pontianak nak ikut dari Malaysia,” aku berkata sambil senyum kekok dan cuba untuk sembunyikan perasaan takut aku. Anduin dan Isa kembali seperti biasa dan turut gelak bersama, hanya untuk menghilangkan perasaan takut. Walaupun mereka begitu, aku dapat rasakan bahawa mereka tidak senang sebenarnya.

Apabila tiba sahaja di pantai, ketakutan yang kami rasakan sebentar tadi hilang dengan serta merta. “Wah, cantiknya pantai ni!” kata Isa dengan penuh kagum. Aku pun turut senym sekali kerana boleh tahan juga pemandangan ni. Tidak jauh dari kami, kami boleh lihat bot-bot yang sedang dipersiapkan untuk para pelancong untuk menjelajah laut mereka. Disebabkan kami sampai awal, kami tidak tahu untuk buat apa demi memuaskan perasaan hati kami yang ingin melancong ini. Jadi kami jalan-jalan sekitar pantai itu sementara menunggu. Selepas tiga puluh minit, aku sudah tidak sabar. Aku nampak ada satu bot yang kelihatan seperti tidak berpunya tersadai di pinggir pantai itu. Lalu aku bertanya kepada orang disekeliling bahawa adakah bot itu berpunya atau tiada orang yang punya. Semua memberikan jawapan yang sama bahawa bot itu free. Jadi aku mengajak mereka berdua untuk naiki bot itu.

“Kau ni biar betul Prem? Kau nak curi bot tu ke?” tanya Is tidak setuju dengan idea aku. “Aku dah tanya kat local lah. Mereka kata bot ni takde orang punya. Apa lagi” aku berkata. “Aku tak pasti lah bro, hmm…” Anduin berkata. Aku pun terus ambil tangan mereka berdua dan kata pada mereka, “kau tengok mata aku sekarang. Aku dah bersedia untuk ambil apa-apa risiko tentang korang dua ekor ni,” aku berkata dengan pernuh perasaan tidak sabar untuk menaiki bot itu. Lepas itu mereka berdua buat lawak jenaka tentang kematian depanku yang aku rasa amat tidak kelakar dan tidak menyenangkan. Kami pun mulakan engine bot tersebut dan mula berlayar. Nasib baik aku ada pengalaman untuk drive bot-bot begini. Baru aku tahu bahawa ilmu abang aku turunkan itu amat berguna. Sebaik sahaja kami mulakan perjalanan kami, kami mula melihat sebuah pulau dimana ianya penuh dengan batu dan kelihatan seperti ada tiga batu terpacak tinggi seperti tiga gunung. Bila difikir-fikir balik, seperti mahkota juga rupa pulau tersebut. Tumbuhan hijau semakin lama semakin kami boleh melihatnya dan kami membuat keputusan untuk ke pulau tersebut.

Apabila kami sudah tiba di pulau tersebut, kami bertiga terlompat lompat seperti kera kerana amat kagum dengan keindahan pulau tersebut walaupun pulau tersebut kebanyakannya batu sahaja yang dapat dilihat. Ketika sedang terloncat loncat seperti orang tak betul, Anduin tergelincir dan terjatuh lalu kakinya tercedera. Tinggi juga tebing Anduin jatuh itu. Kira-kira 5 meter juga. “Andy! Kau tak apa-apa ke?!” jerit Isa ketakutan. “Aku turun ni woi!” kelihatan dari atas ini seperti Andy tidak sedar. Mungkin kerana kepalanya terhantuk dibatu yang keras di bawah itu. Kami berdua pun turun mengikut jalan yang agak selamat dibawah itu. Apabila tiba, ditempat kejadian, Anduin hilang dan tidak kelihatan di situ lagi. Tetapi kesan darah daripada kepala Anduin mewujudkan satu petunjuk untuk kami, dan kami pun mengikut darah tersebut. Selepas lebih kurang sepuluh minit mengikut darah tersebut, Isa bertanya kepadaku, “Prem, kenapa kesan darah Andy pergi ke dalam gua Prem?” Aku yang ketika ini sangat takut, lutut bergetar, berkata kepada Isa, “Kita takde pilihan lain Is. Ni Andy Is. Kawan kita! Nak taknak, kita kena cari dia,” lalu kami pun masuk kedalam gua itu berpandukan lampu suluh daripada telefon pintar kami sahaja.

Beberpa meter kami berjalan, kami terdengar suara merdu lagi! Kali ini sangat kuat. Kami toleh belakang, depan, atas, bawah, kiri dan kanan mencari sumbernya tetapi tidak ada apa-apa. Tiba-tiba kami tersenyap kerana suara tersebut tiba-tiba berhenti. Baru sekarang aku teringat dalam kelas mitos kami. Kenapa aku bodoh sangat! “Is, aku nak kau dengar cakap aku sekarang. Aku nak minta maaf terlebih dahulu. Kau ingat tak dalam kelas Greek Mythologykita minggu lepas tak silap? Kita belajar pasal satu pulau ni yang rupanya penuh dengan batu bergunung tiga. Ingat tak?” aku tanya kepada Is dengan wajah yang serius dan penuh ketakutan. “Ingat. Tak silap aku nama pulau tu Sirenum Scopuli. Rumah untuk…” jawab Is dan serentak kami menjawab menyambung, “SIREN!”

Masyaallah apa yang sudah aku buat! Siren merupakan sebuah makhluk mitos yunani yang berbentuk seperti hybrid seorang wanita dan burung. Mengikut mitos, mereka mempunyai suara yang amat merdu dan mempunyai kuasa untuk menarik pelayar lelaki untuk ke pulau mereka dan lalu akan dimakan oleh mereka. “Jadi… kau… kau nak kata… yang suara merdu yang kita de… dengar dari tadi tu, su… su… suara Siren ke?” Isa bertanya dengan ketakutan. Aku dapat lihat air mata di mata Isa sudah mula hendak mengalir. Dengan ketakutan aku pun menjawab, “Ya”

Kami tiada pilihan lain. Kami sudah masuk kedalam sarang Siren dan kami mungkin akan mati disini, ataupun tidak. Kami tepuk bahu masing-masing dan terus meneruskan perjalanan. Selepas kami bersiap sedia untuk teruskan perjalanan, kami tahu bahawa keadaan selepas ini tidak akan senang dan tenang kerana Siren sudah tidak berbunyi. Mengikut mitos juga, jika suara Siren sudah tidak dapat didengari, Siren sudah puas bermain dengan makanannya dan sudah tiba masa untuk makan!

Mengikut mitos jua, terdapat 7 ekor siren dipulau ini. Jadi kami memang harus berwaspada, Isa dan aku berjalan belakang menghadap belakang. Kerana kami tidak punya banyak pilihan. Selepas dalam lima minit berjalan didalam gua, aku berhenti. Aku jumpa Anduin! Anduin tidak sedarkan diri namun matanya terbuka seperti biasa. Kami bergegas ke Anduin, “Andy! Kau okay?”. Sebaik sahaja tiba, Andy sudah kelihangan tangan kirinya. Kami terkejut dan undur kebelakang. Aku tersentak dengan sesuatu, aku pun menoleh kebelakang untuk melihat seorang wanita yang berdiri, tidak berpakaian, terpaku disitu sambil tersenyum. Kelihatan seperti wanita biasa, tetapi kenapa dia bersayap?! “Is, kita cabut Is! SIREN!!!” Is dengan pantas mengangkat Anduin dan kami mula lari terkapai-kapai menuju keluar gua.

“huh… huh… huh…” kepenatan aku berlari. Isa yang memapah Anduin juga kelihatan sudah tidak bermaya. Tidak mungkin ini tempatnya! Tidak mungkin! Itulah apa yang aku katakana pada diriku selama aku berlari. Semakin dekat aku dengar suara nyanyian merdu itu dan kami sudah berjam-jam dikejar olehnya. Sebaik kami tiba di sebuah tempat lapang, jauh dalam hutan pulau itu, nyanyian merdu itu terhenti. Aku yang tahu apa maksud itu berhenti kerana sudah tahu apa yang akan terjadi. Pasrah kepada ilahi. Aku lihat wajah Is yang sudah kehilangan harapan, juga membalas riak wajahku yang sedih ini dan berkata, “takpe Prem, bukan salah kau. Kita kan member. Kita membesar sama-sama kot. Tengok Andy, ganas sangat sampai putus tangan,” Is berkata sambil tersenyum menunggu mati.

Fusshh! Seekor Siren mendarat disebelah aku. Ia hanya tersenyum menunjukkan taringnya kepada kami. Dengan tiba-tiba ia meraung seperti kesakitan dan terbang lari dari kami! Aku pusing ke belakang dan melihat harapan di depanku. Pemandu pelancong kami tiba dan menghalau siren tersebut dengan pistolnya. Aku bertanya kepadanya, “bagaimana encik boleh tidak terpengaruh dengan Siren?” lalu beliau menjawab, “tulah, siapa suruh pergi dulu. Kalian tidak meletak ‘beeswax’di telinga kalian. Sebab tu kalian boleh dengar suara Siren. Kami ingat semua Siren dah mati. Ternyata ada seekor lagi ya.” Jelas Encik Thames, pemandu pelancong kami. Aku dan Isa berpeluk sesame sendiri sambil berderai air mata kami kerana baru sahaja terlepas daripada satu malapetaka yang hampir meragut nyawa kami.

Kami pun dibawa pulang ke pantai hotel dan terus ke hospital. Anduin dirawat, aku dan Isa disoal selidik oleh pihak berkuasa tentang pulau tersebut dan aku bersyukur akhirnya. Biarlah hendak memasukkan aku dalam penjara sekalipun, aku bersyukur kerana perjalanan ini bukanlah perjalanan terakhirku dan aku juga menyesal kerana tidak mengikut arahan dan memudaratkan kawan-kawanku. Aku percaya bahawa maut akan datang mengejarku, biarpun bukan sekarang, tetapi kemudian pasti akan tiba jua.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku