Chandelier
Bab 1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 April 2017
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
758

Bacaan








Tahun 1960an.

Ku Syakira terpisat-pisat membuka mata. Pedih terkena silauan lampu kristal yang bergantungan. Di mana? Ku Syakira memandang sekeliling. Tangan dan kaki yang berikat pada kerusi sekaligus melumpuhkan pergerakannya. Angkara siapa?

Ku Syakira menggoyangkan tubuhnya dengan harapan dapat meleraikan tali yang mengikatnya. Berkali-kali mencuba, ternyata usahanya sia-sia. Ikatan tali itu terlalu kejap. Sukar untuk dileraikan. Ku Syakira mengeluh. Bayangan seseorang menghampirinya. Ku Syakira membuntangkan mata. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ku Syakira memejamkan mata dan membuka matanya kembali. Dia tak bermimpi.

“Kau dah sedar, Ku Syakira?” Ku Syakira menggelengkan kepala. Beristighfar di dalam hati. Masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kirana? Apa kau buat ni? Lepaskan aku, Kirana. Apa kau nak dengan aku? Jangan kau buat aku begini.” Rayu Ku Syakira.

“Kau bijak, Ku Sya. Semua menyanjungi kau. Bonda juga begitu. Sampai dia nak mati pun, nama kau disebutnya. Kau pandai, belajar tinggi. Sedangkan aku, terpaksa uruskan perniagaan Bonda. Kehendak aku tak siapa peduli. Harta bonda juga jatuh ke tangan kau. Padahal aku yang bertungkus-lumus membangunkan perniagaannya. Aku bersengkang mata mereka lampu-lampu hiasannya.” Ku Syakira cuba menghadam kata-kata Kirana walau masih terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam fikirannya.

Mulut Ku Syakira ditekup dengan kuat dan sebelah tangan Kirana mula bekerja. Pisau tajam ditoreh perlahan dan dalam di pipi putih Ku Syakira. Menerbitkan torehan panjang dengan darah merah. Ku Syakira menggelengkan kepala, cuba membebaskan diri dari Kirana. Air mata mengalir deras tanda kesakitan.

“Sakit?” Hilai tawa Kirana bergema. Ku Syakira mengongoi kesakitan. Air mata yang meleleh memedihkan lagi luka dalam di pipi. Kirana tunduk merendahkan diri, hampir dengan Ku Syakira dan berbisik.

“Itu baru sedikit, sayang. Aku akan akhiri penderitaan kau sekejap lagi.” Ku Syakira terpempan.

Darah di pisau dijilat hingga ke hujung ulu pemegang. Segar. Manis. Ku Syakira hanya memerhati tindak tanduk Kirana sambil berharap dia tidak diapa-apakan lagi. Ku Syakira didekati sekali lagi. Pisau yang sudah bersih dijilat Kirana dibenamkan di peha Ku Syakira. Ku Syakira menjerit nyaring. Menggeletar.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku