Chandelier
Bab 3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
679

Bacaan







Mantera dilafazkan lancar. Serentak dengan itu, besi tajam ditusuk tepat ke jantung Ku Syakira. Ku Syakira hanya memandang sepi tanpa sebarang kata-kata. Hanya air mata mengalir. Bibirnya memuntahkan darah. Nafas mula tersekat-sekat. Ku Syakira memegang besi yang masih terpacak di badannya. Kirana terkumat kamit meneruskan bacaan manteranya tanpa mempedulikan keadaan Ku Syakira.

Seketika, mata Kirana bertukar kemerahan bak biji saga. Kirana merenung Ku Syakira yang tampak semakin lemah. Besi tajam itu dicabut dan hujungnya dijilat rakus. Mata Ku Syakira semakin layu, semakin lemah dengan bacaan mantera itu. Akhirnya, mata itu terpejam rapat. Ku Syakira tewas. Kirana tersenyum dan tika itu, syaitan bersorak riang dapat memesongkan akidah umatNya.

Lagak seorang yang gagah, Kirana menarik badan Ku Syakira kasar. Menggantung dalam posisi terbalik. Pisau pantas dibenamkan ke mayat Ku Syakira. Hati dan jantung yang masih panas dikeluarkan. Darah yang mengalir ditampung dengan gelas perak. Penuh segelas, diletakkan ke tepi dengan berhati-hati. Bimbang tumpah.

Kirana mencabut beberapa helai rambut Ku Syakira. Separuh disimpan di dalam kotak bewarna perak dan separuh lagi dililitkan dengan sebatang jarum. Dililit mati sehingga tak nampak warna perak jarum. Ketika itu, di bawah juntaian mayat Ku Syakira, berlumba-lumba makhluk berlidah panjang menjilat sisa-sisa darah Ku Syakira. Kirana mercerlun tajam ke mayat Ku Syakira. Belaannnya menyantap rakus sisa darah. Ada yang menarik usus dan membaham lazat. Kirana tak perlu tunggu lama, mayat itu pasti dibersihkan belaannya yang sememangnya mendambakan korban. Korban malam keliwon.

Kirana mengilai gembira. Tak susah menyembunyikan mayat gadis itu. Tak perlu bimbang ditangkap orang kampung. Pelita ayam turut dicapai sebelum meninggalkan bangsal. Hati dan jantung gadis malang itu turut dibawa bersama. Malam ini segalanya perlu dilunaskan segera tanpa meninggalkan sebarang bukti. Keesokan hari, dia hanya perlu berdrama agar dia tak disyaki sesiapa. Licik.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku