KAU UNTUK AKU, OKEY?
BAB 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 April 2017
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
826

Bacaan








       
    Dua bulan dah, Dua bulan itulah dia berpisah dengan ibu dan adiknya. Demi mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Bukan senang sekarang nak cari perkerjaan. Nak kerja supermarket pun perlukan sijil jugak. Bukan sesuka hati nak masuk minta kerja. Ingat supermarket tu bapak kita punya ke?

    Nur Alya itulah nama pemilik gadis ayu berasal dari sarawak. Seorang gadis pendiam, comel, dan lemah lembut. Dua bulan dah berkerja di syarikat mega holding SDN BHD yang terlekat di bandaraya kuching. Tak pernah sesekali dimaki oleh majikannya semua kerja siap dibuatnya.

   Kedua sahabatnya tadi tak muncul lagi, itulah orang bawak makan dekat luar tak mahu, jual mahal? Alya bukan suka sangat keluar waktu malam-malam, dia lebih suka berkurung dalam bilik atau pun dekat rumah sewanya. Dia berasa pelik dengan perangai Salmi yang selalu menjauhi dirinya.

" Assalammualaikum..." kedengaran suara dari arah luar rumah sewanya. Dia tersentak dari mengelamun tadi. 

" Walaikumsalam..." Jawabnya terus menuju ke arah pintu.Salmi dibelakang Areen hanya membisu saja, Dia sibuk dengan telefon bimbitnya. entah apa yang dia tak puas hati dengan Alya. Alya yang membuka mangga pintu tadi terkial-kial agaknya salah kunci kut? rungutnya dalam hati.  

" Cepatlah wei! Kau ingat kita tak kerja lain ke? " Soal Salmi setelah lama menunggu di hadapan pintu.

Hish, itupun nak marah jugak ke. kang aku tak buka pintu ni? biar korang berdua tidur dengan nyamuk dekat luar baru tau? kutuknya dalam hati. " Sabarlah Sal." Jawab Areen.
Dia tak nak Alya berkecik hati pula dengan Salmi, orang pendiam taak bererti dia tak ada perasaan. Bak patah kata diam-diam ubi berisi.

" Sekejap ya. Aku salah bawak kunci kut? " Jelasnya terus menuju ke tempat letak kunci tadi. Diruang tamu masing-masing mereka mematungkan diri. hanya kedengaran suara dari kaca TV yang menemani mereka bertiga. Salmi pula sibuk dengan telefon bimbitnya.

" Salmi... Kau okey tak ni? Aku minta maaf jika ada tersilap dengan kata aku selama ni. " Jelasnya' Salmi yang leka dengan telefon bimbit tadi menoleh ke arah Alya, dalam hatinya rasa nak sagat-sagat mulut Alya tu? begitu benci dia melihat Alya yang berlagak alim konon? 

" Salmi kau tak salot ke.jum kita solat sama-sama."

kata-kata itu masih bermain di kepalanya. Bila ditegur sikit Salmi ni asik melenting aje kerjanya. itulah Areen jarang nak tegur sikap Salmi ni. Dia tahu sangat perangai Salmi yang panas baran dia tu memang mengalahkan ego lelaki. Areen sudah angkat kaki dari ruang tamu tadi. " Kau nampak aku okey ke" Tegas Salmi dengan renungan mata yang begitu tajam sekali. 

" Tak, aku cuma nak tanya..."

" Tak payah nak menyibuk hal orang lah. Kau ingat perangai kau yang alim tu dapat mengubah segala masalah aku ke. kalau lah masalah aku dapat mengubah segala-segalanya okey jugak? ini tak asik-asik nak bagi ayat mengarut kau tu aje?" Jawabnya dengan perasaan marah.

" Hei...Hei... Kenapa ni? " Sergah Areen dari arah dapur, dulang air tadi diletak atas meja.

" Ni, ha'ah? kau ajar dia supaya dia tahu masalah aku dengan dia." Jelas Salmi pula.

Alya hanya berdiam diri saja, Tak tahu jalan cerita yang sebenarnya. Areen pun satu hal jugak tak pernah nak cakap apa-apa pun dengannya.

Areen di sebelah Alya hanya menyenangkan hati Sahabatnya. Dia tau Alya terasa hati dengan perangai Salmi itu. Ah, dia takkan biarkan Alya disakiti walaupun dia dah kenal lama Salmi dari Alya. Alya lah sahabat yang terbaik untuknya ketika itu. kalau bukan Alya pasti dia dah jejak kaki ke club malam dengan Salmi. Hampir -hampir kakinya ketika itu jejak ke tempat yang penuh dengan air kencing syaitan. tempat yang bermacam-macam ragam manusia di dalam itu. Ada yang berpeluk-peluk dengan pasangan masing-masing. tempat yang terlarang bagi mereka.Kalau tak bertemu dengan Alya pasti dia sudah hanyut dengan perangai tak senonoh. Salmi yang tiba-tiba diam tadi segera angkat kaki dari situ. rasa meluat melihat wajah Alya yang buat ' Derrk' dari tadi.

******************************

    Pagi-pagi Alya sudah menyibukkan diri di dapur. itulah kerjanya setiap pagi menyediakan sarapan pagi dan masak bekal untuk dibawak ke tempat kerja. jarang dah dia ingin makan dekat kedai waktu tengahari selalunya dia makan dekat pejabat saja. nak kata tak ada duit, ada jugak pakai beli barang dapur. itulah orang bila nak berjimat dengan duit.kena pandai berjimat segala keperluan. sekarang bukan zaman 60an, semua harga barang sudah naik tambah pula dengan GST.

" Beb, Aku nak minta cutilah hujung minggu ni," Katanya sambil membersihkan meja. " Kau dah tanya big boss kita ke? " Soal Areen di sebelah mejanya. 

" Hmm...Belum lagi. Kau, rasa nak tak bos bagi aku cuti." 

" Kau nak cuti ni, Apasal pula? "

" Aku cuti ni bukan saja-saja tau? Aku cuma nak jengguk ibu dan adik aku. Kau tau kan? Aku lama dah tak balik kampung. Beb aku rindu dengan mereka. " Sebak suara ALya ketika itu.

" Kau cubalah nasib, Manalah tau hati big boss kita tu cair dengan setiap kata-kata kau tu. Dapatlah kau rasa menikmati angin di kampung. angin dekat kampung dengan sini bukannya sama pun. angin dekat kampung free punya. tak usah guna kipas angin pun dah sejuk waktu tidur malam, kan? " Jelas Areen bersungguh-sungguh. walaupun dia tak pernah merasai suasana di kampung perdalaman itu.

" Kau rasa macam mana Reen? "

" Macam mana pula ni? "

" Hish... Kau ni buat tak tau aje. Aku ni, cuma nak tau jugak pendapatan daripada kau. Sama ada nak ke tak nak big boss kita tu bagi cuti. itu aje pun susah nak jawab? " Soal Alya geram, Kalau diikutkan hati nak sangat hempuk kepala sahabatnya tu dengan fail diatas meja. Tapi tak sampai hati jugak.

" Petang ni, Kau trylah... Mana tau hari ini mood big boss kita tu okey ke? " Cadang Areen. Bukan dia tak nak tolong, Tapi dia sendiri pun takut jugak dengan Syed Ammar. Kalau Dato Mustapa takde hal punya. mesti Dato bagi staff yang ingin bercuti, janji kerja semua selesai aje.
Tapi semenjak Syed Ammar yang menjadi CEO dekat syarikat ni, belum pernah lagi dia berhadapan dengan CEO barunya itu, hanya dengan nama aje dia kenal itupun Dato yang bagitahu semua staff Mega holding.

   Alya mengeluh, Dia tak tau macam mana cara berhadapan dengan Dato Mustapa, bukan dia pernah berhadapan dengan Dato Mustapa selama ni. kenal pun cuma nama aje. Nak, tak nak kena jugak dia bagitahu Dato Mustapa petang ni.

Areen segera menyusun fail-fail yang bertaburan diatas meja tadi. 

" Kau tak makan ke beb." Tanya Areen. Fail ditangan tadi di letak atas meja. 

" Makan, Tapi aku tak makan dekat luar. Ni hah? Aku ada bawak bekal.kalau kau nak kita kongsi." Jawab Alya sambil menunjukkan bekas bekal warna pink itu.

"Tak apalah.aku gerak dulu,tak pasal-pasal habis lauk dekat kedai mamak tu,hah? Nanti aku ke empunan tau.naya aku nanti tak makan satu hari." Areen terus berlalu dari meja dia. Beg dicapai, bukan dia tak tau peranggai Alya ni, semejak kenal Alya ni, tak pernah sekali pun dia makan dekat luar. Nak kata tak ada duit tapi ada juga beli barang ke perluan dia. Itulah namanya kan, orang kalau nak berjimat ni kena pandai guna duit bukan sesuka hati gunakan duit ni,ekonomi sekarang bukannya bagus sangat. 

Waktu rehat seperti biasa Alya ni bukan tak nak makan kat luar.tapi memandangkan dia ni rajin sangat bawak bekal sendiri pula tu. Untunglah lelaki yang dapat isteri macam Alya ni kan? Rajin pula tu. Bekas bekal warna pink dibuka. Selera sungguh dia menjamah lauk yang dia masak sendiri, walaupun hanya lauk ayam goreng dan sayur kangkong masak goreng belacan.perghhh...memang sedaplah kangkong masak sambal belacan ni kan?

Ammar yang lalu dari ruang meja Alya tadi terus berhenti, dia merhati saja Perempuan bertudung warna kelabu tu tekun menyuap makanan kedalam mulut. Ammar Hairan kenapa perempuan ni tak keluar makan. Adakah papa tak bagi dia orang gaji ke sampai sanggup bawak bekal bagai ni, gerutu Ammar. Selang tiga meja macam tu juga Ammar merhati Alya yang makan tadi. Terdetik jua hati dia ingin menyapa si gadis itu.

Ammar meluru ke arah meja Alya. Alya pun tak terkelip matanya memandang Ammar,segak jugak lelaki ni. Tapi aku tak pernah pun nampak dia dekat sini. Mungkin ni nak jumpa bos akulah tu. Kata Alya sekadar dalam hati.

" hai, Cik tak pergi makan dekat luar ke." Tanya Ammar acuh tak acuh aje. Bila mendekat gadis bertudung kelabu ni,hatinya berdegup kencang. Memang cantik walaupun simple aje pakaian dia.

Alya mengeleng kepala, tak tau nak kata apa-apa. Lidahnya kewlu. Bagaikan ada sesuatu mengunci mulut dia.

" Kenapa tak makan dekat luar. Syarikat ni tak bayar gaji kau orang ke tiap bulan." Soal Ammar lagi, kali ini suaranya agak kuat sikit dari awal percakap tadi.

" Eh, Taklah. Saya memang selalu bawak bekal dari rumah pun." Jelas Alya. Kalau ia pun nak katakan syarikat ni bankrup agak-agak lah. Kalau syarikat ni bankrup tak ada maknanya kita orang nak berkerja dekat sini. Desis hatinya.

" Oh, saya ingat kau orang tak dibayar gaji bulan ni." Jawab Ammar, kepala yang tak gatal tadi digaru. Malulah tu, siapa suruh main hentam bila bercakap ni, kan sendiri yang kena.

Alya berhenti seketika menyuap nasi ke mulutnya,segan pula bila lelaki segak didepannya nampak gaya dia makan.

" Awak dah makan ke," Soal Alya. Tangannya bermain dengan sudu.

" kalau belum, Awak nak ke bagi saya makan." Jawab Ammar.

Dari wajah Alya, Ammar dapat kesan wajah gadis didepannya itu merah. Barangkali malu kot.

" Hmm... Boleh jugak, Ta...tapi nasi tak cukup. Saya tak simpan banyak pagi tadi. Nasi ni pun cukup untuk saya jer. Kalau awak nak saya boleh suruh kawan saya bungkuskan nasi kosong nanti." Jelas Alya pula. 

" Tak apalah, saya dah makan pun." Bohong Ammar. Air liur ditelan memang sedaplah lauk dibekas warna pink itu, Apa lagi sambal goreng belacan itu memang kegemaran dia.

Alya tak dapat menjawab kata-kata Ammar tadi. Dia segan pula nak menjawab lebih-lebih, Nanti apa pula kata lelaki itu. 

" Awak dah lama ke kerja dekat syarikat ni," Tanya Ammar setelah mereka sama-sama berdiam seketika tadi.

" Nak kata lama,tak jugak. Saya baru dua bulan dah kerja dekat syarikat ni." Jelas Alya. Hish...Dia ni macam pak polisi pula soal aku bermacam-macam soalan. Dia ingat aku ni penjenyah ke. Omelnya dalam hati.

" oh..." Jawab Ammar ringkas. Terus berlalu dari tempat meja Alya makan tadi. Bagi salam pun tak.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku