KAU UNTUK AKU, OKEY?
BAB 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
700

Bacaan







Pejam celik tak terasa cuti dia pun dah abis, nasib baiklah Big bos muda dia bagi cuti. Kalau tak ke blur lah dia nak nikmati susana kampung. Teringat juga kisah diwaktu rehat di syarikat big bos menyapanya yang tengah makan. Dia sendiri pun tak tau itu anak majikan tempat di berkerja. Ingatkan orang yang kacak belagak tu klien big bos. Tapi disebaliknya bosnya sendiri. Malu tu tak usah katalah. Bila masuk saja ke bilik CEO, Dia sedar lelaki yang duduk didalam bilik CEO itu lelaki yang dikutuk dia sendiri, segan pula nak minta cuti. 

Alya menyusun barang keperluan untuk balik ke kuching, isnin dah star mula kerjanya. Sebak pula dia nak tinggalkan maknya dalam keadaan masih tak sihat tu. Kalau diikutkan hati memang nak tambah cuti, Nanti apa pula kata big bos dia. Tak pasal-pasal kena pecat nanti. Bukan senang nak cari kerja sekarang ni. Nak cari kerja supermarket pun susah juga sekarang.

" Mak, Adik pergi mana. Dari tadi Alya tak nampakk pun adik." Tanya Alya yang baru saja keluar dari biliknya.

Puan maryina terbaring dikerusi tadi terbangun. Badan yang masih sakit itu,perlahan-lahan bangun.

" Adik pergi kedai tadi, Katanya nak beli barang." Jelas maknya.

" Mak okey ke ni. Kalau mak rasa tak sihat, apa kata kita pergi klinik." 

Alya bimbang kesihatan maknya,kerana mak lah satu-satunya ada didunia ni.Dia benar-benar takut kehilangan seorang ibu. Dia tak sanggup tempuhi duga ni.

Syafi baru saja sampai dari kedai tadi mengulurkan bekas ubat yang baru saja dibelinya kepada puan marina. " Ni hah? Adik beli ubat untuk mak. Dari tadi adik nampak mak macam tak sihat jadi adik terus pergi kedai." Jelas syafi,helmet dikepala tadi dibuka.

" Kenapa tak cakap dengan akak yang adik nak pergi kedai tadi. Kalau tak,boleh akak bagi duit kat adik?" Tanya Alya.

" Tak apalah akak, itupun duit kak juga yang adik guna beli ubat ibu." jawab Syafi selamba, tadi masa dia nampak ibunya sedang terbaring menahan kesakitan. Jadi apa salahnya jika mengerungkai beg duit kaknya untuk membeli ubat.

Puan marina hanya membisu,tak disangka Syafi buat macam tu. " Syafi, kenapa tak minta izin dari kakak kamu." soal puan Marina setelah anaknya tadi duduk dikerusi kayu yang sudah uzur itu.

Syafi hanya membisu saja dia tahu sepatutnya dia perlu minta izin dulu sebelum bertindak. tapi dia tak sampai hati melihat ibunya dalam keadaan sakit. 

" Adik, Minta maaf Kak.sepatutnya adik kena minta izin dari kakak? lain kali adik tak buat lagi." Jelas Syafi dengan wajahnya ditunduk.

" Tak apalah tu Adik, Kakak tak marah pun adik buat macam tu. lain kali minta izin dari kakak dulu tau." Jawab Alya dia bukan nak marah Syafi. cuma nak beri peringatan untuk si adik supaya tak buat lagi.

Bagi Alya, Syafi adalah satu-satunya adik yang dia ada.seorang adik yang dia sayang. melihat wajah muram si adik Alya menghampiri Syafi.

" Adik marah Kakak ke ni?" 

" Tak adalah kak?" 

" kalau betullah adik tak marah akak, ni hah? kenapa wajah nampak kecewa aje kakak nampak."

Alya sengaja mengusik si adik, Dia tahu adiknya kecewa dengan teguran ibunya tadi. Syafi ni bila ditegur sikit dah nak naik angin satu badan. Alya bukan tak tahu perangai si adiknya itu.

" Mana ada akak," Bohongnya, sebenarnya dia kecewa dengan teguran si ibunya tadi, tapi memang patut pun ibunya marah dengan sikap yang tak pandai minta izin. sesiapa pun pasti juga marah bila barang kita sesuka hati diserungkai tanpa izin.

" Betul ni, Lepas ni adik jaga ibu baik-baik tau. kalau sakit ibu tak kebas langsung adik telefon akak terus ya. petang ni kakak balik." Jelas Alya, bukan dia tak nak jaga ibunya, tapi memandang cuti dah habis jadi dia kena menjalankan tugas di perjabat pula. dia takut kehilangan perkerja. Di syarikat mega holding lah satu-satunya tempat dia mencari rezeki.

seketika kemudian Alya bangkit dari sofa kayu yang nampak unzur itu, dia meluru kearah biliknya untuk mengambil segala barang-barang.

Puan Marina hanya merhatikan saja Alya berlalu dari tempat duduknya. dia berasa beruntung mendapat anak seperti Alya yang tabah dan baik hati. air mata ditahan tadi diseka perlahan-lahan? dia begitu kagum melihat kedua-dua anaknya itu? jika suatu hari nanti dia dijemput ilahi harapannya hanya satu semoga kedua-dua anaknya itu tabah atas permergiannya.

jam dinding hampir menunjuk pukul4 petang. selesai solat alya dah mula berangkat ke bandaraya kuching. berat mata memandang, berat juga hati untuk meninggalkan ibu dan adiknya di halaman kampungnya itu

" Bu, Alya kena balik. Esok dah nak mula kerja pula." Katanya, tangan dihulur untuk menyalam ibunya 

Beberapa keping not lima puluh ringgit diseluk dalam dompetnya tadi dihulur ke tangan ibunya.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku