KAU UNTUK AKU, OKEY?
BAB 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 April 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
604

Bacaan







   
  Seperti biasa Alya terus duduk dikerusi tempat dia bertugas. Pagi-pagi dia dah awal tiba, seperti biasa dia menekan butang on pada alat komputer.

Areen yang duduk bersebelahan meja dia tadi tak habis-habis mengatakan si buaya darat itu.apa yang istimewa tentang buaya darat. Lelaki yang suka mainkan perasaan wanita.bukan seorang dua perempuan yang berdamping dengan big boss dia tu.asik nak bertukar perempuan aje.

" kamu tau tak beza buaya air dan buaya darat ni." Soal Areen lalu berpusing ke arah Alya.

" Apa bezanya? Namakan sama,tiada beza apa-apa pun?" Jawabnya ringkas dan mudah saja.

Kau ni memang buta tentang cinta, memang tak pandai menilai langsung. Kutuk Areen dalam hati. Sakit hatinya bila Alya buat blur jer.

" Kalau aku bagi kau dua pilihan, awak nak pilih buaya air ke buaya darat?" 

    Lama Alya berfikir soalan sahabatnya tadi. 

" kalau aku pilih buaya darat macam mana beb...?"


   " Sebab apa kau nak buaya darat?" Tanya Areen, Geram betul dia dengan perangai Alya ni. Ingin saja nak cekik sahabatnya.


   " Sebab apa aku pilih buaya darat ni? sebab dia bebas dekat darat tak kiralah apa jua.dia tetap hidup juga dekat air? Sebab tu aku pilih buaya darat dari pilih buaya air yang tak dapat atas darat? Hahaa.." jelasnya dengan penuh yakin. 

"Kau ni, Nak kata tak sekolah ada juga sekolah, kau ni memang lembap betullah. Kau tau tak beza buaya ni, Perbezaannya macam manusia. lelaki yang macam playboy itulah yang patut digelar macam buaya darat? itupun kau tak faham ke!" Marah Areen, Dia bukan apa kasihan tengok sahabatnya nanti terperangkap dengan big boss dia pula. siapa yang tak kenal lelaki yang selalu bertukar teman wanita itu.

Sekarang baru dia tau maksud yang diberi sahabatnya. Tak akan aku nak jatuh cinta kut dengan si buaya darat tu.

“ Mana ada,aku tak ada hati  dengan big boss tulah? Kau jangan salah faham beb... Naya kau aku kerjakan?” jawab Alya dengan geram. Adakah patut dia jatuh cinta dengan buaya darat tu. Perasaan cinta pun tak? 

Tut...tutt...kalau benarlah aku suka si buaya darat tu nanti,ish...ish...naya aku dibuatnya.tak pasal-pasal lepas akad nikah dah kena tendang dengan ekor yang panjang 8 meter tu? 

“ Mulut memang mengatakan tidak, tapi hati berdegup kencang.kalau dah hati tu berdengup kuat bermakna kau suka ketampan dia kan?” Tanya Areen dengan penuh yakin.

“ Kalau soal hati tu, memanglah berdegup kencang, tapi tak juga aku nak jatuh cinta dengan dia pula.kau ni mengarutlah beb..tak ada maknanya dia sukakan aku.aku dengan dia jauh beza beb...” tegas Alya.

Tak mungkin Syed Ammar jatuh cinta dengannya, sedangkan mereka bagaikan langit dan bumi. Dia sebagai kuli tak pantas berdamping disini seseorang yang berpangkat seperti big bossnya itu.

“ Hmm...yang kau mengelamun tu apasal? Dah fikir duit hantaran ke beb...” Tanya Areen melihat Alya membisu saja.

“ Takde manalah?”

“ Manalah tau kan, kau dah berubah fikiran nak pikat big boss kita tu?”

“ hish... Tak sayang mulutlah kau ni beb?” jawabnya dengan geram.

Dalam hal cinta tiada siapa yang boleh menetap kata-kata ikhlas tentang cinta, zaman sekarang banyak yang pasang skandal dibelakang, tak kiralah perempuan ataupun lelaki semuanya sama.

Alya mula dengan kerjanya seperti biasa. Kerjanya hanya print kertas yang big boss bagi semalam. Eh! Sempat jugak dia berangan dengan ke tampanan buaya darat. Beruntunglah kalau dapat lelaki sado macam big boss dia tu. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku