AKU SUKA KAU
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 April 2017
Untuk pembaca budiman, penggunaan dialog lebih kepada Sabahan. Terima kasih. :)
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1184

Bacaan






Bab 6

“CEPATLAH!” panggil Rizqiey dari depan pintu rumah. Teman serumahnya itu kalau tengah bersiap, kalah orang perempuan. Bebelnya dalam hati. Geleng kepala Rizqiey melihat Murshid terkocoh-kocoh keluar dari dalam bilik tidurnya. Sampai luar pintu, terus lelaki itu sarung kasut kulit warna hitamnya.

“Aduh… lambatnya,” omel Rizqiey lagi.

Terus Murshid angkat kepala dan menghadiahkan Rizqiey jelingan tajamnya.

Rizqiey mencebik. Tidak kisah. Macamlah dia takut. Sudahlah lambat, ada hati nak lawan aku kononnya.

“Lima saat kau tak masuk kere…” Laju saja Murshid berdiri dengan sebelah kakinya masih belum bersarung kasut. Sebelah tangannya pula membawa sebelah kasut kulitnya itu masuk ke dalam kereta.

Rizqiey mengulum senyum. Padan muka!

Hari ini Murshid terpaksa menumpang kereta rakannya itu kerana keretanya masukworkshop. Semalam enjin tiba-tiba buat hal. Nasib baik lepas jemput dan hantar skandalnya balik rumah. Kalau tidak, buat malu dia saja. Dan hari ini, terpaksalah dia menumpang kereta Rizqiey. Tapi hampa, mahu cepat saja kerjanya! Kutuk Murshid dalam hati. Jelingan geram dihadiahkan pada Rizqiey sekali lagi siap tutup pintu kereta dengan kasar.

“Amboi… tunjuk mogok nampak?” saja Rizqiey mahu membakar panas hati rakannya itu yang sedia sudah panas sejak tadi.

“Yang kau kelam-kabut ni, kenapa?” marah saja bunyi pertanyaan Murshid pada lelaki yang duduk di tempat memandu itu.

Rizqiey pasang muka selamba. Dia terus memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah sewa mereka. Sempat kepalanya menoleh ke arah rumah gadis yang terlanggarnya itu. Sudah sampai kantinkah dia?

Kurang dari sepuluh minit, perkarangan Sekolah Kebangsaan Kampung Contoh sudah berada di hadapan mata mereka berdua. Kelihatan sudah ramai murid dan guru-guru yang sampai.

Rizqiey terus memandu keretanya masuk ke dalam dan terus parkir di tempat biasa dia parkir.

Kemudian mereka sama-sama keluar dari kereta dan menuju ke bilik guru. Namun tiba-tiba lengan Rizqiey dipegang Murshid. Sambil usap perutnya dia memuncungkan mulutnya ke arah kantin.

Rizqiey mengerutkan dahi. Arah kantin kini menjadi pandangan Rizqiey pula. Kemudian dia memandang semula ke arah Murshid.

“Kau pergilah dulu. Aku ada kelas awal pagi ni,” balas Rizqiey dan terus meninggalkan Murshid sendirian di situ. Bukan dia tidak mahu menemankan temannya itu bersarapan, cuma dia ada kelas awal pagi. Cadangnya lepas habis mengajar kelas pertama itu nanti, barulah dia ke situ. Pekenan secawan kopi dan kuih-muih untuk mengalas perutnya hingga tengah hari nanti.

Murshid mencebik lalu menuju ke kantin. Salam diucap kuat pada Makcik Maya yang kebetulan berdiri di hadapan kaunter kantin sambil mengemas kuih-muih yang sudah siap masak di ruangan itu.

“Aik, sorang saja cikgu?” tanya Makcik Maya ramah.

Murshid anggukan kepala. Matanya laju memandang ke dalam kantin tersebut. Mahu melihat-lihat kalau ada kuih lain yang belum diletak di hadapan. Seorang gadis yang baru muncul dari dapur sambil membawa sebakul kuih piang menarik perhatian Murshid. Lantas keningnya terangkat.

“Orang barukah, makcik?” soal Murshid pula tiba-tiba.

Makcik Maya menoleh ke arah Paridah yang sedang menuju ke arahnya. Makcik Maya angguk kepala dengan soalan Murshid tadi.

Kelihatan Murshid sudah senyum-senyum sumbing. Dasarplayboy, asal nampak lawa sikit mulalah dia pasang sengih begitu.

Melihat tingkah Murshid, Makcik Maya menggeleng dan tersenyum kecil. Murshid, Murshid.

“Nama siapa?” Murshid mula pasang pancingnya.

Pantas Paridah angkat kepala dan memandang wajah cikgu muda dihadapannya itu dengan kening yang terangkat.

“Er… cikgu tanya sayakah?” tanya Paridah tidak pasti. Kemudian dia mengerling sekilas pada Makcik Maya yang mengulum senyum. Kembali Paridah memandang cikgu muda tersebut. Melihat reaksi cikgu itu buat Paridah menelan air liurnya. Eee… menakutkan.

“Paridah.” Perlahan Paridah menyebut namanya. Sekali lagi dia mengerling pada Makcik Maya.

Murshid angguk-angguk kepala sambil tersenyum puas. Maklumlah, tindakannya tadi hampir membuahkan hasil. Baru tanya nama dia sudah rasa gadis kecil molek dan manis tersebut sudah masuk jaring. Jadi, langkah seterusnya akan dimulakan.

“Baru lepas SPM tahun lepaskah? Sekolah mana dulu, tidak pernah nampak pun.” Makin ramah Murshid bertanya.

Kening Paridah terangkat sekali lagi. Kalau dia sebut umurnya nanti,confirm lepas ini lelaki itu tidak akan berani bertanya lagi pasal dirinya. Ah, lantaklah. Macamlah dia kisah cikgu itu sukakan dia pula. Baru jumpa sudah jatuh cinta?Nonsense!

“25 tahun, cikgu,” beritahu Paridah acuh tak acuh. Tepat tekaannya tadi, wajah cikgu muda itu pantas berubah sebaik umurnya disebut. Paridah tersenyum sinis.

“Kenapa cikgu? Terkejut?” tanya Paridah pula berani.

Terangkat kening Murshid kerana ditanya tiba-tiba. Melihat senyuman sinis Paridah membuatkan Murshid menelan air liurnya pula. Kelat! Sudah kurang berminat mahu tahu pasal diri gadis itu lagi.

“Tiadalah,” balas Murshid sepatah.

Paridah jungkit bahu tidak kisah. Nampak sangat cikgu itu tidak suka dengan umurnya.

Murshid mengalihkan pandangannya pada Makcik Maya. “Nescafe makcik, minum sini.” Murshid terus ubah topik.

Paridah sudah menghilangkan diri ke dalam dapur. Sudah tidak ambil peduli pada cikgu itu lagi. Tahu benar sikap lelaki yang mata keranjang ni, jadi malas dia mahu bermesra-mesra pula. Sudahlah minggu ini dia bakal jadi tunangan orang. Memang dia tiada masa hendak bermain mata dengan lelaki lain. Satu keluhan terhembus kasar sebaik mengingatkan hakikat hidupnya itu.

*****

SELESAI satu buku murid kelasnya diperiksa, dia ambil buku murid yang lain pula. Di sekolah rendah itu, Rizqiey memegang tanggungjawab ajar murid tahun 6 subjek Bahasa Melayu. Iaitu subjek wajib lulus murid yang mengambil UPSR tahun ini.

Murshid yang baru keluar dari bilik tidurnya terus ke dapur. Botol berisi dengan air bergas berperisa oren diambil dari dalam peti sejuk lalu dituang ke dalam gelas. Dia masuk ke dalam semula dan duduk di sofa yang kosong. Perhatiannya terhala pada skrin tv berukuran 42 inci tersebut.

Rancangan drama Melayu yang bersiaran setiap jam 6.58 petang itu menjadi perhatiannya.

Rizqiey menoleh sekilas ke arah Murshid kemudian kembali memandang buku yang sedang ditandanya itu.

“Tidak tanda buku budak hari ni?” tanya Rizqiey tanpa memandang ke arah Murshid.

Pantas Murshid menoleh ke belakang.

“Tidak. Aku sudah buat di sekolah tadi. Siap,” balas Murshid. Lelaki itu, walaupun digelar kasanova oleh sahabatnya sendiri, tapi kalau perihal kerja tidak pernah lalai. Dia akan mendahulukan mana yang utama dulu sebelum dia layan skandal-skandalnya itu.

“Lain cerita.” Tiba-tiba Murshid melonjakkan suaranya.

Terkejut sedikit Rizqiey hingga terbengkalai sekejap tugasnya itu. Wajah beria-ia Murshid mahu menyambung cerita dipandangnya dengan dahi berkerut.

“Tadi, aku ada nampak pekerja baru di kantin.” Murshid memulakan ceritanya pagi tadi.

Kali ini Rizqiey mengangkat keningnya. Pekerja baru? Adakah gadis yang sama dia langgar hari itu yang Murshid maksudkan sekarang? Kenapa pula dengan gadis itu tiba-tiba.

“Mula-mula aku berminat mahu berkenalan dengan dia. Nama dia Paridah,” tambah Murshid kemudian.

Rizqiey sudah geleng kepala. Dengan pekerja kantin pun dia mahutry. Tidak habis-habis dengan kasanova dia ni.

“Mula-mula kau berminat, lepas tu tidak berminat? Begitu?” terus Murshid angguk kepala laju.

“Umur dia 25 tahun. Aku ingatkan baru lepas SPM tahun lepas.” Sekali lagi kening Rizqiey terangkat. Apa pula kaitannya dengan umur kali ini. Bukankah mereka sama umur. Jadi, apa masalahnya?

“Kalau dia lepas SPM tadi, ada harapan dia sambung belajar tinggi-tinggi dan dapat kerja elok. Kalau sudah umur 25 tahun… macam susah sikit. Setakat kerja kantin, manalah ngam dengan status aku sebagai cikgu ni, kan?” panjang lebar Murshid bercerita.

Kerutan di dahi Rizqiey bertambah hodoh. Penjelasan Murshid membuatkan Rizqiey menggeleng kepala.

“Tidak baik kau cakap begitu. Lain orang lain rezekinya. Mungkin ada sebab kenapa dia kerja di situ,” balas Rizqiey. Walaupun pada mulanya dia sedikit tidak menyukai gadis itu, namun tidaklah pula dia pandang rendah dengan pekerjaan gadis tersebut. Lagipun kata-kata Pakcik Ahmed padanya pada hari dia terlanggar gadis tersebut masih segar diingatannya. Sampai mati pun dia tidak lupa, kerana kata-kata itu tersangat memberi kesan pada dirinya sebagai seorang hamba. Rezeki ALLAH yang bagi, jadi kenapa perlu membangga diri.

“Aik, kau berminat dengan diakah?” tiba-tiba Murshid mengusiknya pula. Rizqiey geleng kepala kecil. Malas mahu melayan usikan tersebut, nanti makin menjadi-jadi pula lelaki itu mengusiknya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku