ESPIONAGE
Prolog
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 April 2017
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
377

Bacaan






Seorang gadis sedang melihat laut lepas, setelah memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan, berdekatan susur keluar. Ke arah kanan menuju ke Bandaraya Georgetown. Ke kiri menghala ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.

Seorang lelaki turut memakir sebuah motorsikal berkuasa besar. Berhenti agak jauh dari kenderaan gadis tadi. Dari jauh langit kebiruan, indah. Burung-burung camar terbang bebas, menyambar ikan-ikan yang timbul menyedut udara di permukaan air. Bangunan tinggi kelihat sayup mata memandang dari arah tanah besar. Bot-bot nelayan menghilir mudik

'Money always break relationship,' getus lelaki itu bersendirian. Tin minuman disepak dan terpelanting ke laluan kenderaan. Dia kembali duduk sambil menopangkan kakinya pada tempat duduk motosikal.

'Oh Shit,' jerit lelaki itu. Apabila bateri telefonnya sudah nyawa-nyawa ikan. Gadis tersebut mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.

'Huh! ... dia ni lagi.'

Matanya kembali terarah kepada dada telefon. Meniliti 'Whatsapp group' yang mengandungi pelbagai kisah, pelbagai panduan, pelbagai nasihat yang dikongsikan.

"Ah bosan!"

***
"Izza, awak kena cuba. Kena kuat semangat. Jangan biarkan masalah itu mengganggu awak." Pesan CR Haris masih terngiang-ngiang pada gegendang telinganya. Sudah berbulan Izza menghadap CR Haris, seorang kaunselor berdaftar, di Pusat Terapi Rich. Sudah dua bulan Izza terpaksa menghadap muka CR Haris yang tak handsome itu.

"Biar lolos dari peristiwa lama!"

"Chocolate parfaid."
"We have assortment of choices. Although chocolate parfaid is a wise choice. I have to tell you about choclate fudge"
"Cukup popular di kalangan kanak-kanak. Let me tell you something," syarah CR Haris, kaunselor lulusan London yang begitu meyakinkan.

"It's pretty exceptional," ujar Izza.

"But, it's really depending on you... what your mood. Someday you wake up, you are vanilla. Next day, you are chocolate... and that kind of how life is."

"Move on!"
"CR cakap mudah."
"I dah tak tahan. Lama-lama, I will jump over the bridge."
***
Kenangan bertemu CR Haris dipotong oleh ngauman jentera milik lelaki tersebut. Lelaki itu bukan asing bagi Izza. Sudah acap kali Izza bersua dengan lelaki itu, di tempat yang sama. Masa yang sama. Sungguh aneh.

"Hei ... you stole my privacy!" jerit Izza.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku