ESPIONAGE
Bab 3: Wap
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 April 2017
Penilaian Purata:
(28 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
329

Bacaan






“Sukar …,” CR Haris melepaskan keluhan yang berat. Dia tidak menyangka sessi kaunseling dengan Izza berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga. Dia membuang pandangannya jauh-jauh ke luar jendela. Melihat perahu-perahu nelayan memudik, hari merangkak ke petang. Mungkin ada hasil tangkapan yang dibawa.

“Perasaan kasihan pada gadis itu bermain-main pada kotak fikirannya. Izza adalah client baru yang menjalani sessi kaunseling darinya.

“Hei boss …, mengelamun nampak, “ tegus Yanti, kerani merangkap PA bagi CR Haris. Teguran Yanti menghilangkan lamunannya terhadap Izza.

Ada lagi client?”.Ujar CR Haris. Dia tidak menjawab teguran Yanti tetapi melemparkan senyuman kepada Yanti serta meminta kepastian tentang temujanji dengan client.

“Ada lagi boss,” Yanti mengemaskan meja, memungut bekas minuman serta piring yang berisi donut.

“Siapa?”

“Boss tak sentuh pun donut ni.”

“You … take it!. I tak ada selera.”

“Tadi ada Fizal hantar mesej. Dia nak datang jumpa boss, petang ni.”

“Fizal?”

“Mamat motor besar tu boss.”

“Oooo.”

Ketukan daun pintu dari arah luar kedengaran. Suara seseorang memberi salam juga kedengaran.

“Kan … I dah sebut tadi. Panjang umur mamat ni,” ujar Yanti sambil senyum.

“Silakan masuk!” Pintu dibuka. Fizal masuk ke dalam bilik.

“Hei … full mask,” tegur Yanti. Fizal masih kekal memakai helmet dan lengkap berjaket.

“Oh … sorry, “ ujar Fizal sambil menanggalkan helmet.

***

Yanti keluar dari bilik. Sessi seterusnya akan berlangsung.

“Saya tak dapat tidur tuan,” ujar Fizal. CR Haris mendengar dengan teliti.

“Masih dengan masalah yang sama?”

“Ya tuan.”

“Dah follow apa yang I pesan?”

“Dah tuan.”

“You pernah mendengar cerita arnab dan katak?” ujar CR Haris kepada Fizal.

“Katak dengan puteri cantik?”

"Bukan."

"Arnab dengan kura-kura?"

“Bukan.”

‘Ah! apa hal pula dengan kaunselor ni’, minda Fizal berputar mencari jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh CR Haris. Dia tenggelam seketika. Wajah seorang perempuan yang dilihatnya menuju ke petak pakir, macam pernah dilihatnya. Tapi Fizal tidak berupaya mengingatnya.

‘Ah!’

“Ada sekumpulan arnab. Jarang ada di Malaysia arnab jenis ni. I pun pernah jumpa arnab jenis ni di Australia. Di London pun jumpa kat dalam zoo saja.”

‘Ah! tak habis-habis London,’ fikiran Fizal bermain-main antara apa yang dikatakan oelh CR Haris dan ingatannya terhadap susuk gadis yang dilihatnya menuju ke petak parkir tadi.

The hares were prescute to other beast …,” ujar CR Haris. Kata-katanya terhenti sambil melepaskan batuk.

“Beauty and the beast ke Tuan?”

“Oh … sorry. I batuk agak kerap sekarang ni.”

“Bukan yang tu,” CR Haris tersenyum.

‘Mamat ni kalau dilayan nanti lain topic pula yang ditanya. Tangkap wap betul.’

“Beast … haiwanlah.”

“Ada sekumpulan arnab liar yang selalu terancam dengan haiwan-haiwan yang lain di dalam hutan tebal.”

“Hutan tu kat London ke Tuan?”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku