ESPIONAGE
Bab 4: Jerat
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 April 2017
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
125

Bacaan






Bunyi salakan anjing kedengaran di sana-sini. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 10.00. Suis TV dimatikan. Izza duduk bersendirian di dalam rumah sewa kerana dua orang rakan serumahnya pulang ke kampung.

Fikirannya masih lagi terbayang kepada adegan dari filem seram yang ditontonnya sebentar tadi. Seorang perempuan dikurung di dalam sangkar yang diperbuat daripada besi. Perempuan itu diberi makan dan dilayan seperti seekor binatang, oleh lelaki yang terlalu kagum dan minat kepadanya. Dia dibiarkan terkurung di dalam sebuah bilik bawah tanah.

'Ah! tak mungkin ada bilik seperti itu di sini,' getus hatinya. Fikirannya turut menerawang kepada sesusuk tubuh lelaki yang baru dijumpainya semula dalam bas, siang tadi. Lelaki itu bukan asing baginya. Lelaki yang pernah dijumpainya sewaktu zaman sekolah.
***
Bas meluncur laju membelah di tengah kesibukan kota. Kenderaan bersimpang siur menuju ke arah masing-masing. semuanya sibuk. Sebuah kereta didapati menghalang aliran trafik. Kereta itu diletakkan berhadapan sebuah restoran yang ramai pengunjung, Restoran Nasi Kandar Tajudin.




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku