KALUNG
Bab Prolog
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 April 2017
sesiapa yang bebaskan ku,Segala keinginannya akan aku penuhi
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
610

Bacaan






                                                            PROLOG
Ratu meratah ayam goreng yang dibelinya ketika pulang dari kerja. Usai makan, Ratu mencapai smartphone dan melihat mesej dan whatsapp. Ratu mengeluh hampa. Ratu susah payah bangun dari kerusi kerana perutnya yang memboyot. Perlahan-lahan Ratu menapak ke dapur. Ketika leka mencuci pinggan, lampu rumahnya terpadam. Ratu terkejut. Ratu meraba-raba dalam kegelapan mencari lampu suluh yang diletaknya di atas peti sejuk. Suasana kembali cerah walaupun penglihatan agak terhad kerana lampu suluh yang digunanya kekurangan bateri. Ratu mencapai beg tangan di atas meja makan dan memasuki bilik. Jam dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Ratu merebahkan tubuhnya di atas tilam. kelopak mata Ratu kian berat lantaran dihimpit kepenatan dan kekenyangan. Ketika matanya hampir tertutup, mata Ratu menangkap susuk tubuh wanita berkebaya putih yang berada di sudut pintu bilik sedang memerhatinya. Ratu kaget. Cepat-cepat mencapai lampu suluh. Malangnya,lampu suluh kehabisan bateri. Suasana bilik gelap. Ratu merentap kain langsir tingkap di sisinya. Seluruh tubuhnya dibasahi peluh ketakutan. Bilah cahaya bulan purnama menerobos masuk ke dalam bilik. Samar! 

 "Siapa tu?" Ratu bertanya dengan nada suara gementar. Seingat Ratu dia telah mengunci kesemua pintu rumah sebelum makan. Tak mungkin adik iparnya! 

 Ratu mengigil. Ratu merapatkan tubuhnya di tepi dinding. Hendak mencapai telefon, telefonnya berada dalam beg tangan terletak di atas meja solek. Wanita berkebaya putih itu menghampiri katil Ratu. Perasaan Ratu dicakar resah dan takut.

 Kau harus mati... 

 "Kau.. Kau.. Siapa?" Suara Ratu gementar. Berulangkali soalan itu ditanya tapi Ratu tetap tidak mendapat jawapan. Perasaan takut menjalar di seluruh tubuhnya. Airmata Ratu mengalir membasahi pipinya yang putih gebu. Ratu juga kebingungan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Kau harus mati.Kerana dia membencimu.Siapa yang bebaskanku.Segala keinginannya akan aku penuhi.” Suara bisikan wanita berkebaya putih itu halus menampar pendengaran Ratu. 

Wanita berkebaya putih menghampiri Ratu. Ratu nampak jelas wajah jelita wanita berkebaya putih. Wajah yang tidak pernah dikenalinya. Perlahan-lahan wajah wanita berkebaya putih berubah menjadi putih pucat dan berkedut. Kelihatan sisik-sisik halus kemerahan timbul di wajahnya. Mata wanita kebaya putih terbeliak memandang Ratu. Wanita berkebaya putih itu menyeringi menampakkan gigi taringnya yang tajam. Rambut hitam panjang mengurai bertukar menjadi putih. Wanita jelita bertukar hodoh itu menerkam Ratu. Ratu melompat dari katil mengelak dari menjadi mangsa. Dia belum bersedia untuk mati.

 Malangnya, Ratu lupa dia sedang sarat mengandung. Kaki Ratu tersadung pada cadar katil dan perutnya terhempap atas lantai. Ratu merintih kesakitan. Cecair merah pekat membasahi skrit labuh yang dipakainya. Tanpa berlengah mahluk hodoh itu menerkam Ratu. Ratu tidak mampu berbuat apa-apa. Suaranya bagai dikunci. Perlahan-lahan dia merasakan taring tajam dibenamkan di leher jinjang miliknya. Ratu terkulai layu. Sebelum dia menutup rapat matanya dia sempat melihat kuku tajam wanita berkebaya putih berlegar-legar di perutnya. Sengaja wanita berkebaya putih tidak menamatkan riwayat Ratu dalam sekelip mata. Dia mahu Ratu merasai penderitaan amat dasyat sebelum Ratu mati. Kuku tajam wanita berkebaya putih dibenamkan ke dalam perut Ratu. Jeritan Ratu sayu tenggelam dalam bunyi salakan anjing. Nafasnya tercungap-cungap, matanya terbeliak menahan sakit yang teramat sangat. Wanita berkebaya putih itu, mengambil bayi yang sudah cukup sifatnya lalu dipulas kepala bayi yang masih merah hingga putus. Kepala dan badan terpisah. Darah membuak keluar dari tubuh kecil itu. Dicampak tubuh bayi lembik ke sisi Ratu yang sudah tidak bernyawa. Wanita berkebaya putih ghaib bersama kepala bayi meninggalkan tubuh Ratu tidak bernyawa dan bau hanyir darah yang masih hidup.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku