KALUNG
1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 April 2017
sesiapa yang bebaskan ku,Segala keinginannya akan aku penuhi
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
489

Bacaan






Elly melemparkan pandangannya ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari-lari di kawasan tangga. Tidak lama kemudian terdengar suara sergahan melarang kanak-kanaktersebut berlari. Azman sedang leka membaca surat khabar. Ratu sedang menikmatiteh dan goreng pisang yang masih panas. Sesekali matanya menjeling ke arahAzman yang tekun membaca. Ratu berdehem beberapa kali. Azman melipat suratkhabar dan mula menikmati hidangan petang yang disediakan oleh Ratu. Elly hanyamemandang perlakuan Ratu. Sesekali matanya menatap skrin telefon pintar.

 

"Elly, abang dan kak Ratu bercadang nak pindah rumah. Elly ikut sekali ya? "

 

"Abang jangan risau. Elly boleh tinggal di sini."Elly memberi alasan menolak ajakanAzman. Jelingan Ratu sudah cukup difahami Elly. Ratu tidak suka Elly tinggalbersama mereka. Elly tidak terkejut dengan keputusan Azman. Dia pernah terdengar perbualan Ratu mengajak Azman berpindah dari rumah flat sempit yang mereka diami.

 

"Ala bang, Elly dah besar panjang. Tak kan tak boleh berdikari. Lagipun Elly tinggal di asrama  kampus kan, " Riak wajah Ratu tegang. Begang dengan sikap Azman yang melebihkan Elly dari dirinya.

 

"Sebab dah besar panjang abang risau. Elly perempuan. Awak faham sajalah budak-budak kawasanrumah flat ni suka ganggu anak dara orang. "

 

"Nanti Elly ajak Azwa teman Elly masa cuti semester. Abang jangan risau." Elly teringat  anak Mak Ton, Azwa yang sedang belajar di sekolah menengah. Mak Ton jiran arwahmak Elly paling akrab. Wajah Ratu dipandang sekilas. Bibir Ratu mengukir senyuman kemenangan. Patutlah arwah ibunya tak berkenan dengan Ratu tapi disebabkan Azman tergila-gilakan sangat pada Ratu, akhirnya arwah ibunya merestui hubungan mereka. Itupun setelah Azman mogok tidak mahu makan, bercakapdan demam selama beberapa hari. Hebat sungguh penangan cinta Ratu. Azmankelihatan mempertimbangkan permintaan Elly.

 

"Baiklah, tapi Elly kena ikut abang pergi rumah baru abang. Nanti senang Elly nak pergi rumahabang masa hari cuti nanti."

 

Elly mengangguksetuju. Airmata bergenang di kelopak mata Elly. Hangat! Elly tidak pernahberpisah dengan Azman sejak 5 tahun lalu selepas kematian ibu mereka. Ayah pulamenghilangkan diri sejak Elly dalam kandungan lagi.

 

                                                   *****

 

Ratu menyanyi kecil didalam bilik. Mengemas pakaian yang akan dibawah ketika berpindah. Azman yangtadi hanya memerhati Ratu. Ratu menyanyi kecil di dalam bilik.Kemudian, Azmanmenggeleng kepala melihat tingkahlaku Ratu yang sukar difahaminya. Ratu memangseorang isteri yang baik, namun layanan Ratu terhadap Elly membuatkan Azmanserba salah. Hendak dimenangkan Elly, dia tidak sanggup melihat wajah masam mencuka Ratu berminggu-minggu rajuknya, hendak menangkan Ratu, dia tidak sampai hati melihat Elly terluka dan berasa tidak disayangi. Akhirnya, Azmanmendiamkan diri apabila Ratu dan Elly bertekak.

 

“Sejak kita berkahwin,Ratu tak pernah nak berbaik dengan Elly. Kenapa?”

 

“Budak zaman sekarangbukan boleh dimanja-manja.”“Elly itu adik abang, adik Ratu juga.” Azman cubamelembutkan hati Ratu.

 

“Saya cemburu! Awakasyik lebihkan Elly dari saya. Saya isteri awak, awak kena jaga hati saya lebihdari hati adik awak tu.” Elly mencampak semua pakaian ke dalam bagasi.Kegembiraannya hilang sekelip mata.

 

“Rumah yang kita naktinggal tu elok ke?” Azman sengaja tukar topik perbualannya dengan Ratu setelahmenyedari akan tanda-tanda pengaduhan akan berlarutan.“Jauh lebih elok, cantikdan besar dari rumah ini.”

 

“Sudah berapa lamamoyang awak tinggalkan rumah tu?”

 

“Lama juga. Sejak moyang meninggal atuk dan papa ada juga balik sekali-sekala. Atuk melarangarwah papa jejak kaki di rumah tu jika atuk mati!”"Jadi, kenapa kita nakpindah ke situ? "

 

"Ratu dah tiada saudara-mara jadi rumah itu milik Ratu. Jauh lebih selesa dari rumah abang ni.Papa beritahu Ratu, cakap atuk tak boleh dengar sebab atuk dah nyayuk. "

 

“Tapi... "

 

“Minggu lepas sayaminta tolong bekas tukang kebun atuk bersihkan rumah tu. Abang tak payahrisau.”

 

 Hati Azman dijentik perasaan tidak enak. Azman belum berkesempatan menjenguk rumah yangbakal mereka duduki kerana dia perlu selesaikan banyak tugasan di pejabatsebelum berpindah ke cawangan baru syarikat yang beroperasi di bandarberhampiran kampung keluarga Ratu. Mujur ada kekosongan jawatan, jika tidak terpaksa dia menangguhkan keinginan Ratu untuk berpindah. Azman melabuhkan punggung di birai katil.

 

Ratu menghulurkan beberapa buah album gambar lama sebelum meminta diri ke ruang tamu untukmenonton rancangan televisyen kegemarannya. Azman membelek-belek gambar yang mengabadikan kenangan keluarga kecil Ratu. Sekeping gambar terjatuh mengenaikaki Azman. Azman mengambil gambar yang terjatuh. Bukan kemegahan rumah pusakakeluarga Ratu yang menarik minat Azman sebaliknya gambar seorang wanita jelita berambut panjang menarik perhatian Azman. Kalung rekaan unik tergantung dileher wanita itu menambahkan lagi kejelitaannya. Masih cantik walaupun gambar tidak berwarna dan sedikit pudar dimamah usia. Azman cuba mencari wanita jelita dalam album gambar yang lain. Hampa! Hanya itu satu-satunya gambar wanita jelita yangada. Azman membaca tulisan yang tercatat di belakang gambar yang sudah lusuh.Tulisan jawi yang agak sukar dibaca.


Kalung indah seribu rahsia

Tika purnama dahagakan darah

Kalung hilang buat kugusar

bebaskan aku dari'pusara'

 

Saat itu, Azman dapatrasakan angin bertiup lembut menampar wajahnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku