KALUNG
Bab 4
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 April 2017
sesiapa yang bebaskan ku,Segala keinginannya akan aku penuhi
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
302

Bacaan






Suasana pasaraya bising dan sesak dengan orang sedang membeli-belah. Ratu dan Azman segera mencari barang-barang yang ingin dibeli. Usai membuat bayaran di kaunter pembayaran, Ratu dan Azman singgah di sebuah kedai makan yang terletakbersebelahan dengan pasaraya. Azman hilang disebalik pelanggan yang sedang memilih makanan di meja yang menempatkan lauk-pauk. Ratu memandang kosong kearah kaunter yang menjual makanan. Kelihatan Azman sedang menatang dulang yang berisi minuman dan makanan. Walaupun sudah bersarapan sebelum keluar dari rumah, perut mereka tetap berasa lapar. Banyak tenaga digunakan ketika membeli barang dapur dalam keadaan pasar yang sesak. Disebabkan tidak mahu menyusahkan PakYusof, Ratu hanya meminta Pak Yusof membeli bekalan barang dapur untuk keperluan sehari sahaja.  Azman meletakkan pinggan makanan berisi nasi lemak di hadapan Ratu. Tanpa berlengah Ratu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Teh ais sudah separuh gelas diminumnya. Azman hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Ratu seperti tidak makan berhari-hari.

"Sayang, abang nak tanya sesuatu..boleh?"

"Tanyalah!"Ratu menghentikan suapannya. Ratu berasa menelan makanan yang dikunyah gara-garamakan secara gelojoh.

"Siapa perempuan dalam gambar keluarga Ratu?" soal Azman serius. Semenjak semalam dia tidak dapat tidur. Gambaran wanita berkebaya putih menghantui fikirannya.

"Perempuan yang mana satu abang?"

Ratu kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya. Kali ini lebih sopan dan tertib. Malu apabila ada mata yang memandangnya.

"Perempuan berkebaya putih dan memakai kalung dileher!”

Ratu cubamengingat gambar-gambar keluarga yag berada dalam simpanannya. Setahu Ratutiada gambar wanita berkalung dalam keluarganya.

"Ratu rasa abang silap tengok. Berulang kali Ratu lihat album keluarga Ratu, tiada gambar orang lain selain gambar keluarga Ratu."

"Abang yakin perempuan tu keluarga Ratu." ujar Azman bersungguh-sungguh. Azmanyakin gambar yang dilihatnya tempoh hari.

"Balik rumah nanti abang tunjukkan pada Ratuya!"

Ratu meneruskan suapan ke dalam mulutnya.Diasebenarnya malas melayan perasaan suaminya dalam keadaan dia berbadan dua dan emosi yang sering berubah-ubah belum ditambah kepenatan mengemas rumah peninggalan arwah moyangnya. Pertanyaan Azman masih berlegar di fikiran Ratu.Sudah banyak kali Ratu membelek album keluarganya namun tidak pernah terjumpa gambar perempuan yang dinyatakan oleh Azman.

Azman sudah lama teringin bertanyakan tentang gambar wanita berkebaya putih, namun dia asyik terlupakerana perlu menyiapkan tugasan pejabat dan mengemas beberapa barang keperluan untuk berpindah. Usai makan, Ratu dan Azman bergerak pulang ke rumah.

***

Elly bersiar-siar di sekitar kampung Permukinan.Suasana kampung yang aman dan udara segar membuatkan Elly berasa tenang. Sengaja Elly berpakaian sukan . Sambil bersiar-siar lebih baik dia bersenam supayatubuhnya yang letih dan lemah semenjak sampai di kampung tersebut hilang dandapat mengembalikan kecergasan tubuhnya. Elly berkira-kira ingin singgah dikedai runcit walaupun kedai runcit terletak agak jauh dari rumah agam milikRatu. Alangkah seronok jika dia mempunyai seorang kawan dari kampung tersebut.Penuh mula membasahi wajahnya. Terik mentari pagi mula memancarkan bilah-bilahcahaya. Elly mengatur langkah masuk ke dalam kedai runcit sederhana besar.Diambil beberapa bungkus makanan segera dan dia menuju ke kaunter bayaran.Beberapa mata asyik memandangnya. Mungkin disebabkan dia masih baru di Kampung Permukinan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk Kampung Permunkinan.

"awak baru pindah ke sini ke?"

Elly disapa oleh suara garau milik seoranglelaki yang berpakaian agak lusuh. Elly mengangguk sambil melemparkan senyuman hambar. Jika dilihat dari raut wajah lelaki itu kelihatan sebaya dengan usianya.

" Ya! Sebenarnya ini kampung kakak ipar saya. Saya cuma datang menemani dia mereka berpindah di sini."  Elly menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada gadis manis sedang menanti bayaran dari Elly. Elly segera meninggalkan kedai runcit itu. Elly mengatur langkah seribu apabila menyedari lelaki yang menegurnya mengekori. Kini, dia berharap tidak mempunyai kenalan dari KampungPermunkinan. Pandangan penduduk kampung penuh curiga dan lelaki pelik yang sedang mengekorinya membuatkan Elly berasa tidak selesa.

"Awak!Tunggu!"

Elly berlari-lari dengan harapan lelaki itu tidak mengekorinya lagi. Akhirnya, Elly terpaksa berhenti kerana dia berasa separuh nyawanya melayang gara-garakepenatan.

"Awak!Tunggu!"

Elly menghentikan langkah. Lelaki berbaju lusuh itu termengah-mengah mencari ruang untuk bernafas. Keringat jantan membasahi wajah dan pakaiannya.

" Saya Rashid. Cucu ketua kampung ini. Maaf jika penampilan saya ini kotor.saya baru balik dari kebun atuk saya."

"Maaf!saya tak biasa di kampung ini dan saya tidak kenal sesiapa di sini!"

"awak tinggal di rumah besar di hujungkampung itu ke?"

" Ya! kenapa?" soal Elly.

Wajah Rashid berubah serta merta. Belum sempatRashid memulakan perbualan lebih lanjut, Elly meminta diri mahu pulang. Dia bimbang dimarahi Azman. Elly juga tidak mahu pertemuannya dengan Rashid yangbaru dikenali itu menjadi umpatan orang kampung. Kelak, akan memburukkan nama abangnya. Perjalanan pulang ke rumah Ratu terasa lama. Elly cuba mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu Azman dan Ratu menyedari dia tiada di rumah. Ellylega apabila melihat garaj kereta masih kosong. Ini bermakna Azman dan Ratumasih belum pulang. Elly segera masuk ke dalam rumah dan menaiki tangga ketingkat atas yang menempatkan kamar tidurnya. Elly masuk ke bilik air untukmembersihkan diri.

Azman membunyikan hon kereta beberapa kali.Masih tidak nampak kelibat Elly. Ratu menguak pintu utama rumah yang sedikitterbuka. Azman pula tidak terus masuk ke rumah sebaliknya lebih selesamengambil angin di luar rumah. Ratu berjalan menuju ke dapur sambil menjijit barang-barang yang dibeli. Barang-barang dapur diteletaknya di atas meja. Ratumelangkah perlahan-lahan menuju ke pintu dapur yang terbuka luas. Mata Ratumenangkap susuk tubuh Elly yang sedang leka menjemur pakaian di ampaian. Ratu kembali ke dapur, menjerang air dan menyusun bahan mentah basah ke dalam peti sejuk.Sejak berpindah ke rumah peninggalan arwah moyangnya emosi sedikit sebanyak dapat dikawal. Dahulu dia tertekan kerana terpaksa tinggal di rumah kecil,sempit dan jiran-jiran yang suka menyibuk hal peribadi orang. Ratu anak tunggaldan sebati dengan kehidupan serba mewah. Niat arwah papanya terjun ke bidang perniagaan membawa episod malang dalam hidupnya apabila papa Ratu ditipu oleh rakan kongsi syarikat. Arwah papanya terpaksa menjual rumah agam mereka dan berpindah ke rumah kecil. Ratu pernah beberapa kali memujuk orang tuanya supaya pulang ke kampung moyangnya. Namun, arwah Aziz tetap berkeras tidak mahu pulang ke Kampung Permukinan. Sejak peristiwa itu, arwah papanya sering sakit dan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Ratu tidak mahu lagi mengenang kisah silamnya. Ratu menyediakan peralatan dan bahan untuk memasak. Ratu hairan Elly masih berdiri kaku di ampaian sedangkan baju yang dijemur hanya beberapa helai. Ratu menghampiri pintu dapur dengan niat hendak memanggil Elly. Elly berjalan kearah perigi buta. Ratu kaget. Belum sempat Ratu melaungkan nama Elly, bahunyadi sentuh lembut oleh oleh seseorang. Elly menoleh. Azman   hairan melihat perlakuan Ratu seperti terhendap-hendap melihat sesuatu.

“Sayang, tengok apa?”

“Elly, dia buat apa lama-lama di ampaian. Ratutengok dia berjalan ke arah perigi buta di belakang rumah. Cuba abang pergitengok.”

“Baiklah! Abang pergi tengok Elly sekejap.”

Azman sudah berdiri di muka pintu, mencari seliparnya di bawah timbunan perabut rosak yang diletakan di tepi pintu bahagian luar rumah. Elly menyanyi riang menuju ke dapur sambil melambung-lambung mi segera yang dibelinya di kedai runcit. Namun, perlakuannya terhenti saat melihat Azman dan Ratu merenungnya dengan perasaan terkejut. Wajah Ratu pucat.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku