Si Pencuri Hati
Bab 2
mia
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 April 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
293

Bacaan






BAB 2

            HANNAHDAN FAHRI berjalanberiringan ke University Of London. Sebenarnya Fahri tak ingin nak jalan berduadengan dengan Hannah dan Hannah sendiri pun tak nak pun dekat-dekat denganlelaki itu. Tapi…

 

 

“Give me that!” Seorang lelakiInggeris cuba merampas tas tangan milik Hannah

“No! Help!!!” Hannah menjeritmeminta tolong. Dia memukul-mukul tubuh lelaki itu dengan beg kertas yang dipegang. Tapi iyalah, beg kertas tu pun cuma berisi pakaian sahaja. Memang tak memberikesan apa-apa la pada lelaki bertubuh besar itu.

“Somebody help!!!Please!!!” Hannah masih cuba mempertahankan tas tangan berjenama Channel itu.Dalam kekalutan pepper spray yangberada didalam kocek diambil lalu ditalakan ke wajah lelaki itu tetapi sempatditepis kasar oleh lelaki tersebut. Alat itu terjatuh jauh ke kawasan semak.Hannah hanya mampu berdoa sambil berserah semoga ada yang datang membantu.

“Let it go!” Lelaki bertubuhbesar itu menolak kasar tubuh Hannah sehingga tersungkur. Hannah menjeritkesakitan.

Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki itu menjerit. Tangannya cubamenggosok kawasan mata. Wajahnya merah menahan kesakitan. Hingus pula melelehtanpa henti. Tubuh si penjenayah ditendang dua tiga kali oleh seorang lelaki.

Pepper spray miliknya ada padagenggaman tangan lelaki yang membantunya. Hannah cepat-cepat bangun. Diatergamam. Lelaki yang membantunya cepat-cepat menyambar tas tangan Hannah yangterjatuh lalu segera menarik lengan gadis itu untuk berlari pergi dari situ.

Setelah berada agak jauh dari tempat kejadian, genggaman tangan Hannahdilepaskan kasar. Masing-masing melepaskan lelah. Lelaki itu yang menolongnyatelah pun terduduk kepenatan membelakangi Hannah. Hannah sendiri sudah hampirkehabisan nafas. Walaupun dia selalu berlari diatas treadmill di apartmentnya, tetapi perasaannya memang tidak samadengan berlari sekuat hati bagaikan dikejar terroristseperti tadi.

Setelah pernafasannya kembali pulih, Hannah bergerak perlahan ke arahlelaki itu. Dia menghulurkan tangan. Ingin mengucapkan terima kasih kepadalelaki itu. Lelaki itu masih menundukkan kepala. Mungkin masih penat lagi.

“Hey, I want tothank…”

“Kau ni bodoh ke apa? Kalau iya punnak ikut short cut tengok la dulujalan tu selamat ke tak!” Hannah tergamam.

‘Eh, mamat teksi nike? Aku cepuk kang… Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kenapa la diayang kena tolong aku? Dah la aku terkejut tak habis lagi.’

“Suka hati aku la! Kau apa peduli? Aku bukan mintak kau tolong pun.”Suara Hannah mula meninggi. Walid sendiri pun tak pernah menengking Hannah.

“Tak minta tolong konon… Yang kau terpekik help! help!  Dah macam nakterkeluar anak tekak… Tak minta tolong lagi macam tu?”  Hannah mengetap bibir. Geram. Dia menariknafas dalam-dalam. Dia mahu mengucapkan terima kasih dan segera berlalu pergidari situ. Entah mengapa, rasa menyampah pula melihat muka lelaki di hadapannyaitu. Kalau ikut kata hati, memang tak la Hannah cakap terima kasih. Tapi, mamapernah kata, tak rugi pun ucap terima kasih dekat orang yang tolong kita.

“Terima kasih tolong aku.” Hannah mengucapkan terima kasih sambilberlalu pergi tanpa menunggu reaksi dari lelaki yang bersusah-payah menolongnyasebentar tadi. Nampak sangat tak ikhlas. Tapi malang bertimpa lagi. Belumsempat dia pergi jauh, Hannah menjerit sekali lagi. Kaki Hannah terseliuh.Tumit kasutnya patah. Dia mengurut-ngurut kaki yang sakit. Malangnya nasibHannah hari ini.

Fahri yang melihat tingkat laku gadis yang tidak dikenalinya itu hanyatersenyum mengejek. Padan muka. Dasar perempuan sombong yang tak boleh ditegur.Perempuan macam tu sekali sekala memang harus diberi pengajaran.

Sebenarnya dari awal lagi Fahri tahu yang lorong yang dilalui Hannahitu memang bahaya. Kata Haiqal, beberapa hari lepas dah ada kes ragut dekatsitu. Peragut bersenjata katanya. Mulut Fahri ringan saja mahu menasihatiHannah apabila melihat gadis itu melencongkan kakinya ke arah kawasan itu. Tapibelum sempat dia buka mulut, gadis itu terus menjeling tajam apabila melihatFahri cuba mendekati dirinya. Jadi sebagai seorang lelaki yang memiliki egoyang tinggi, dia membiarkan sahaja si gadis itu berlalu pergi. Tapi diam-diamdia mengekor juga dari jauh. Tak mahu terasa bersalah didalam hati kalau esokviral di internet:

 

SEORANG GADIS MAUT SETELAH DI RAGUT BERHAMPIRAN UNIVERSITY OF LONDON

 

Melihat si gadis berjalan terjengket-jengket, timbul pula rasa kasihandihatinya. Fahri ni memang lemah sikit kalau tengok perempuan susah. Mungkinsebab arwah abah dah ajar dia begitu dari kecil. Kata abah, sebagai seoranglelaki kita mesti menolong dan melindungi seorang perempuan. Tambah-tambah lagikalau seagama dengan kita. Kata abah lagi, apa guna berhabis duit pergi kelasseni bela diri, gim bagai kalau tak dapat melindungi seorang wanita.

Tangan Hannah di tarik kasar. Kalau abah tengok Fahri sekasar ini,  mau kena lempang dirinya sampai pengsan. Tapiapa boleh buat, dia memang tak boleh nak berlembut kalau dengan perempuansombong yang seorang ini. Dia melutut di hadapan Hannah. Hannah tergamam. Dalamhatinya kalau lelaki ini cuba apa-apakan dia, memang dia bagi penyepak sulungjurus Al-Faisal.

Fahri menanggalkan kedua belah kasut bertumis 2 inci itu. Dia turutmenanggalkan kasut yang sedang dipakainya lalu diletakkan dihadapan Hannah.

“Pakai.” Kata Fahri sepatah.

“Hah?” Mulut Hannah terlopong.

“Kalau tak nak sakit kaki pakai. Universiti tu lagi 15 minit bolehsampai kalau kau jalan cepat.” Katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Hannahdisitu bersama kasutnya. Dia hanya berjalan dengan kaki hanya beralaskanstoking berbelang hitam dan merah. Hannah hanya termanggu disitu.

“Kau nak tunggu kat situ sampai esok pagi ke? Kat sini banyak kesragut tau.” Laung Fahri tanpa menoleh ke belakang. Dia tahu Hannah masih belumberganjak dari tempatnya tadi. Mendengar kata-kata Fahri, Hannah segera memakaisepatu lelaki itu lalu berlari untuk berjalan beriringan dengan lelaki itu.Cukup la dengan pengalaman hampir diragut tadi. Ego diri terpaksa diletakkanditepi. Tak sanggup dia berjalan seorang diri dengan kaki sakit. Merekaberjalan beriringan tanpa bersuara. Bangunan universiti sudah mula nampak jelasdihadapan.

 

 

“Duduk situ kejap.” Fahri menunjuk ke arah sebuah bangku yang terdapatdi kawasan universiti itu.

“Kenapa? Kau dah penat ke?” Tanya Hannah sinis.

“Duduk aje la…” Suara Fahrimeninggi sedikit. Nampak sangat penat. Mengenangkan lelaki itu telah bersusahpayah menolongnya, Hannah turutkan juga kehendak lelaki itu. Lagipun dia lihatmuka Fahri telah berubah sedikit biru. Risau pula hatinya. Fahri mengambiltempat duduk disebelahnya. Dia meraba-raba sesuatu dari kocek seluar.Dikeluarkan inhaler lalu disedut.Fahri menarik nafas panjang.

‘Eh, pak cik ni ada asma ke?’ bisik hati kecil Hannah.

“Kau okey?” Ada nada risau pada suara Hannah.

“Okey.” Jawab Fahri pendek. Dia melutut sekali lagi dihadapan Hannah.Kali ini juga untuk menanggalkan sepatu miliknya yang tersarung di kaki gadisitu. Untuk kali kedua Hannah tergamam lagi. Entah apa pula yang ingin dilakukanlelaki itu. Fahri menyarungkan kembali sepatu itu ke kakinya lalu berjalanpergi tanpa mengucapkan apa-apa.

“Hoi! Kau nak ke mana tu?” Jerit Hannah.

Blah.”

“Aku macam mana?”

“Kau datang sini jumpa kawan kau kan? Suruh dia datang bawa kasutlebih.” Fahri terus berjalan tanpa menoleh. Hanya mengangkat tangan seolah-olahmelambai tangan selamat tinggal kepada Hannah.

“Argh!!!” Hannah terjerit. Mulutnya segera ditutup dengan telapaktangan. Terlupa dia berada dimana sekarang. Di toleh ke arah kiri dan kanan.Mujur tak ada orang. Tapi tak ada orang… Sunyi… Seram… Hannah dah la takutsunyi kalau tempat macam ni. Mulalah mindanya berimaginasi cerita-cerita seramsemasa zaman universiti. Digeledah telefon bimbit di dalam handbag. Farah segera dihubungi. Dalam hati berdoa agar Farah cepatsampai.

“Lelaki tak guna! Berani dia tinggal aku sorang-sorang kat sini?Selamat ni tempat orang. Kalau Dubai… Dah lama aku suruh report dekat walid. Biar kau kena belasah.” Hatinya menggumammarah. Matanya meliar melihat persekitaran kampus yang sunyi sempena cutiperayaan hari Natal. Hannah dah la memang penakut. Luaran nampak berani, tapidalam hati… Allah sahaja yang tahu.

Bayangkanlah, cerita seram di tv yang memang terang-terang bohong tupun dia tak berani nak tengok seorang diri. Kalau teringin sangat nak tengokpun mesti kena berteman. Diheret sekali orang gajinya untuk menonton bersama.Lepas tu kalau nak ke tandas pun kena ditemani juga. Dulu waktu arwah opahmasih ada, Hannah selalu kena ceramah dengan opah.

“Dalam dunia ni siapa yang sepatutnya kita takut? Allah ke hantu?”tanya opah ketika Hannah menangis, meraung bagai nak terkeluar anak tekakselepas disergah oleh abang sepupunya Omar yang sengaja mengenakan telekung danbedak sejuk opah. Mengekek si Omar itu ketawa.

“Allah… tapi hantu pun takut jugak…” Opah menggeleng kepala mendengarjawapan cucu bertuahnya itu.

“Allah lebih berkuasa dari hantu, jin dan setan. Semua tu kan makhlukAllah juga. Hantu, setan tu kan cuma nak menyesatkan kita aja. Kalau Hannah takut, Hannah bacalah ayat suci Al-Quran macamayat Kursi. Kalau ‘benda’ tu dengar larilah dia.”

“Kalau tak lari jugak?”

“Kalau tak lari jugak, tu bukan hantu, tu abang Omar kamulahmaksudnya…” terdengar gelak tawa Omar yang digeletek Opah. Rindunya Hannah padaarwah Opah dan sepupu-sepupunya di Malaysia. Sudah agak lama Hannah tidakpulang ke Malaysia. Lagipun ramai sepupu-sepupunya berada diluar negara. Adayang masih belajar, bekerja mahupun mengikut suami. Tinggal berapa kerat sahajaahli keluarganya dibumi bertuah itu.

“Allahuakbar!!!” Hannah tiba-tiba menjerit apabila merasakan adatangan yang memegang bahunya. Matanya dipejam rapat. Mulutnya terkumat-kamitmembaca surah-surah yang diingati. Dia dapat menghidu haruman semerbak dariarah belakang. Terasa dengusan nafas di tengkuknya.

“Alamak…sudah…. Vampireke ni…” Satukucupan hinggap dipipi mulusnya. Berderai air mata Hannah. Dia menangistersedu-sedu. Segala pesan Opah sudah tiada dalam ingatan. Yang Hannah tahu diamemang takut separuh mati sekarang. Mindanya membayangkan vampire itu akan menggigit lehernya lalu menyedut darahnya sampaikering seperti dalam cerita mat saleh.

“Hahahaha….” Suara hilaian ketawa itu tidak seperti suara hantu. Matayang terpejam rapat dibuka perlahan. Secara automatik tangannya ringan menamparbahu makhluk yang sedang ketawa bagaikan tengah menonton Maharaja Lawak Mega.Lalu ditambah lagi dengan cubitan ke tubuh pemilik suara itu.

“Aduh… sakitlah…” Suara ketawa itu berubah mengaduh kesakitan.

“Padan muka! Siapa suruh usik aku. Aku takut separuh mati tau tak?”Hannah merengus kasar. Mukanya merah menyala.

“Alah… Melawak sikit pun tak boleh hang ni…” Farah membetulkan tudungyang sedikit senget. Tawa yang bersisa cuba ditahan. Nanti tak pasal-pasalsetahun Hannah tak mahu bercakap dengannya lagi.

“Nak melawak masuk Raja Lawak la!” Farah tidak dapat menahan tawa.Pedih perutnya mengenangkan reaksi Hannah tadi. Ingatkan bila dah menetap ditempat penjajah ni, dia dah tak percaya pada hantu-hantu semua ni.

“Okey…Sorry… Aku bergurau je. Aku tengok tadi kau mengelamun jauhsangat sampai panggil pun tak dengar.” Farah melabuhkan punggung disebelahsepupu kesayangannya itu.

“Kau la… Lambat sangat. Sini dah la sunyi. Dengan tadi aku hampir nakkena ragut lagi.”

“Huh? Apa? Kat mana? Ya, Allah… Ni kau okey tak ni?”

“Kat area taman sana tu.Mujur ada orang tolong.”

“Oh… Kat situ memang ada kes baru-baru ni. Student pun tak berani guna jalan tu.”

“Dan sepupu aku yang bagus ni tak bagi tau apa pun…” Lengan Farahdicubit lagi dengan rasa geram. Mengaduh kesakitan gadis yang berkulit hitam manisitu.

“Mana la aku tahu. Selalukan kau naik kereta berhenti kat depan tu.Hari ni mimpi apa pulak naik teksi?”

“Hurm…Mungkin hari ni dah tertulis hari malang aku agaknya… Eh? Kaubawak kasut tak? Jomlah pergi kafe. Aku haus ni.” Setelah menyarung sneakersyang diberikan Farah, mereka berjalan beriringan menuju kafeteria. Biar punkasut itu tidak sesuai dengan pakaian yang tersarung ditubuhnya ketika itu, diatidak peduli. Yang dia tahu sekarang, dia penat dan tak sabar nak mengadu padaFarah tentang lelaki misteri yang menyakitkan hati itu.

 

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku