Si Pencuri Hati
Bab 3
mia
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 April 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
325

Bacaan






BAB 3

 

            FAHRI BERSANDAR DI DINDINGPERPUSTAKAAN. Matanya memandang tepat ke arah Haiqal yang tekun meneliti dokumenyang diberikannya tadi. Dilihatnya dahi Haiqal sedikit berkerut.

            “Kau rasa macam mana?” Tanya Fahriakhirnya. Dia sudah tak tahan melihat Haiqal dari tadi hanya merenung dokumenitu tanpa berkata apa-apa.

            “Aku pun tak berani nak komen. Bendani bukan main-main. Kau pun tahu kan?”

            “Aku tahu. Sebab tu aku datang jumpakau. Aku nak tahu pandangan kau macam mana. Kau kan expert sikit tentang semua benda ni ni.” Fahri duduk di atas lantai.Terasa lenguh berdiri. Haiqal turut duduk disebelahnya.

            “Aku bukannya pandai sangat pun. Akumemang pernah terbaca pasal benda ni. Tapi sejauh mana kebenarannya aku pun taktahu.” Haiqal mengangkat tangan kepada sahabatnya yang kebetulan lalu disitu.

            “Aku rasa, aku nak cuba dapatkankepastian. Aku nak pergi sendiri. Ada kemungkinan dokumen ni betul. Kalau tak,takkan si Robert tu beriya-iya sangat nakkan dokumen ni.”

            “Kau ni berani sangat la Fahri. Takserik-serik. Nak kena bunuh dengan Robert tu ke? Baik kau bagi balik dokumen nidekat Robert tu.”

            “Alah… Kau ingat kalau aku serahkandokumen ni dia nak lepaskan aku senang-senang macam tu aje ke?” Fahri mengambil sebuah buku di rak hadapannya. Diselakhalaman buku berkulit tebal itu tanpa perasaan. Isinya tidak menarik. Fahrimeletakkan kembali buku itu ke tempat asal.

            “Kau yang cari pasal. Siapa suruhbuat kerja macam tu? Kerja dengan Robert pulak. Macam la kau tak tahu Robert tusiapa. Cuba la kau cari kerja yang elok sikit. Tinggalkan kerja sekarang ni…Hoi! Kau dengar tak? Buat pekak pulak.”

“Aduh! Sakitlah!” Fahri menggosok-gosok kepala yang sakit  akibat dihempuk buku oleh Haiqal. Beberapaorang pelajar yang berada disitu mengarahkan pandangan ke arah mereka berdua.

“Aku tahu la apa yang aku buat. Ni last…Aku janji.” Fahri kembali memperlahankan suara. Dia benar-benar berharap agarrakan baiknya sejak dari kecil itu menyokongnya untuk kali ini sahaja. Tapi…Kalau Haiqal bangkang… Fahri tetap akan meneruskan juga niatnya. Fahri, sekalimelangkah pantang untuk berundur kembali. Dia telah membulatkan tekad setelahmengambil keputusan untuk mencuri dokumen itu dari Robert.

 Kalau diikutkan bukan mencuridari Robert, cuma tidak menyerahkan kepadanya sahaja. Dokumen itu pun dicuridari pihak lain atas arahan Robert. Pada mulanya dia memang ingin serahkandokumen itu setelah mencurinya dari sebuah bilik kebal bangunan persendirian diParis. Tapi…

 

 

FAHRI MENANGGALKAN topi serta baju cleaner yang dipakainya sebentar tadi didalam kereta. Mujur dia berjaya keluar dengan selamat dari bangunan itu. Ancamanpengganas dibeberapa buah bandar utama di Eropah membuatkan pihak berkuasamelakukan kawalan yang lebih ketat dibeberapa lokasi yang berpotensi diserangpihak pengganas.

Fahri melepaskan keluhan berat. Sekarang tugasnya cuma perlumenyerahkan dokumen ini kepada Robert. Waktu pertemuan mereka adalah 2 jam darisekarang di sebuah studio seni. Fahri mempunyai rancangan lain. Dia mahumenghantar dokumen itu lebih cepat. Dia mahu ke rumah lelaki itu. Dia inginmengambil wang yang dijanjikan. Dia mahu cuci tangan dan berhijrah ke tempatlain untuk memulakan hidup baru.

Sebuah sampul berwarna coklat diletakkan di atas kerusi sebelah tempatduduk pemandu. Sistem GPS sengaja dimatikan. Cermin pandang belakang dan cerminsisi dipandang sekilas sebelum memulakan pemanduan. Dia terus memecut kedestinasi. Perjalanan sepatutnya hanya mengambil masa 40 minit. Tetapi sengajadia mengambil jalan jauh.

Setiap sepuluh minit matanya akan menjeling melihat cermin sisi dancermin pandang belakang. Sudah menjadi tabiatnya sejak dahulu lagi. Tambahanpula dengan kerjayanya sebagai seorang pencuri berprofil tinggi. Bahayasentiasa mengekori. Sedikit kelekaan pasti akan membawa padah.

Dan sikap berhati-hatinya itulah yang telah menyelamatkan nyawanyaselama ini. Sepanjang 30 minit pemanduan, dia perasan ada sebuah keretaMercedez berwarna hitam mengekorinya dari belakang. Sengaja diaberpusing-pusing melalui jalan yang sama. Kereta itu masih juga mengekori daribelakang. Nalurinya merasakan ada musibah yang bakal menimpa. Akhirnya diamemberhentikan keretanya dihadapan disebuah kelab malam terkemuka yangkhabarnya sering dikunjungi bintang-bintang bola sepak terkenal.

Dia terus masuk tanpa menoleh ke belakang. Dia pasti mereka yangberada didalam kereta Mercedez hitam itu akan menyusul dibelakang. Sangkaannyatepat. 20 minit kemudian dia diiringi keluar dari situ oleh Indera dansahabatnya Raul. Dia di bawa ke sebuah gudang lama. Mereka merampas dokumenyang dicuri oleh Fahri. Setelah itu, mereka meninggalkan Fahri di gudang dengankaki dan tangannya terikat dikerusi. Mujurlah Fahri berjaya juga keluar daritempat yang  berbau hapak itu. Itulahpermulaan Fahri menjadi seorang pelarian dari seorang yang bernama Robert.

 

 


“AKU TERLUPA NAK TANYA KAU,
macam mana kau boleh bagi dokumen palsu tu dekatbudak-budak Robert?” Haiqal mengerut kening. Tiba-tiba persoalan itu bermaindibenaknya.

“Kau ingat kelab malam yang aku cerita tu?”

“Yang mana?” Haiqal menggaru kepala yang tidak gatal. Otaknya malasbekerja mencari maklumat yang tidak penting itu.

“Alah… Yang owner dia tu abangDahlia tu…” Haiqal mengangguk. Dia ingat gadis itu. Gadis Inggeris yang tidakpernah lekang dari senyuman yang begitu tergila-gilakan sahabatnya yang seorangitu. Gadis yang paling lama bertahan dengan Fahri tetapi akhirnya terpaksamemutuskan hubungan atas faktor perbezaan agama.

“Aku terjumpa abang dia dalam kelab tu. Apa lagi… Sebagai adik ipartak jadi, aku pun minta la tolong dekat dia sekejap. Pergi office dia then tukardokumen ni dengan yang palsu. Yang oriaku sorok dalam kelab tu jugak.”

“Macam mana kau boleh tukar dokumen tu? I means… dalam masa secepat tu kau tukar dokumen yang kau takpernah tengok?” Haiqal mengerut kening hairan. Takkan orang-orang Robert taktahu yang tu dokumen palsu? Mustahil. Robert orang yang teliti dalamkerja-kerja haramnya. Walaupun tidak pernah bersua muka, dia tahu serba sedikittentang ketua kartel dadah, pelacuran, perdagangan manusia dan lain-lainjenayah lagi yang berlindung disebalik perniagaan hartanah dan gedung pakaianberjenama  disekitar Eropah.

“Aku memang dah buat research sebelumtu. Aku dah tanya detail dekat Roberttu sendiri. Aku tak nak nanti tak pasal-pasal aku kena pergi masuk lagibangunan tu sebab salah ambil dokumen. Dah la nak masuk susah. Lagipunorang-orang Robert macam si Indera dengan Raul tu bukannya cerdik sangat. Akuscan dokumen ni lepas tu aku ubah sikit-sikit and it’s done… Itulah ikhtiar aku untuk hidup…” Fahri menunjukkandokumen itu sambil tersengih. Haiqal hanya mampu menggeleng. Pening kepalanyadengan Fahri.

“Habis tu apa rancangan kau sekarang?”

“Aku tak akan bagi benda ni pada Robert. Bahaya. Entah apa dia nakbuat dengan benda ni.” Fahri menggeleng kepala. Dia sanggup mati daripadamenyerahkan dokumen itu kepada Robert.

“Aku rasa bagi dekat kau pun bahaya jugak… Kau tu pun bukan baiksangat. Kau tu… PENCURI…” Haiqal menekan suara pada perkataan keramat itu.

“Aku tak apa… Aku lain… Aku Robin Hood…”

“Iyalah tu…. Kau ni terpengaruh sangat dengan si Machiavelli. IngatFahri kita ni muslim. Matlamat tak menghalalkan cara… Salah tetap salah…”Haiqal bersuara lembut tetapi ada nada tegas. Dia tak mahu Fahri terus terbuaidengan dunia.

“Iyalah… Aku tahu. Jomlah makan. Aku dah lapar ni. Kau belanja ok?”Fahri bangun lalu menolak bahu Haiqal. Perutnya pun dah berbunyi macam-macamlagu dari irama rock, keroncong, techno dan macam-macam lagi.

“Kau ni makan ja tahu.” Haiqal merengus. Habislah duit elaunnya bulanni. Fahri ni badan aje kecik… Tapiselera mengalahkan gajah.

“Aku lapar tau. Hari ni kerja lari je.Mula-mula dengan Indera, lepas tu dengan minah sombong mana pulak kenaragut.”  Haiqal memberhentikan langkah.

“Minah? Ragut? Kau tak cerita pun?”

“Nanti aku ceritalah… Dah jom makan dulu. Kalau aku pengsan dekat sininanti susah. Sebab kau mesti tinggal je aku terbaring dekat sini.” Haiqal hanyatertawa perlahan memandangkan mereka masih berada dalam bangunan perpustakaan.Dia tahu Fahri masih ingat kenangan sewaktu mereka ditingkatan tiga. Dua orangsahabat itu berjalan beriringan keluar dari bangunan itu. Mereka berbual sambilmengimbau kembali kenangan sewaktu dibumi Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku