Sakaratul Maut Cinta
Genre: Cinta
Kategori: Puisi
Paparan sejak 01 Mei 2017
Luahan Kecewa Bercinta
Penilaian Purata:
283

Bacaan






Umpama paluan gendang kematian

kecewa bertalu-talu

mengetuk pedih pintu hatiku

yang sarat dipenuhi duka nestapa

 

Sungguh siksanya terasa

mahu menguak jendela hidup

melayari hari-hari yang telah pergi

indahnya rembulan tiada lagi

sinar mentari tiada bererti 


Betapa sanggup kau

tersenyum puas

menghina dan menjelir diriku

ibarat seperti nesan bernyawa


Jiwaku luluh terbungkam

diamuk angin resah

setiap waktu hitam dan kelam

sendu pilu menghitung pedih sengsara  

di dalam sangkar sakaratul maut cintamu 

 

Bila cinta didusta

jasadku kaku terbelenggu

separuh jiwaku hilang 

tali cintamu kejap menjerut tangkai hati

membunuh segala rasa

terkurung lemas aku 

di dalam keranda cintamu

 

Jiwaku meronta-ronta derita

menghempas khazanah cita

melemaskan segala-gala

pedih sungguh menelan sumpahan

dongeng cinta palsumu

 

Ku serahkan segalanya

hatiku yang telah hancur

akibat kejam dan zalimnya

badai taufan cintamu

 

Biarkanlah aku nazak

dihujung sakaratul maut cintamu

kafan dan talkinkan saja cintaku




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku