KEJAM
Bab 19
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Mei 2017
Mengisahkan kejadian misteri dan seram yang menimpa beberapa orang jururawat yang bekerja di sebuah hospital milik persendirian. Lebih aneh, Nilam pula sering diganggu sehingga kehidupannya menjadi porak peranda. Mereka cuba merungkai misteri di hospital tersebut sejak dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Siapakah mereka? Tiba-tiba tanpa disangka , Nilam, Doktor Nazmi dan Erin terlibat dengan pembunuhan kejam Tok Bomoh Arong sehingga mereka menjadi suspek utama. Dapatkah mereka melepaskan diri? Kehadiran lelaki misteri bertopi fedora yang seringkali menyelamatkan keadaan. Siapakah lelaki itu? begitu juga bangkitnya wanita berkebaya kuning dan bersanggul emas yang dikaitkan dengan Nenek Anong. Nenek Anong yang diragui kewujudannya. Sensara jiwa yang dideritai oleh Puan Mazni sehingga dia disahkan sakit jiwa, membawanya tinggal di hospital sejak sekian lama. setelah itu dia dikurung pula oleh ibunya di sebuah banglo yang terpencil. Rose pula dibunuh kejam oleh Skalpel. Penjenayah yang tidak diketahui dari mana kewujudannya. Bagaimanakah semuanya berkait di antara satu sama lain? jom baca KEJAM.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
32

Bacaan






Bab 19

"uhuk.... Uhuk.....uhuk....". Tersenguk-senguk farah menangis semahunya di ruang tamu rumah sewa tersebut. Namun tangisan Farah bukan semakin reda, malah semakin kuat , naik rimas pula Nico melihat kerenah sahabatnya yang satu ini. Aktiviti memotong bawangnya tergendala sebentar. Tidak tenang Nico dibuatnya apabila Farah menangis tersedu-sedan, bagaikan anak kecil.

"Jangan menangis macam tu Farah! Tak elok. Lebih baik kau sedekahkah Al-Fatihah kepada arwah Rose" nasihat Nico sambil matanya fokus memandang batang tubuh Farah yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.

Kedudukan dapur dan ruang tamu yang berkonsep terbuka membolehkan Nico melihat jelas tubuh Farah yang sedang terhinjut-hinjut bahunya melayan tangisan yang menjadi-jadi sejak tadi.

Entah kenapa, kematian Rose benar-benar membuatkan jiwa Farah begitu kecewa. Kesal. Marah. Sedih. Semua perasaan itu bercampur-baur. Sehingga menyebabkannya betul-betul sedih. Tiada cara lain lagi bagi melampiaskan rasa sedih itu selain dari menangis semahunya.

"Jangan menangis Farah! Tolonglah..." Nico kembali bersuara.

Terdengar sahaja suara yang agak kuat dari arah dapur, Farah kembali tersedar dari kesilapannya. Terlalu menangisi orang yang telah pergi menghadap ilahi bukannya sifat seorang muslim yang baik, oleh itu Farah memujuk hatinya sendiri supaya redha dan menerima ujian ilahi itu dengan hati yang terbuka.

Apabila tangisan Farah betul-betul reda,  dia termenung mengimbas kembali peristiwa di mana mayat Rose dijumpai dengan keadaan yang menyayat hati.

Tubuh yang berlumuran darah, tubuh itu terperosok bersama-sama peralatan pembersihan di stor tandas wanita . Di sebelah mayat yang sudah tidak menyerupai wajah Rose itu, terdapat sebilah skalpel yang masih berdarah. Siapakah pembunuh itu sebenarnya? Adakah pembunuh itu di kalangan mereka atau lelaki yang menyelamatkan mereka tempoh hari yang membunuh Rose? Farah mulai keliru mahu membuat kesimpulan. Adakah peristiwa hitam yang dia dan Nico alami dua hari lepas angkara orang yang sama? Farah mulai terfikir ada orang yang mahu membunuh mereka. Pembunuh itu adalah orang yang sama membunuh Rose.

Tingkah-laku Farah yang begitu asyik termenung diperhatikan oleh Nico dari arah dapur.

"Hai tadi kau menangis semahu-mahunya, sekarang ni kau termenung sakan pula! Apa yang kau menungkan tu Farah?" tanya Nico dari arah dapur dengan agak kuat. Namun Farah masih kaku dan tidak bertindakbalas terhadap soalan Nico. Barangkali soalan Nico bagaikan angin lalu di pendengaran Farah. Oleh kerana itu, Nico membaling sebiji bawang kecil ke arah Farah.

"Auhhhh...sakitlah!" omel Farah sambil menjeling tajam ke arah Nico yang sedang tersengeh ke arahnya.

Farah tidak mempedulikan reaksi Nico,  sebaliknya dia mengalihkan tubuhnya untuk berbaring di atas sofa dengan posisi kepala menghala ke arah dapur. Farah lebih fokus melayan perasaannya yang tidak berapa keruan beberapa hari ini.

Melihatkan reaksi Farah yang tidak ambil peduli langsung, lantas Nico membaling sebiji lagi bawang kecil. Niatnya cuma mahu bergurau. Dia tidak mahu Farah terlalu melayan perasaan yang tidak-tidak selepas banyak peristiwa buruk yang terjadi kepada mereka sejak akhir-akhir ini. 

"Hoi, kau tu dah kenapa?". Jerkah Nico dari arah dapur. 

Nasib baik bawang yang dibalingnya tidak mengenai dahi Farah, cuma terkena pada hujung pemegang sofa sahaja, jika tidak tak pasal-pasal benjol kepala si farah . 

"Woii, kau kenapa!!" Farah bangun lantas berlari ke dapur. 

Sampai sahaja di dapur Farah mengejar Nico yang tersengeh-sengeh seperti kerang busuk memandangnya. Mereka berdua berkejar-kejaran bagaikan anak kecil. 

"Cukup! Cukup tu Farah, aku penatlah... tak larat aku nak lari, aku lapar ni... makan malam dah siap tu. Jomlah makan, jangan kejar aku lagi" 

Nico menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Rakan rakan yang lain masih bertugas. Cuma mereka berdua sahaja yang bercuti pada hari ini. Mereka tidak kemana-mana. Sehari suntuk waktu cuti mereka dihabiskan di dalam rumah sahaja. Sebenarnya ketakutan diserang makhluk aneh tempoh hari masih lagi menghantui mereka. Setiap kali mengingatkan kejadian itu pastinya bulu roma Farah dan Nico meremang. 

Setelah habis menikmati makan malam iaitu kobis goreng kicap, ikan siakap tiga rasa, ulam pegaga dan sambal belacan yang benar-benar mengamit selera, Farah dan Nico ralit menonton televisyen pula. Discovery Channel berkisar tentang masyarakat pengamal sihir ilmu hitam menjadi pilihan mereka berdua.

 Rancangan televisyen yang memaparkan kisah ahli sihir zaman dahulu itu memfokuskan pengamalan sihir Vodoo, Iaitu sihir yang paling kejam pada ketika itu yang diamalkan oleh orang afrika iaitu di Afrika Barat. 

Mengikut fakta dari dokumentari yang dilihat Voodoo ialah perbuatan sebagian masyarakat (khususnya orang kulit hitam) yang tinggal di Negara Haiti dan Afrika Barat.

Voodoo merupakan sebuah aliran kepercayaan terhadap Tuhan yang dinamakan "Bondye" atau sering disebut sebagai "LWA". Para penganut Voodoo (Vodouists) melakukan peribadatan kepada arwah roh-roh dan lebih berorientasi pada dinamisme maupun animisme. Para Vodouists menjalin hubungan pribadi dengan LWA dengan cara upacara ritual yang cukup rumit dan dipresentasikan melalui benda-benda keramat. Upacara Voodoo seringkali dilakukan dengan iringan musik dan tarian khas masing-masing daerah.

Dalam banyak cerita, ritual Voodoo sebenarnya tidak jauh berbeza atau hampir sama menyerupai sebuah ritual Santet seperti yang ada di Indonesia. Seorang dukun Voodoo akan melakukan ritual untuk mengucapkan sumpah dan kutukan terhadap seseorang yang dituju dengan cara menusuk-nusukkan jarum kepada boneka tersebut, sehingga orang yang dituju akan merasa kesakitan ataupun celaka. Boneka Voodoo umumnya dibuat menggunakan kayu yang dibentuk menyerupai boneka manusia. Saat mahu, membangunkan roh yang ada di dalam boneka tersebut, sang dukun harus menyiramkan darah segar kepada boneka tersebut, baik darah burung gagak, anjing hitam ataupun kucing hitam.

Banyak sekali cerita yang berkembang menyebutkan jika pada zaman dulu, dalam ritual Voodoo seringkali mengorbankan anak perempuan remaja atau gadis perawan. Para penganut Voodoo akan menyembelih dan membuka dada sang gadis tersebut sebagai sebuah persembahan dan diletakkan di atas sebuah altar yang terbuat dari tulang kaki burung unta. Organ tubuh lain seperti jantung juga diambil untuk persembahan sekaligus sebagai perjanjian ghaib dengan LWA untuk memasukkannya ke dalam boneka Voodoo. Konon, jika seseorang mendapat serangan dari boneka Voodoo, ia tidak dapat disembuhkan dengan cara apapun juga. Satu-satunya cara untuk mengobati sakitnya itu ia harus mendapatkan boneka Voodoo yang dipakai untuk menyerang dirinya dan kemudian membakarnya.

Tidak pula dokumentari itu mengaitkan voodoo dengan manusia-manusia kanibal yang dijumpai mereka semalam. Fikir Farah. Farah cuba mencari jawapan kepada apa yang terjadi kepada dia dan Nico tempoh hari. Namun gagal. Tiada satu pun jawapan  logik yang benar-benar terarah kepada situasi mereka pada malam itu.

"WOIII!!!!".Sergah Nico sambil menepuk belakang Farah dengan agak kuat. Tertunduk sekejap Farah kerana menahan sakit di belakangnya. Kasar betul gurauan sahabatnya yang seorang ini. 

"Ish, mengelamun je kau ni, tengah tengok televisyen pun boleh termenung! ish, ish" ejek Nico sambil bibirnya tersenyum senget.

"kau rasa! Lelaki misteri tu ke, yang selamatkan kita?" Farah menyoal tentang kejadian ngeri yang terjadi kepada mereka berdua.

"Lelaki misteri? Maksud kau,lelaki berkot hitam labuh dan memakai topi fedora tu?"soal Nico. Farah cuma menggangguk sambil memandang televisyen yang memaparkan wanita berjubah labuh dan berkulit hitam sedang menjalankan ritual gila untuk mengenakan musuhnya.

"Dah la tu Farah! Sejak kejadian malam tu aku tengok kau ni fanatik sangat. Asyik nak fikirkan kejadian malam tu je. Anggaplah semua yang berlaku tu kebetulan okey".

"Tapi, aku rasa.....".

"Cukup tu Farah! Aku nak masuk tido ni. Nanti jangan lupa tutup televisyen dan tingkap yang kau buka tu" pesan Nico sebelum membawa langkahnya ke tingkah atas rumah.

"Baik" Farah mengalah.

Sebenarnya ingatan mereka berdua cuma setakat, manusia manusia kanibal itu mula menyerang dengan ganas dan mereka pengsan. Itu sahaja. Memori siapa yang menyelamatkan mereka dan bagaimana caranya mereka diselamatkan tidak terdapat di dalam kotak simpanan memori.


Tersedar sahaja dari pengsan, mereka telah berada di hadapan rumah sewa. Mahu tak terkejut beruk! . Apapun yang berlaku pada saat itu mereka sangat berterima kasih kepada orang yang telah menyelamatkan nyawa mereka dan bersyukur kepada ALLAH yang MAHA ESA.


.............@@@@@@@@@@......................


Dikuis-kuisnya daun-daun kering  dan ranting-ranting kering yang telah gugur ke bumi dengan kasut sukan berjenama NIKE yang dipakainya. Kasut warna biru pekat berjenama mahal itu, telah lama dibeli. Namun sehingga kini masih elok berbakti kepada pemiliknya.

Manusia itu tersengih-sengih sendiri,bagai kerang busuk di tepi tasik yang airnya tenang menghijau. Kenangan bersama orang yang disayangi, bermain-main di fikiran. Kini dia merasa amat kehilangan, setitis air mata jernih jatuh dari pelupuk matanya. Tiada lagi tangan mesra yang memegang tangannya, tiada lagi kucupan lembut di pipinya dan tiada lagi hilaian ketawa nyaring yang memenuhi gegendang telinganya. Semuanya itu sudah menjadi kenangan terindah iaitu secebis memori yang dimilikinya. Dia berasa mahu menangis dan meraung semahunya. Hatinya begitu sakit.

Tiba tiba dia ketawa berdekah dekah. Mayat Rose yang telah ditamatkan riwayatnya dengan cara paling kejam terbayang di ruangan mata. Hatinya puas.

"Maafkan aku. Aku terpaksa bawa kau ke syurga dulu Rose",bisik manusia itu perlahan sambil tersenyum seram menghadap tasik yang menghijau di hadapannya. 

Setelah lama melayan perasaan yang bercampur-baur, manusia itu mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar sukan berwarna hitam yang berjerut di bahagian pergelangan kaki . Dia melangkah pergi meninggalkan taman rekreasi yang menyimpan seribu kenangan suka dan duka . 

Enjin kereta di hidupkan dan kereta yang dinaiki meluncur laju menuju apartment yang dihuninya. Tidak disangkanya, suatu malapetaka sedang menunggu di rumah itu.

Manakala lelaki bertopi fedora yang sejak tadi memerhatikan gerak geri manusia yang dipenuhi dendam itu melangkah perlahan menghilang di sebalik tembok yang menjadi pemisah di antara tasik dan jalan raya.  Segala gerak geri manusia durjana yang bergelar pembunuh itu cuma menunggu masa untuk lelaki bertopi fedora membongkarkan identitinya kepada umum.

Bersambung....



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku