Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Bab 5
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Mei 2017
Firman, hanya kau boleh tolong aku. Sue, percayalah hidup ini tidak seindah biasa. Fifi, antara kita ada dia
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
326

Bacaan






2015

Dhia Khairani sedang disolek oleh make up artist sebelumdia memulakan penggambaran. Blusher di tambah supaya pipinya bertambah gebu.

“Eh, kau pun ada?” sapa Melina kawan sekerjanya.

“Tentulah aku ada. Director call aku suruh datang. Heroinlagi watak aku!” sedikit angkuh Dhia Khairani memberitahu.

Melina menjeling, dalam hatinya membuak rasa marah dangeram. ‘Berlagak!’

Dhia Khairani membelek-belek baju yang disediakan diwardrobe, diambil baju yang telah disediakan untuknya lalu dia berjalan kebilik persalinan.

“Kau rasa berbaloi ke kau datang hari ni, Mel?”  laung Dhia Khairani dari dalam bilikpersalinan.

Melina ketap bibir. “Kalau dah rezeki, memang berbaloi.”Melina menjawab acuh tak acuh.

“Baik kau balik, aku nampak bukan rezeki kau hari ni.” DhiaKhairani ketawa besar.

Melina membaling berus blusher di hadapan meja solek. Diaingin pergi menemui Dhia Khairani tetapi cepat di halang oleh Baby, si make upartist.

“Jangan noks, nanti kau susah!” Baby melarang.

Melina mendengus marah.

“Kau sabar ye, dia memang macam tu.” Baby menggulungrambut Melina dan memujuknya supaya bertenang.

“Oi, siapa jahit baju ni, macam sampah!” tiba-tiba DhiaKhairani keluar dari bilik persalinan dengan wajah bengang.

“Kenapa baju kau, noks?” soal Baby.

Melina hanya menjeling, langsung dia tak ambil pusingpasal baju Dhia Khairani. Rambutnya yang siap dibentuk oleh Baby, dikemaskan.Namun matanya sempat menjeling ke arah cermin di hadapan untuk melihat ulahDhia Khairani. ‘Diva sangat!’ bisik hati Melina.

“Ni, apsal lak kembang macam ni kat pinggang!” DhiaKhairani menarik-narik bajunya.

“Buta fesyen memang macam tu!” tiba-tiba Melina bersuara.

“Kau jangan cari pasal!” Dhia Khairani naik angin lalumenuju ke arah Melina. Baby yang peka dengan situasi, cepat-cepat menariktangan Dhia Khairani supaya tidak meneruskan langkahnya.

“Aku pantang orang sakitkan hati aku!” Dhia Khairanimenjerit.

“Oh, kau sakitkan hati aku tak apa!” balas Melina.

“Korang,jangan nak bercakar kat sini! Aku pun cari makanjuga. Jaga lah tempat cari makan ni!” Tak pasal keluar suara jantan Baby.

Dhia Khairani dan Melina terdiam sejenak.

“Dia yang mula dulu.” Dhia Khairani tak mahu mengalah.

“Malas aku layan orang gila ni! Aku keluar dulu nok.”Melina melenggokkan pinggulnya mengatur langkah keluar dari bilik make up.Tinggal Dhia Khairani dan Baby. Dhia Khairani masih tidak berpuas hati denganbajunya.

“Baju si Melly tu ok, kenapa baju aku buruk!” DhiaKhairani menjerit lagi.

“Buruk apanya, aku tengok elok je. Kau pakai dulu, lepasshooting nanti kau bagitau pengarah.” Baby memberi cadangan.

Muka Dhia Khairani cembeng, bibirnya muncung sedepa tidakberpuas hati. “Aku nak pakai baju lain!”

“Lantak kau lah nok, ikut kau. Aku tak ada masa nak layanperangai diva kau! Aku nak keluar ni, kau tukar lah baju dulu.” Baby mengangkutsemua peralatan solek dan dibawa keluar.

Dhia Khairani masih mendengus marah.

Pang!

Dhia Khairani terkejut. Dia yang dari tadi memilih bajuyang lain untuk dipakai, terkejut mendengar bunyi benda jatuh di dalam bilik solekan. 

“Siapa! Baby ke? Kau jangan main-main, jangan naktakutkan aku! Baby!” Dhia Khairani bersuara untuk mengatasi ketakutannya. Suaranyabergema di skeitar bilik yang kosong itu.

Bunyi derap tapak kasut semakin dekat dengannya. Namunkelibat siapa, dia tidak nampak. Dhia Khairani sempat mencabut palang besiampaian baju. Dia memegang erat palang besi. Dhia Khairani menapak ke belakangperlahan-lahan, dia mengambil langkah berjaga-jaga. Matanya mengawasi sekitarbilik solekan.

Tiba-tiba pintu bilik solek dibuka. “Kau kenapa menjerit,nok?” Baby menjengul kepala di muka pintu.

Dhia Khairani terkejut. “Woi, kau Baby jangan naktakutkan aku!” Dhia Khairani mengulang ayatnya.

“Aku pulak kau jerkah, kita dengar dia menjerit macamorang gila ingatkan kenapa. Alih-alih kita kena marah.” Baby bersuara kesal.

Dhia Khairani menelan liur. “Sorry, Baby. Tadi aku dengarbunyi. Ada orang cuba nak khianat aku!” Dhia Khairani serkap jarang.

“Krew produksi ada kat lokasi, kau sorang je yang masihdalam bilik ni. Kebetulan beg berus aku terjatuh tadi, aku pusing balik kesini, aku dengar suara kau. Tak ada masa aku nak main-main masa bekerja.”Panjang lebar Baby membebel.

“Aku tak dapat cari baju yang sesuai lagi!” bentak DhiaKhairani.

“Kau pilih sendiri lah, Dhia. Aku tak nak tolong, nantitak berkenan, buruk macam-macam kau komplen ke aku.” Baby meninggalkan DhiaKhairani. Pintu bilik solek ditutup.

            DhiaKhairani mengelap peluh yang membasahi mukanya. “Habis mekap aku!” diamencampakkan palang besi yang dipegangnya. Pakaian yang berselerak di lantaitidak diendahkan. Hatinya sudah tidak beminat untuk menukar baju.

            DhiaKhairani berlari ke muka pintu, tangannya sudah sedia untuk membuka pintutiba-tiba dia merasakan pinggulnya dipeluk seseorang. Dia menjerit terkejut,dia cuba meronta minta dilepaskan. Namun tangan yang memeluknya semakin kuatmencengkam pelukannya.

            “Syhh..”Lembaga itu bersuara.

            DhiaKhairani sudah menangis, namun dia tetap tidak putus asa. Maruahnya mestidiselamatkan. Dia tidak peduli apa akan terjadi, baginya dia perlu lari darisini.

            “Kausiapa!” lantang suara Dhia Khairani bertanya.

            Mulutnyadipekup, dia menggigit tangan si jahanam sekuat-kuatnya.

            Pang!Pipi gebu Dhia Khairani di tampar sekuat hati. Terjelepuk Dhia Khairani jatuhke lantai. Dhia Khairani dengan berani memandang sesusuk tubuh yang bersembunyidi sebalik topeng yang dipakai.

            Sedikitdemi sedikit Dhia Khairani cuba menjauhkan diri dari lelaki itu. Namun lelakiitu makin laju langkah kakinya ke arah Dhia Khairani yang sedang mengesotperlahan. Akhirnya Dhia Khairani dalam genggaman si topeng hantu.

            DhiaKhairani melawan semahunya, si topeng hantu tidak mahu mengalah dan memegangmuka Dhia Khairani. Dengan pantas tangan Dhia Khairani menarik topeng yangdipakai lelaki itu. Terlihat wajah lelaki di hadapannya.

            DhiaKhairani melopong. “Kau!”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku