Sekadar Maaf
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 03 Mei 2017
Penilaian Purata:
270

Bacaan






Tak terduga, tak disangka…

Masa memutuskan segala,

Jarak akhiri sebuah perkenalan tercipta,

Ia tak berakhir secara teorinya,

Jangan disangka perpisahan terjadi juga,

Jangan disangka jauh mengakhiri segala,

Jangan disangka tiada perbualan, kau sangka aku lupa…

 

Simpan satu hakikat …

Sahabat ini merindui tiap saat,

Kenangan semalam semakin sarat,

Bermain-main dalam ingatan tanpa lelah dan penat…

 

Hari ini nada berbunyi menyampai pesanan,

Esok diam pula tanpa sebarang alunan,

Jangan bimbang dengan perkenalan,

Mungkin saja ini diganggu oleh kesibukan,

Mungkin saja ini terganggu oleh tanggungjawab yang tidak meminta aku untuk lalai,

 

Kenangi setiap saat ..

Andai Ajal mengakhiri sebuah perkenalan,

Maaf untuk masa-masa kita yang telah ketinggalan..

Maaf untuk saatnya kau terasa di abai,

Dan…

Maaf untuk setiap kecuaian dalam menjaga erti PERSAHABATAN…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku