REJECT!
Prolog
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
482

Bacaan






PROLOG

 

 

Suasana sunyi dan sepi membuatkan hatinya berdebar-debar. Telinganya dipasang bagi memastikan kehadiran sesiapa di situ. Dia menggerak-gerakkan tangannya yang terasa pedih. Tiada lagi ikatan yang kuat sebelum dia diheret ke situ. Pantas dia membuka penutup mata yang menggunakan kain perca yang berwarna hitam.

            Matanya sedikit kabur. Samar-samardia ternampak dinding yang berwarna putih. Kosong! Bagaikan jiwanya yang kosong ketika itu. Bagaimana dia boleh berada di situ sedangkan sebentar sahaja tadidia sedang bergelak ketawa bersama suami dan anaknya yang tercinta?

            Dahinya berkerut dan berlapis-lapis.Apa yang diingatinya, kejadian itu terlalu pantas. Ketika suaminya keluar untuk pergi ke kedai, dia didatangi oleh seorang lelaki bertopeng. Tanpa bicara tubuhnya ditendang tanpa rasa simpati. Belum sempat dia bangun, satu hentakanyang kuat mengenai kepalanya. Darah merah yang keluar dari alur lukamencurah-curah jatuh membasahi muka.

            REJECT!

Perkataan tersebut kedengaran dari mulut manusia bertopeng itu. Belum sempat dia memanggil suaminya, kedengaran tangisan dari mulut anak kesayangannya. Anak kecil itu bagaikan mengerti kesakitan yang ditanggung oleh si ibu.

            “ Jangan apa-apakan anak aku!Tolong…” tuturnya sambil merayu-rayu. Dia cuba mendapatkan anak lelakinya itu. Belum sempat dia berbuat demikian, tangannya dipijak dengan kuat. Terasa tulang temulang jari jemarinya berlaga antara satu sama lain. Tanpa dapat ditahan, dia menjerit sekuat hati sebelum sepakan mengenai mukanya yang telah dibasahidengan darah.

            Dum….pintu ditolak kuat dari luar.Ingatannya terhadap kejadian sebentar sahaja tadi hilang sekelip mata. Tubuhnya menggigil ketakutan apabila melihat lembaga bertopeng di hadapannya memegang sebilah pisau yang agak tajam.

            “ Kau siapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Mana anak dan suami aku?” soalan yang bertalu-talu hanya dibiarkanoleh manusia bertopeng itu. Dia duduk mengadap mangsanya sambil mencengkam kuat kepala wanita di hadapannya itu. Tanpa belas kasihan, muka wanita 20-an itu dikelar-kelarsemahunya. Darah merah mengalir tanpa henti. Suara mangsa yang meminta tolong akhirnya kedengaran lemah dan perlahan.

            REJECT!

Perkataan itu diucap perlahan sebelum darah yang mengalir dioles dengan jari telunjuknya. Kemudian dia menulis sesuatu di dinding dengan darah tersebut. Dia kemudian melepaskan tawa sebelum menangis teresak-esak.

            REJECT! REJECT! REJECT!

            “ Apa maksud kau?” soal wanita itudengan lemah. Kesakitan yang dirasainya tidak dapat dibendung lagi.

            “ Orang yang berdosa perlu direject!Kau bukannya orang yang baik!” balas manusia bertopeng itu. Dia kemudian menarik mangsa dan mencampakkan ke dinding dengan sekuat tenaganya. Suara wanita itu tidak lagi kedengaran. Dia mendengus kasar sebelum keluar dari biliktersebut.

            Setelah agak lama, dia kembalisemula ke bilik. Matanya meliar memandang sekeliling. Sekujur tubuh mangsanya kini tidak lagi kelihatan. Dia menjerit marah dan keluar dengan pisau ditangan. Dari jauh, kelibat mangsanya dapat dilihat dengan jelas. Pantas diaberlari sebelum menghentikan langkahnya apabila terdengar satu dentuman yangamat kuat.

            Dia memandang dengan pandangan tajam sebelum melebarkan senyuman.

            “ Ya ALLAH…apa aku dah buat! Perempuan ni dah mati!” tutur seorang lelaki separuh abad yang turun dari perut kereta. Lelaki itu kelihatan terpingga-pingga dengan apa yang telah berlaku.

            “ Kau dah gila ke? Kau dah bunuh orang! Sekarang macam mana?” soal perempuan muda yang bersama dengan lelaki tua itu.

            Mereka berdua kelihatan tidak keruan. Sesekali pandangan mereka menghala ke sekeliling. Tiada sebarang kelibat yang menyaksikan kemalangan itu. Kata putus telah dibuat. Pantas mereka memasuki perut kereta dan beredar dari situ.

            “ REJECT!” getus manusia bertopeng yang memandang dari jauh. Dia kemudian berlalu dari situ dengan hati yang puas.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku