REJECT!
Bab 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
469

Bacaan






Bab 1

 

Zubaidahseakan terjaga dari yang lena. Mimpi yang berulang-ulang semenjak dua tahunyang lepas membuatkan hidupnya dihimpit dengan ketakutan. Fikirannya seringterganggu dan bayangan-bayangan kejam sentiasa menghantui kotak fikirannya.

            Zubaidah meraba-raba mukanyaberkali-kali. Kulit mukanya licin tanpa sebarang jerawat. Pantas dia bangun danmerenung ke arah cermin. Terbayang di matanya kelibat wanita yangmenjerit-jerit kesakitan menahan luka yang teruk di bahagian muka. Darah merahyang mengalir membuatkan dia turut merasa kesakitan tersebut.

            “ Siapa dia?” bisik Zubaidahsendiri. Dia bangun dan meluru ke dapur bagi menghilangkan rasa dahaga yangbermain di alur lehernya. Cawan yang berada di atas rak diambil sebelum pintupeti sejuk dibuka luas.

            “ REJECT!” perkataan tersebutterkeluar dari mulut Zubaidah. Dia termenung buat seketika sebelum mencapaisekotak susu segar yang belum dibuka. Dia kemudian duduk dan menuang air susutersebut ke dalam cawan.

            “ Orang berdosa perlu di reject!”tutur Zubaidah tanpa sedar. Dia kemudian mendengus perlahan. Bayangan kekejamanyang dilakukan terhadap seorang wanita yang begitu lemah adalah tidak wajarsama sekali. Mustahil dengan kekerasan seperti itu seorang wanita dapatbertahan.

            “ Siapa dia? Di mana dia sekarang?”soal Zubaidah sendiri. Dia bangun dari kerusi dan bergegas untuk kembali semulake bilik. Belum sempat dia menjejak kaki ke anak tangga, suara tangisan seorangkanak-kanak bermain di cuping telinganya.

            Zubaidah melilau-lilau mencari arahtangisan tersebut. Dia kemudian ternampak kelibat seseorang melalui cermintingkap yang terbuai-buai kain langsirnya. Dia mendekatkan diri dengan tingkaptersebut. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memandang dengan tajam ke arahnya.

            “ Budak lelaki? Pagi-pagi macam ni?”soal Zubaidah sendirian. Dia menuju ke pintu utama untuk melihat kanak-kanaktersebut. Pintu dibuka dan dia melilau-lilau mencari kelibat kanak-kanak lelakiitu. Hilang entah ke mana!

            “ Jangan apa-apakan anak aku!” bibirZubaidah menggeletar menutur kata. Air matanya mengalir laju secara tiba-tiba.

            REJECT! REJECT!

Kedengaransuara itu berulang-ulang di telinga Zubaidah. Kepalanya mula terasa pening danjeritan halus wanita yang kesakitan menganggu emosinya.

            Pap!

Satutepukan di bahu membuatkan Zubaidah menjerit kuat. Dia terduduk di muka pintusambil merayu-rayu supaya tidak diapa-apakan.

            “ Jue, awak ni kenapa? Kenapa bukapintu pagi-pagi buta macam ni?” soal Kasturi. Matanya meliar ke arah luar.Risau jika seseorang yang tidak bertanggungjawab mencerobohi rumah mereka.

            “ Dia sakit bang! Jue tahu diaterseksa!” balas Zubaidah dengan penuh perasaan. Kasturi mengerutkan dahi. Dia?Siapa dia? Dia yang diamksudkan itu ialah wanita yang muncul di dalam mimpiadiknya itu.            Wanita yang telahmerampas kebahagaiaan Zubaidah!

            “ Jangan mengarut boleh tak? Sudahdua tahun Jue asyik mimpi benda yang sama! Semua tu mimpi! Karut!” marahKasturi. Dia melangkah untuk menyambung tidurnya yang terganggu.

            “ Jue tahu tu bukannya mimpi! Diasakit abang! Dia perlukan pertolongan Jue!” jerit Zubaidah dengan kuat. Kasturimenghentikan langkahnya. Pandangan Zubaidah dibalas dengan  pandangan tajam.

            “ Kalau bukan mimpi, apa Jue? Tusemua mainan tidur!” tekan Kasturi dengan geram.

            “ Tak! Semua tu betul! Jue dapatrasakan yang…” tutur kata Zubaidah terhenti buat seketika. Ya! Dia dapatmerasakan kesakitan itu. Kesakitan saat kulit muka gadis itu dikelar denganpisau tanpa belas kasihan.

            “ Jangan merepek boleh tak Jue!”jerkah Kasturi mula hilang sabar.

            “ Jue tak merepek! Jue yakin denganapa yang Jue rasa!” balas Zubaidah malas untuk mengalah. Bayangan mangsa yangmerayu untuk dilepaskan bermain-main di matanya.

              “ Jue memang dah gila!” bidas  Kasturi dengan kuat. Anak matanya mengecilmenahan marah. Telinganya sudah sakit untuk mendengar kata-kata adiknya itu.

            “ Jue tak gila! Jue tak gila!” jeritZubaidah sambil menghantukkan kepalanya ke dinding. Pantas Kasturi menarikZubaidah yang mula hilang pertimbangan. Darah merah mengalir dari kepala wanitaitu.

            “ Orang berdosa perlu di reject!”bisik Zubaidah dengan lemah. Kasturi memapah adiknya dan membawanya ke bilik.Tubuh wanita yang kurus itu dibaringkan sebelum diselimutkan dengan kemas. Dia kemudian menuju ke dapur danmengambil semangkuk air suam dan sehelai kain berwarna putih. Tidak lamakemudian, dia bergegas kembali ke bilik Zubaidah. Darah dan luka di bahagiandahi dibasuh dengan penuh kasih sayang.

            “ Abang akan sentiasa bersama Jue!” bisikKasturi dengan air mata yang mula bermain di tubir mata. Dia termenung buatseketika sebelum berlalu untuk menyambung kembali tidurnya.

****

Suasanasebuah kelab malam di ibu kota kelihatan padat dengan kehadiran pengujung. Dicelah manusia yang asyik dengan dunia mereka, kelihatan seorang gadismenghembuskan asap rokok ke udara. Matanya ralit melihat seorang gadis yangtanpa segan silu memeluk beberapa lelaki yang berada di situ. Kemudian, airharam diteguk sebelum gadis tersebut terduduk di kerusi sambil tertawa halus.

            “ Hai, saya Susan! Awak?” soal gadisyang memperkenalkan dirinya sebagai Susan. Dia duduk di sebelah gadis yang mulakelihatan tidak stabil kerana kesan dari air haram yang diteguknya sebentarsahaja tadi.

            “ I ? I Jammy! You mengendap I ya?”soal Jammy sebelum tergelak kecil. Dia kemudian menutup mulut sebelum menjelingSusan yang memandang kepadanya dengan senyuman sinis. Gadis itu bangun secaratiba-tiba untuk berlalu.

            “ Susan, you boleh hantar I balik? Idatang dengan teksi tadi!” ujar Jammy sambil bangun dengan susah payah.Kepalanya masih terasa pening. Pantas dia mencapai tangan Susan yang mulaberlalu untuk keluar dari kelab tersebut.

            Di luar kelab, mereka melalui satulorong yang agak sempit. Gelak tawa mereka meletus secara tiba-tiba sebelummereka duduk di birai batu yang ada di situ.

            “ Aku kesepian!” tutur Jammy secaratiba-tiba. Dia memandang Susan yang  menghisap rokok  dengan rakus dan menghembuskannya berulangkali.

            “ Kenapa kau kesepian?” soal Susansingkat. Rambutnya yang beralun dilurut beberapa kali. Dia kemudianmencampakkan baki rokok ke tanah sebelum memijaknya perlahan.

            “ Aku tak bahagia! Suami aku takmemahami apa yang aku inginkan! Dia memang baik. Tapi aku perlukan kebebasan.Kau nak tahu sesuatu?” soal Jammy dengan senyuman manis. Lesung pipit di keduapipinya terserlah.

            “ Apa yang perlu aku tahu?”

            “ Aku jatuh cinta dengan lelakilain! Dia sentiasa ada saat aku memerlukan dia. Tidak seperti suami aku! Diahanya tahu berkurung di rumah! Entah jantan apa pun aku tidak tak tahu!” rungutgadis itu seakan menyesali pilihan hidupnya.

            “ Perlukah kau berlaku curang?Isteri jenis apa kau ni?” soal Susan. Nyata kata-katanya mengejutkan gadis yangmabuk-mabuk sebentar sahaja tadi. Dia meluaskan matanya beberapa kali danmulutnya mula melopong luas.

            “ Kau siapa sebenarnya? Aku takkenal kau! Kau tak berhak masuk campur urusan aku!” balas Jammy dengan kasar.Dia cuba bangun untuk berlalu namun terhalang dengan gadis bernama Susan.

            “ Aku adalah penyelesai masalah. Kauada masalah kan? Aku boleh selesaikannya!” tutur gadis seksi itu dengansenyuman manis.

            “ Apa yang kau nak buat?” soal Jammymula tidak sedap hati.

            “ Ini yang aku akan buat!” balasgadis seksi itu dengan keras. Sebilah pisau dihunus ke perut mangsanya beberapakali. Kemudian dia menghentak kepala mangsa ke batu sehingga darah merahmelimpah ke atas tanah.

            Jammy yang tidak sempat berbuatapa-apa hanya mampu menahan kesakitan yang tidak terhingga. Dia menggeleparmenahan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Kemudian dia terdengar bisikan halus dari mulut gadis di hadapannya itu.

            REJECT!

Sepantasitulah lehernya dipijak dan tidak lama kemudian dia menghembuskan nafasterakhirnya tanpa sempat menyebut nama TUHAN yang satu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku