Inilah Perjuangan
Inilah Perjuangan
Genre: Islamik
Kategori: Puisi
Paparan sejak 04 Mei 2017
Kisah mengenai seorang remaja yang tidak pernah lelah dan berputus asa dalam berdakwah. Selain itu, puisi ini juga menyeru masyarakat supaya terus istiqamah dalam beribadah dan tidak mudah hanyut dengan godaan dunia.
Penilaian Purata:
165

Bacaan






Aku melihat awan putih

Bertebaran di atas langit

Aku melihat langit nan biru

Gah di atas kayangan

Aku melihat lautan

Memercik sinar mentari

Aku melihat diri sendiri

Umpama hidup yang terhumban..

 

Aku melihat bangsaku

Tenggelam dalam dosa

Aku melihat sahabatku

Sesat dalam noda

Aku melihat agamaku

Hilang dimamah hiburan dunia..

 

Aku bangun dari tidur yang lena

Meninggalkan keselesaan dunia

Mula menebar benih-benih cinta

Cinta sesama manusia

Cinta kepada agama

Dan cinta kepada tuhan yang Esa..

 

Aku bangkit

Menyeru umatku

Kembali ke jalan yang lurus

Melupakan kelazatan dunia

Meninggalkan kejahilan

Mempasakkan semula iman di dada

Kerana

Dunia ini

Tidak kekal

Dan hanya menjadi

Tempat tumpangan sementara

Dan akhirat jualah

Tempat yang kekal untuk selama-lamanya..





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku