Puteri Mandi
Bab 6
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 05 Mei 2017
Prekuel untuk cerita " Nak Tak!" dan "Mak! Aku Ada Saka"
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1249

Bacaan






BAB 6

 

Ishak dan Tapai melangkah jeram kecil sebelum sampai ke Telaga Puteri,tempat dimana Alias masih berdiri.

“Hoi!..” Jerkah Tapai.

Alias tenang memusingkan kepala menghadap ke arah mereka berdua.

“ Apakah gerangan Tuan Puteri hingga sanggup menyamarkan diri menjadidua mangkuk hayun yang hamba meluat selama ini?”

Panggg!!!

Buah penampar Ishak melekap tepat ke muka Alias.

“Puteri apa pagi-pagi buta ni!!! Apa yang kau buat kat sini!! Manacenuai yang kau nak buat kat Laila tu”

“Hah korang!!! Apa yang kau cakap ni..cenuai apa pulak?”

Ishak memandang ke arah Tapai.

“Eh..aku agak jer…Mana la aku tahu?”

“Dari tadi aku tengok kau bercakap sorang-sorang. Lepas tuterangkat-angkat kat batu tu. Apa yang kau buat ha!” Soal Ishak lagi. Auramarahnya masih belum terpadam.

“ Ada sikit hal peribadi..” Alias cuba mengelak untuk menjawab.

“Baik kau cakap!!!” Ishak mengangkat tangan untuk menampar sekali lagisebelum..

Bukkk!!!

Sebiji batu sebesar penumbuk hinggap di belikatnya. Terduduk Ishakmenahan kesakitan.

“Siapa yang baling aku ha…?” Jeritnya ke atah hutan yang bertentangan.Hanya kepekatan malam dan gema suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tibasahaja bulu romanya meriding.

“ Kenapa dia baling batu ni kat kau ?” Tanya Tapai yang mengambil batuyang terkena belikat Ishat tadi.

“Kenapa kau tanya?” Balas Ishak.

“Patut dia baling batu yang besar lagi dari ni!” jawab Tapai selamba.

Ishak membulatkan mata. Kalau tidak mengenangkan tangan ghaib yangmembaling batu tadi, mahu sahaja buah lutut sampai ke perut Tapai.

“Korang ni memang sahabat sejati. Sanggup jugak datang cari aku walaupunaku tak ajak” Ucap Alias.

“Aku bukan nak sangat datang. Sahak ni yang takut kau datang caricenuai. Takut kau guna-gunakan si Laila.”

“Ha..ha..ha.. Apalah sangat si Laila tu. Cantik sangat ke tahi lalat diadi tengah-tengah kening tu. Dah macam anak aci seberang jalan jer aku tengokdia tu..ada yang lagi cantik kat sini…100 kali ganda dari Laila tu..”

Ishak bangkit dengan menggenggam penumbuk.

“Kalau kau cakap yang bukan-bukan pasal Laila, aku debik kat mata kaunanti…” Ugut Ishak serius.

“Eleh..Laila pun bukan berkenan kat kau!”

Buk!!

Sebijik penumbuk hinggap ke muka Tapai.

 

Suasana petang kelihatan suram. Tiga sahabat masih berhayun kaki di atasjambatan, di simpang jalan masuk ke kampung. Mata mereka tertumpu kepadapasangan yang sedang menunggang motosikal sambil bergaul mesra.


“ Kau kecewa tak bila Laila pilih Osman ?” Tanya Tapai. Kasut sukannyaditanggalkan dan diletak di tepi. Baunya yang menusuk hidung langsung  tidak dihiraukan oleh Alias dan Ishak.

“ Mau tak kecewa. Dah bertahun aku tunggu dia. Last-last dia mengakusukakan Osman”

“Ya..Osman tu. Semenjak kes kita kat Bukit Puteri tu, dah semakin senangdia aku tengok. Motosikal beli baru. Rumah arwah Mak Ayah dia dah direnovate…cepatbetul dia berjaya..”

“Entah-entah…”

“Jangan nak fikir yang bukan-bukan…” Potong Alias.


Masing-masing melayan fikiran yang entah ke mana.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku