Kau Bahagiaku
Kau Bahagiaku
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 05 Mei 2017
Penilaian Purata:
542

Bacaan






“Abang, jom pergi vacation.” Humairah tiba-tiba muncul di pintu perpustakaan mini mereka. 


Tempat itu juga dijadikan bilik kerja untuk mereka berdua.


“Abang sibuk la sayang sekarang,” Fuad menjawab tanpa memandang isterinya. Matanya leka memandang skrin computer sedang tangannya menaip laju.


“Sayang bosan la abang. Abang asyik sibuk dengan kerja, sayang terperuk saja dekat rumah. Tepu dah rasa.”


“Akhir bulan ya sayang?” Fuad berpaling memandang isterinya.


“Hari ni baru 3hb. More weeks to go. Fine. Buat lah kerja tu sampai bila-bila.” Humairah berlalu dari ruang kerja suaminya.


Fuad sudah mengeluh. ‘Aduhh, silap cakap ke’.


*             *             *             *             *             *             *             *


“Sayang! Hury up!” Tergopoh-gapah Humairah keluar. Akhirnya rancangan merajuknya semata-mata untuk bercuti berjaya juga. Fuad telah mengambil cuti selama tiga hari bagi memenuhi permintaannya. Mujur dia bekerja sendiri, senanglah dapat cuti. Urusan kerjanya diserahkan kepada penolongnya.


Percutian kali ini tidak dirancang secara tersusun oleh mereka seperti selalu. Main redah saja kali ini. Destinasi mereka adalah sebarang tempat menarik di sekitar Selangor. 


“Sayang tak sempat nak prepare sangat pun. Abang pun kelam kabut.”


“Mana nak sempatnya. Semalam merajuk bukan main. Nasib baik dah dinner, kalau tak lapar lah abang semalam. Tapi dasyat kan sayang. With your ‘fine’, I changed my mind.” Humairah tergelak lalu mencubit suaminya.


*             *             *             *             *             *             *             *


Setibanya  mereka resort yang ditempah oleh Fuad lewat malam tadi, mereka berdua terus menuju ke kaunter pendaftaran. Resort yang ditempah oleh Fuad berkonsepkan tradisional melayu. Pengunjung disajikan dengan pemandangan sungai di balkoni setiap resort. terdapat juga tangga di balkoni untuk terus bermandi manda di sungai jika mahu. Mereka berdua menuju ke kaunter dan disambut mesra oleh penyambut tetamu. ruang lobi resort ini ringkas tetapi penuh elemen melayu.


“Baik awak semak semula. Saya memang ada tempah malam tadi. Takkan awak nak cakap saya mengingau. Sekarang ni, staff awak yang tak key-in tempahan.” Humairah hanya memerhatikan suaminya yang Nampak berang. Fuad memang jarang marah. Bilik yang ditempah oleh Fuad malam tadi tidak dimasukkan didalam data. mana tak berang. kalau tiada bilik, takkan nak cari resort lain pula. Jauh-jauh datang, kena habiskan masa mencari tempat penginapan lain pula.


“Maaf, Encik. Mungkin salah di pihak kami. Tapi sekarang kami memang tiada bilik kosong untuk dua orang. Kami hanya ada single room sahaja sekarang.” Fuad mengeluh.   


“Just for sleep abang. Boleh jelah.” Humairah menenangkan suaminya. “Please give us one room for two nights.” Sebenarnya Humairah malas nak keluar cari hotel atau resort lain. Hujan sangat lebat di luar.


*             *             *             *             *             *             *             *             *


Fuad dan Humairah melangkah masuk ke dalam bilik yang akan mereka menginapan  untuk dua malam. Humairah agak terperanjat tetapi cuba disembunyikan kerana suaminya bersusah payah untuk menggembirakan hatinya melalui percutian ini. Bilik mereka agak sempit yang hanya mempunyai satu katil bujang, macam bilik bajet untuk backpackers pun ada. TV pula tidak berfungsi.  Masing-masing memendamkan rasa tidak puas hati bagi menjaga hati pasangan. Fuad menuju ke balkoni untuk menenangkan fikiran. hilang jugalah sedikit tekanan melihat kecantikan alam semula jadi. Pengunjung memang ramai. Ada yang bermandi manda, ada yang berborak dan ada juga yang sedang membuat barbeque. Humairah pula kelihatan sedang mencari sesuatu daripada semua beg yang mereka bawa.


“Abang!” Bergegas Fuad masuk ke dalam bilik apabila mendengar jeritan isterinya.


“Kenapa sayang? Ada lipas ke?”


“Abang ada ambil charger tak tadi?” Fuad menggeleng.


“Oh man! Charger tak bawa, cable tak bawa, power bank pun tak bawa.” Humairah gelabah.


“Jarang sayang lupa benda penting macam ni. Excited nak bercuti la ni,” Fuad tersengih. Humairah pula sudah muncung.


“It’s okay la sayang. Kita keluar nanti, beli charger ya.”


“Tapi bateri sayang dah sikit sangat ni. Tengok, telefon abang pun sama.”


*             *             *             *             *             *             *             *


Kereta milik Fuad memasuki kawasan parkir di sebuah taman rekreasi. Senyum di bibir Humairah tidak lekang dari tadi. Seronok dapat bersama dengan suaminya dengan percutian ringkas mereka. Kawasan rekreasi yang mereka lawati adalah taman yang menjadi tempat beristirehat warga kota. Di samping mempunyai kawasan untuk bersenam, di sini juga terdapat sebuah tasik buatan yang cantik. Pengunjung agak ramai pada petang itu, mungkin kerana musim cuti sekolah jadi ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masak bersama anak-anak mereka. Fuad dan Humairah berjalan mengelilingi tasik sambil bercerita. Setelah itu, mereka berehat di sebuah gazebo berdekatan.


“Sayang nak aiskrim? Abang pergi beli sekajap.” Humairah angguk sambil tersenyum. “Stay here. I will be back soon.”


Humairah melemparkan pandangan ke kawasan sekeliling sambil menunggu Fuad. Matanya terpandang kedai cenderamata yang tidak jauh dari situ. Kakinya terus melangkah menuju ke kedai itu memandangkan suaminya pun tidak jauh dari situ.


Dia memasuki kedai itu. Banyak perhiasan yang dijual daripada perhiasan diri sehingga perhiasan rumah. Dia membelek ke serata kedai. Di satu sudut, Fuad kaget mendapati isterinya tiada di gazebo. Matanya melilau mencari malangnya tidak dapat melihat isterinya yang leka memilih cenderamata di dalam kedai cenderamata itu. Hatinya di amuk resah. Segera dia mengeluarkan telefon pintar miliknya.


“Alamak, flat terus bateri,” Fuad mendengus. Bateri telefonnya habis terus. Dia segera mencari isterinya di serata tempat.


Setelah beberapa ketika, Humairah sudah keluar daripada kedai itu. Dia hanya melihat aiskrim Cornetto di gazebo. Suaminya pergi kemana pula? Humairah duduk di situ menunggu suaminya. Mungkin suaminya membeli makanan lain. Humairah mengambil aiskrim yang dibeli suaminya lalu memakannya. Hampir setangah jam berlalu. Dia semakin risau jika sesuatu berlaku kepada suaminya. Humairah bangun dari gazebo dan menuju ke kereta.


Panjang leher Humairah kerana cuba melihat kereta mereka daripada jauh tetapi Fuad masih tiada di situ. Dia berjalan mendekati kereta. Ada sesuatu yang mencurigakan. Humairah menyorok di belakang sebuah kereta selang beberapa kereta daripada keretanya. Ada orang yang sedang mencangkung dan sedang berusaha mengumpil pintu keretanya. Seorang lagi pemuda berdiri beberapa meter daripada keretanya, mungkin cover line.


Humairah melangkah mendekati dengan berani, “Hoi! Kau buat apa ha?!” Tempik Humairah. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia dapat keberanian itu. Salah seorang pemuda menuju ke arah Humairah dan menutup mulut Humairah sambil mengacukan pisau kearah lehernya.  Humairah kaget. Dia hanya mampu berdoa agar ada sesiapa yang melihat mereka di situ.


“Hoi!” Sekumpulan anak muda mendekati Humairah dan dua orang pencuri itu. Dua orang pencuri itu terkejut. "Jangan dekat, kalau tak aku bunuh perempuan ni!". Semua yang berada di situ kelihatan cemas. Fuad berasa tidak sedap hati apabila melihat ramai orang berkumpul di kawasan dia memakir kereta. segera dia berlari ke situ.


“Ya Allah, sayang!” hendak pengsan Fuad melihat isterinya sedang dijadikan tebusan. "Lepaskan isteri aku!" Semua memandang ke arah Fuad.


"Kau jangan dekat, kalau tak, mati bini kau!" Perompak itu mengugut. Humairah sudah menangis dan Fuad hilang cara untuk menyelamatkan isterinya. Apa sahaja tindakannya akan membahayakan keselamatan isterinya. 


Dua orang perompak itu menuju ke sebuah van bewarna hitam. Humairah masih lagi diacukan pisau di lehernya dan dipaksa masuk ke dalam van hitam itu. Keadaan terjadi terlalu pantas sehingga Fuad tidak sempat untuk bertindak. 


Van itu terus memecut laju ke arah jalan besar. Fuad tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalam kereta dan mengejar van tersebut. Namun usaha Fuad mengejar van tersebut sukar kerana jalan raya dipenuhi dengan kereta dan van itu memintas setiap kereta dengan cekap. Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Van hitam milik dua orang perompak itu menuju ke jalan yang sedang dilakukan sekatan jalan raya oleh polis. Ia dipaksa berhenti oleh polis. Perompak-perompah itu cemas. Mereka ingin melanggar sahaja sekatan jalan raya itu namun ramai polis sudah berada di depan van mereka kerana mensyaki sesuatu yang tidak kena. 


Fuad melihat dari jauh yang van hitam tersebut telah diitahan pihak polis.  Dia berasa sedikit lega. Dia mengikut lorong kiri lalu memberhentikan kereta dan berlari kearah van hitam itu untuk mendapatkan isterinya. Dua perompak telah digari dan seorang pegawai polis wanita cuba menenangkan Humairah. Fuad menuju ke arah Humairah dan terus memeluknya. Humairah lega suaminya berada di situ dan menangis semahunya.



*             *             *             *             *             *             *             *             *             *


Mereka sampai di resort setelah pulang daripada balai polis untuk memberi keterangan dan. Humairah masih lagi kelihatan trauma.

“Nak balik.” Suara Humairah hampir menangis. Fuad faham. Isterinya tidak pernah mengalami kejadian yang menakutkan seperti tadi.


Hanya satu malam mereka di resort itu. Atas permintaan Humairah, mereka akan pulang ke Johor Bharu. Humairah sudah tertidur di dalam kereta. Dia tidak dapat tidur semalaman malam tadi. Fuad memandu berhati-hati bagi tidak mengganggu tidur isterinya.


Sampai di satu tempat, Fuad menghentikan keretanya di birai jalan.


“Sayang, bangun sekejap”. Humairah bangun terpisat-pisat. Matanya tertancap dengan pemandangan indah di luar kereta. Pemandangan dari atas Bukit Ampang yang memperlihatkan keindahan Bandaraya Kuala Lumpur.


Mereka keluar daripada kereta dan menikmati pemandangan itu.


“Abang minta maaf untuk apa yang terjadi. Kalau abang rancang awal-awal, mesti tak jadi macam ni. Abang takut sangat tengok sayang semalam. Kalau jadi apa-apa pada sayang, tak tahu macam mana abang nak bawa rasa bersalah.” Fuad memaut erat bahu isterinya. Humairah sebak.


“Sayang yang salah sebab paksa abang”


“Tapi memenuhi kehendak sayang adalah tanggungjawab abang. I love u sayang”.


“Love u too, abang”.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku