Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Bab 3
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 07 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
325

Bacaan






S

EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman.Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah. Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat adatetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewahtersebut.

            Seorang perempuan berusia lingkunganumur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dantanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.

            “Ab..” Raziah yang berdiri di mukapintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeliberas. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang darisekolah.

            “Puan nak apa datang ke mari?” soalRahman dingin.

            “Amboi, kau tak mahu jemput akumasuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala.Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.

            “Jemput masuk Puan. Teratak kamiburuk sahaja bukan macam rumah Puan” perli Rahman pula.

            “Kau yang pilih untuk hidupmenderita Rahman” kata wanita itu sebelum mengikuti langkah Rahman menuju kepintu rumah.

            Raziah tergamam. Kakinya tidak mampubergerak waima selangkahpun sehingga ditegur oleh Rahman.

            “Buatkan air Yah, kita ada tetamu”Rahman bersuara. Raziah mengangguk dan berlalu ke dapur. Pipi ditampar-tamparperlahan bagi memastikan ini adalah realiti dan bukan mimpinya semata-mata.

“Mana cucu aku?” soal wanita itu setelah melabuhkan duduk diatas sofa kayu yang tidak berapa empuk itu. Maklumlah kerusi sudah berpuluhtahun usianya.

“Uteh ke sekolah puan. Waktu-waktu macam ni memang kamiberdua saja yang ada di rumah” Rahman berbasa basi. Tak baik pula kalau layantetamu dengan buruk.

“Aku datang ni bersebab” Puan Zainab bersuara lagi.

“Sebab apa ye Puan?”

“Aku nak ambil cucu aku bawa balik Kuala Lumpur” luah PuanZainab. Raziah yang datang dari dapur sambil menatang dulang air hampirterlepas. Benarkah apa yang dia dengar?

“Apa yang Puan cakap? Saya tak faham dan untuk pengetahuanPuan, tak ada sesiapa pun yang boleh bawak anak kami jauh dari kami” tegasRahman. Mana mungkin dia serahkan Uteh kepada wanita itu.

“Sabar bang..Macam ni lah Puan, untuk apa ya Puan nak bawaUteh balik ke Kuala Lumpur?” Raziah cuba menenangkan Rahman. Tujuan wanita itujuga sempat ditanya.

“Aku nak dia dapat the best education. Aku nak diajadi orang berjaya dan kaya. Setakat sekolah di kampung ini, tak mampu nakjamin masa depan dia” angkuh wanita itu berkata-kata.

“Tak kisahlah belajar mana-mana sekalipun Puan, kalau nakberjaya, tak belajar pun boleh berjaya. Saya tak benarkan. Selagi saya masihhidup, Puan jangan sesekali berani nak jauhkan kami dengan Uteh. Puan balikjelah. Tak ada benda yang nak dibahaskan lagi” Rahman naik angin. Kesabarannyabenar-benar tipis kala ini. jika tidak difikirkan tetamu, sudah lama dia tamparmulut yang lancang berbicara itu.

Raziah cepat-cepat mengusap belakang badan suaminya. Cumamenyalurkan sisa-sisa kesabaran yang dia ada. Dia tahu Rahman marah benardengan apa yang keluar dari mulut wanita itu.

“Kalau kami serahkan Uteh, apa janji Puan? Dan apa yang kamidapat?” soal Raziah. Rahman berpaling menghadap Raziah. Soalan berani isterinyaitu benar-benar menaikkan lagi kemarahannya.

“Yah, awak ni dah kenapa?” suara Rahman naik satu Oktaf.

“Aku janji akan didik dia jadi manusia berjaya. Dan...kauorang akan dapat duit, serta rumah baru. Jadi tak perlulah kau orang berduatinggal di rumah yang menanti roboh ini lagi” bongkak sekali Puan Zainahberbicara. Bila wang menguasai segalanya...

“Kami tak mati kebuluran pun kalau tak dapat duit Puan.Sudahlah, ada baiknya Puan balik sebelum saya naik angin” Rahman cuba mengawalbara di hati.

Puan Zainab bangun dari duduk. Kaca mata dilurutkan dari ataskepala. Beg tangan dibimbit.

“Jangan berlagak Rahman. Kau takkan mampu nak tanggung diabelajar di universiti nanti. Kau tu tak punya apa-apa Rahman. Kau patutberterimah kasih pada aku sebab sudi bela kau sampai besar” senyum sengetmenghiasi bibir merah Puan Zainab.

“Aku kata balik!” Rahman menengking. Dia benar-benar hilangkawalan. Raziah segera mendapatkan Rahman yang sudah bangun dan berwajah bengisitu.

“Abang, mengucap bang. Ingat Allah”

“Kamu Raziah, jangan sesekali kamu dengar cakap perempuanini. Biar kita miskin harta, tapi kaya budi bahasa” marah Rahman.

“Kamu fikir-fikirkanlah ye Raziah. Aku balik dulu” PuanZainab melangkah keluar. Dari jauh, kelihatan susuk tubah Uteh yangberlari-lari menuju ke rumah.

“Assa...err..assalamualaikum” Uteh terkejut melihat tetamuyang datang ke rumahnya. Maklumlah, rumahnya buruk sahaja mana ada tetamu mahudatang. Tetapi, dia seakan-akan hendak mengenali tetamu ini. Siapa ya?

“Waalaikumussalam. Ya Allah cucu nenek. Rindunya.. Kenapakamu comot sangat ni Uteh? Baju kamu, berapa tahun tak tukar? Kasut, Ya Allahburuknya. Ni beg, pakai dari darjah berapa?” bebel Puan Zainab. Dibelek-belekcucunya itu.

Kini, Uteh mula mengingati kembali wajah itu. Nenek, emakabah.

“Uteh, masuk rumah mandi!” Arah Rahman tegas.

Mendengar arahan tegas itu, Uteh segera membuka kasut sekolahdan masuk ke dalam rumah. Neneknya masih berada di luar. Uteh pelik, mengapanenek jarang melawat keluarganya? Mengapa nenek kaya dan keluarganya susah?

“Kau fikirlah masa depan Uteh tu Raziah. Jangan disebabkankepala batu kau orang, dia yang dapat tempiasnya. Itulah dulu aku sudah larangkau berdua kahwin. Tapi degil!” Puan Zainab terus menuju ke kereta mewahnya.Malas mahu berbincang dengan orang yang keras kepala seperti Rahman. Diasekadar berbasa basi sahaja dengan Raziah sebentar tadi. Maklumlah, menantu takdirestui.

Sebaik sahaja kereta mewah Puan Zainab keluar dari perkaraganrumah mereka, Rahman segera berpaling ke Raziah. Marah yang membuak-buak gagaldikawal.

“Awak gila ke Yah? Perempuan itu cuma nak tengok kitamenderita sahaja. Ke awak suka tengok saya menderita? Dah menyesal sangatkahwin dengan saya?” sinis Rahman. Dia yang malas melayan amarahnyameninggalkan Raziah keseorangan. Parang dibelakang pintu segera dicapai. Kainpelikat diikat di kepala. Dia ada kerja di kebun Pak Abu. Lebih baik dia keluarbekerja dari melayan amarah.

 

 

PUAN Zainab tersenyum sinis di dalam kereta Rahman memang keraskepala. Raziah pula seakan-akan menyokongnya sebentar tadi. Dia tidak peduli,dia perlu membawa Uteh pergi jauh dari mereka.

            Kedaifan mereka membuatkan dia risauakan masa depan cucunya itu. Uteh berhak dimanjakan dengan harta sepertikanak-kanak diluar sana.

            Dia lihat Uteh tidak sepertikanak-kanak lain. Tubuhnya sedikit susut. Mungkin tidak makan makananberkhasiat. Itu yang dia risaukan.

            Dia perlukan Uteh sebagai pewarisharta arwah suaminya. Rahman, satu-satunya pewaris telah memilih jalankemiskinan dan Puan Zainab tidak akan sesekali menjilat ludahnya kembali.Biarkan Rahman dan Raziah kekal menderita hidup papa kedana.

            Yang dia mahukan adalah Uteh,satu-satunya cucu sah Puan Zainab. Dia mahu Uteh mewarisi harta tersebut tanpaada penglibatan dan campur tangan Rahman serta Raziah. Dia harus jauhan Utehdengan kedua-dua ibu bapanya. Wajib!

            Kereta mewah tersebut terus meluncurlaju menuju ke Kuala Lumpur. Kampung yang serba daif sebentar tadi benar-benarmembuatkan Puan Zainab serba tidak kena. Ditambah pula dengan kedaifan rumahusang mereka. Jijik Puan Zainab dibuatnya.kalau tidak kerana Uteh, dia tidakakan sesekali menjejakkan kaki di rumah itu. Geli.

            Rancangan demi rancangan menguasai fikiran Puan ZainabSeketika, dia ukir senyum kemenangan. 

Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | TAMAT |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku