Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Bab 6
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 07 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
21

Bacaan






U

TEH berjalan seiring dengan kawan-kawannya. Waktu persekolahbaru sahaja melabuhkan tirainya. Sebaik sahaja melepasi pintu pagar sekolah,seorang demi seorang kawan-kawannya mengikut haluan sendiri. Masing-masingdijemput oleh ibu dan bapa.

            Uteh mengeluh, sakit pula kakinyahari ini. Maklumlah, pagi tadi ada latihan bole sepak. Dia tercedera sedikitakibat kasut sukan yang dipakai sudah haus dan duri tajam tercucuk di tapakkayunya.

            Memahami kesusahan yang melandakeluarganya, Uteh tidak pernah meminta malah jauh sekali mengeluh. Cikgu kata,takdir hidup bukan kita yang tentukan.

            Uteh mengambil keputusan untukberehat sebentar di pondok menggu bas di depan sekolahnya. Bas sekolah punsudah bergerak balik menghantar murid sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa,sudah beransur pulang. Yang tinggal cuma Uteh dan beberapa orang yang menungguibu bapa mereka jemput pulang.

            Air mineral yang tersimpan kemas dipoket sisi beg segera dicapai lalu diteguk rakus. Dahaga.

            Sebuah kereta mewah berhenti dipondok menunggu bas tersebut. Uteh berkerut. Macam pernah lihat sahaja keretaini.

            Puan Zainab keluar dari keretaseraya tersenyum manis ke arah Uteh. Terkejut Uteh dibuatnya, tak sangka nenekakan carinya di sekolah.

            “Err.. nenek, buat apa dekat sini?”sola Uteh setelah Puan Zainab makin menghampirinya.

            “Nenek datang nak ambil kamulah.Mesti kamu penat kan? Kasihan cucu nenek ni. Jom kita pergi jalan-jalan nak?”

            “Tak boleh nek. Sebab Uteh kenabalik. Nanti abah marah kalau lambat balik”

            “Jangan risau, abah takkan marahkalau keluar dengan nenek. Lagipun tadi nenek dah minta izin dengan abah” bohonPuan Zainab.

            “Oh okay, jom” Uteng menggalas beglalu mengikut Puan Zainab menuju ke kereta. Sebaik sahaja Uteh masuk ke dalamkereta, Puan Zainab senyum kemenangan.

            Kereta mewah Puan Zainab membelahkesunyian jalan kampung. Hala mereka sekarang menuju ke jalan besar. Utehterkejut.

            “Nenek, Uteh nak balik rumah dulu.Tukar baju”

            “Tak apa Uteh, tak perlu tukar baju.Nanti sampai je rumah nenek, Uteh tukar baju baru. Nenek dah belikan” PuanZainab melempakan senyuman.

            “Ha? Uteh kena tinggal dengan nenekke? Uteh tak nak. Uteh tak nak. Uteh nak mak dengan abah” bentak Uteh. PuanZainab ketap bibir. Anak ini juga degil seperti bapanya, Rahman. Keras kepala.

            “Percayalah, Uteh akan seronok dudukdengan nenek. Nenek boleh bagi segalanya pada Uteh. Wang ringgit, kemewahan,katakan apa sahaja”

            “Uteh tak nak, wang ringgit takboleh beli sebuah kebahagiaan” tegas Uteh. Itu yang serang diperkatakan olehgurunya.

            “Uteh! Jangan kau pandai-pandai nakajar aku ya. Kau duduk sahaja di rumah. Nanti pindah sekolah baru” Puan Zainabnaik suara.

            Uteh mendiamkan diri. Gentar. Sungguh, dia rasa hendakpulang ke rumah sekarang juga. Mak, abah..tolong Uteh. Jerit hati kecil Uteh yangkeresahan. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | TAMAT |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku