Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Bab 7
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 07 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
22

Bacaan






 

ENJA sudahpun hendak melabuhkan tirai. Langit cerahbertukar-tukar merah. Burung-burung pun pulang ke sarang. Raziah mengintai diingkat rumah. Riak wajahnya bimbang. Pintu jendela ditutup. Maghrib-maghribbegini tak elok dibiarkan terbuka.

            Rahman yang baru keluar dari biliksambil membetulkan baju melayunya memandang Raziah penuh tertanya-tanya.

            “Uteh mana Yah? Dari petang tadi taknampak lagi” Rahman berkerut. Jarang sekali Uteh pulang lewat ke rumah kecualiada latihan bola sepak di sekolah.

            “Itu yang saya risaukan bang. Daritadi Uteh tak balik-balik. Petang tadi saya tanya Man anak Pak Wahid, dia cakapdi sekolah tiada apa-apa latihan sukan” Raziah risau. Bening matanya menakungair mata. Tak pernah rasa sebegini sebelum ini. jika inilah perasan yang bakaldia rasa ketika melepaskan Uteh pergi, dia tidak sanggup.

            “Awak pergi bersiap sekarang Yah,kita cari Uteh di sungai. Kot-kot dia mandi sungai” Rahman memberi arahan.Raziah berlari ke bilik seraya menukar pakaian yang lebih sopan.

            Rahman turun ke bawah rumah danmenuntun basikal tua keluar dari ruang bawah tersebut. Dia yang menunggu Raziahdiluar rumah sudah panas punggung. Lama pula Raziah ini. Baru sahaja hendakmemanggil Raziah, isterinya itu terkocoh-kocoh menutup pintu rumah.

            “Lekas bang, hari sudah gelap”Raziah melabuhkan duduk di tempat duduk belakang. Segera Rahman mengayuhbasikal tuanya menyelusuri jalan kampung yang berlopak sana sini. Peluh yangmerinik membasahi wajahnya diabaikan. Degupan jantung Rahman sangat laju ketikaini. Masakan tidak, Uth satu-satunya permata hati dia dan Raziah.

            Sebaik sahaja sampai di sungai,Raziah segera turun lalu melaung nama Uteh. Dengan esak tangis yang mulakedengaran, Raziah kuatkan juga hatinya untuk memanggil Uteh.

            Rahman pula mencari di bahagianbatu-batuan. Pernah ada kes dimana seorang pemuda dari kampung sebelah ditemuidi celah batu akibat lemas. Nauzubillah, Rahman tidak mahu perkara itu berlakukepada anaknya.

            Ya Allah, selamatkanlah Uteh dimanasekalipun dia berada. Kau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doa Rahmandalam hati.

            “Uteh! Utehhh..mana kamunak..baliklah” rintihan Raziah makin sayu. Akhirnya dia mengatur langkah kearah suaminya.

            “Bang, macam mana ni bang? Semua nisalah saya kan bang. Mungkin Uteh sedih lepas dengar saya nak bagi nenek diajaga di kota sana. Silap saya bang! Silap saya!” Raziah sudah hilang kawalan.

            Rahman terhenyak. Suatu nama menitidi kepalanya.

            “Yah, kita kena balik Yah. Kitasolat maghrib dulu nanti saya pergi rumah Pak Man teksi, mintak dia tolong bawakita. Saya dah tahu Uteh dekat mana” Rahman bersuara tegas. Dia mengetapbibirnya. Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi pula.

            “Abang tahu Uteh di mana?” Raziahmengesat air mata. Matanya memandang Rahman penuh mengharap.

            “Lekas naik Yah, maghrib-maghrib takelok di luar rumah” Rahman bersuara. Raziah segera menurutnya. Laju Rahmanmengayuh pulang ke rumah.

            Mereka naik ke atas rumah. Azan yangbakal dilaungkan terasa begitu lambat pula hari ini. Raziah sudah siap sediadengan telekungnya. Dia mahu segera solat dan keluar mencari Uteh.

            “Solat biar khusyuk, jangantergesa-gesa sangat. Doa mintak Allah pelihara Uteh dimana pun dia berada”pesan Rahman. Raziah terhenyak. Ada betul kata suaminya itu.

            Solat maghrib yang diimankan olehRahman terasa begitu syahdu tanpa kehadiran Uteh. Suami isteri itu tenggelamdalam dunia mereka bertemu Sang Pencipta.

 

 

“ASSALAMUALAIKUM...” teriak Rahman ketika tiba di rumah Pak Man Teksi. Raziahyang mengekor dari belakang hanya diam dan menitiskan air mata. Sesekali diamengesatnya dengan hujung tudung bawal lusuhnya.

            “Waalikumussalam. Ha kamu Rahman,ada apa ke mari?” Pak Man membuka pintu rumah. Pelik juga dia melihat Rahmandan Raziah datang ke rumahnya waktu-waktu begini.

            “Pak Man, saya nak minta tolonghantarkan kami ke Kuala Lumpur. Nak naik bas pun tiada waktu-waktu begini”

            “Apa ke hal pulaknya kamu berduasampai nak ke Kuala Lumpur? Ni Uteh mana?” soal Pak Man apabila menyedari hanyamereka berdua sahaja yang datang.

            “Uteh ada di sana” beritahu Rahmanpendek. Raziah tersentak.

            “Kenapa pulak?” Pak Man berkerut.

            “Cepat Pak Man, kami tiada masa ni.Saya risau kalau Uteh dibawa ke lain pula. Nanti dalam kereta saya cerita dekatPak Man apa yang berlaku”

            “Ha yelah. Kamu tunggu sekejap akutukar kain pelikat ni” Pak Man segera masuk ke dalam rumah dan menukar kainpelikatnya kepada seluar. Laju sahaja dia bersiap. Risau juga dia dibuatnyajika Uteh berada di Kuala Lumpur seorang diri. Zaman sekarang macam-macam bolehberlaku.

            Pak Man menyelusuri pekat malammenuju ke kota gah sana sambil ditemani Rahman dan Raziah. Rahman membukacerita mengenai berita kehilangan Uteh dan kejadian yang berlaku sebelumnya.Bukan niat Rahman hendak membuka pekung di dada tetapi dadanya sudah terlalusesak. Dia perlukan nasihat orang yang lebih tua.

            Sesekali tergeleng-geleng kepala PakMan, mendengar dengan khusyuk kisah hidup penuh liku yang dilalui Rahman danRaziah. Tak sangka begitu berlikunya hidup pasangan itu.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | TAMAT |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku