Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Bab 8
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 07 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
24

Bacaan






 

M

AKAN ni Uteh” Puan Zainab menghulurkan sepinggan nasi berlaukkanasam pedas ikan tenggiri. Uteh menggeleng. Dia tidak mahu makan, dia cuma mahupulang. Apa yang ada di dalam kepalnya ini hanyalah abah dan emaknya.

            Dia tidak mahu tinggal di rumahbesar ini. Dia rela tinggal di kampung.

            “Kau ni degil betullah” Puan Zainabhilang sabar. Susah betul hendak memujuk Uteh. Lagipun bukannya dia culik Utehuntuk dijadikan tebusan pun, sekadar menjadi pewaris hartanya sahaja. Pewarisyang bakal tiada apa-apa hubungan dengan kedua-dua orang tuanya lagi. PuanZainab senyum sinis.

            “Uteh nak balik rumah” Uteh bersuaralagi.

            “Jangan mimpi. Tinggal di sinidengan nenek” terbit rengusan kecil di bibir wanita itu.

            Bunyi guruh berdentum membuatkanUteh terkejut. Dia ketakukan. Selalunya saat-saat begini emak akan memeluknyabagi menghilang rasa takut Uteh. Tapi sekarang emak tiada di sisinya.

            Kilat memancar-mancar di luar sana.seketika kemudian, hujan lebat turun menyimbah bumi. Uteh menangis dalam diam,dipejamkan matanya dan cecair jernih mengalir di pipinya. Puan Zainab yangberada di sisi memejamkan mata. Terasa letih setelah memandu jarak jauh siangtadi. Uteh yang duduk berdiam diri dibiarkan sahaja. Anak itu perlukan masa.

            Bumm!

            Bunyi guruh seolah-olah menghentamsisi Uteh. Terangkat bahunya akibat terkejut. Sekali lagi air matanya turunderas membasahi pipi.

            “Assalamualaikum” sayup-sayupkedengaran salam yang dilaung di luar pagar. Hujan masih membasahi bumi.

            Ting tong!

            Loceng pula ditekan. Uteh tertanya-tanya.Siapakah yang datang hujan-hujan begini?

            “Nek..nenek. Ada orang datang” kejutUteh. Puan Zainab membuka mata. dengan langkah yang malas, dia menuju ke pinturumah. Payung yang terletak di tepi pintu dicapai. Siapa pula yang datang?Lebih baik dia jenguk terlebih dahulu.

            “Puan..Puan bukak pintu ni” jeritRahman. Dia menggoncang pagar mewah itu.

            Mendengar sahaja suara Rahman, PuanZainab mengetap bibir. Berani dia melangkahkan dia ke sini.

            Langkah kaki dihayun ke pagar.Sebelah tangan memegang payung dan sebelah tangan lagi membuka pintu pagarkecil.

            “Ha nak apa kau berdua datang sini?Dulu kemain cakap takkan jejak kaki ke sini lagi” marah Puan Zainab

            “Kami datang nak ambil Uteh balik!”tegas Rahman.

            “Mana ada Uteh di sini. Kau punyaanak, apa pasal cari di rumah aku pula” bohongnya.

            “Tipu!” Rahman bersuara tinggikerana terpaksa melawan bunyi desiranya hujan yang agak lebat. Dia dan Raziahmasing-masing sudah basah lencun. Pak Man hanya duduk di dalam teksi, tidakmahu mencampuri urusan mereka sekeluarga.

            Uteh rasa tidak sedap hati. Mengapanenek berlama-lama di luar? Dengan rasa ingin tahun yang menggunung, Utehmenjenguk di pintu rumah. Tapi hampa apabila dia tidak melihat kelibat sesiapamelainkan nenek yang berdiri menghalang pintu pagar kecil sambil memegangpayung.

            “Uteh! Uteh!” jerit Rahman dan cubamerembuh sekatan Puan Zainab.

            Mendengar sahaja suara yang sangatdikenalinya, Uteh melonjak kegembiraan. Abah! Abah sudah datang!

            “Abah!” jerit zuteh kembali. Rahmansekali lagi cuba menepis sekatan Puan Zainab. Bukannya dia tidak larat, tetapidia risau terkasar dengannya. Apapun yang berlaku, wanita itu masih emakkandungnya.

            “Uteh tekan suis pagar belakangpintu!” jerit Rahman memberi arahan.

            “Jangan Uteh. Jangan kau berani!”amaran Puan Zainab.

            Tetapi Uteh tidak betah lagi menahanrasa yang menggunung di dada, dia segera menekan suis yang berada di belakangpintu. Seketika kemudian pagar mulai terbuka. Puan Zainab mendengus kegeraman.Dia masih berusaha menghalang Rahman dan Raziah.

            “Mak, abah” jerit Uteh lalu berlari kearah mereka. Raziah segera mendapatkan Uteh dan memeluknya erat seperti setahuntidak berjumpa.

            “Tak guna kau Uteh!” marah PuanZainab.

            Bum!

            Baru sahaja Puan Zainab hendakmelangkah, dia akhirnya rebah. Rahman cemas. Segera diriba emaknya itu. Sejujurnyadia merindui Puan Zainab, jauh di sudut hatinya ada rindu yang terbit.

            “Mak, bangun mak” panggil Rahman.Pipi Puan Zainab ditepuk-tepuk perlahan. Mulutnya juga sudah senget. PuanZainab menggeletar satu badan. Raziah yang menyaksikan peristiwa itu segeramenghampiri ibu mertuanya.

            “Mak, maafkan Rahman mak. Rahmanbersalah” Rahman sudah berjuraian air mata. sederas air hujan yang galakmenimpa bumi saat ini.

            Raziah memegang tangan Puan Zainab.“Mak, maafkan saya. Saya banyak dosa dengan mak” pinta Raziah ikhlas.

            Puan Zainab juga sebak. Air matamengalir di pipi tetapi tiada kata yang terluah. Menyedari keadaan emaknya yangkritikal, Rahman segera menyuruh Uteh untuk memanggil Pak Man di seberangjalan. Mereka perlu membawa Puan Zainab ke hospital dengan segera.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | TAMAT |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku