Secubit Kasih, Segenggam Sayang
TAMAT
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 07 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
24

Bacaan






“M

AK, kisah tu dah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lepaskan mak. Rasa macam semalam saja Uteh baring di riba mak, berkongsi ceritadengan mak.Uteh rindu mak, kalau mak masih ada, Uteh nak tunjuk pada mak yangUteh dah berjaya sekarang mak” Uteh menatap potret Raziah. Senyuman manisRaziah sentiasa dirinduinya.

            “Abahpun rindukan mak..” ujar Rahman yang berdiri di pintu bilik Uteh. Uteh bangundan segera memimpin Rahman untuk duduk di birai katil.

            “Utehnak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada abah dan mak. Abah dan makbesarkan Uteh dengan penuh kasih sayang walaupun abah tak pernah limpahkan Utehdengan kemewahan dunia. Uteh bersyukur sangat sebab dibesarkan dalam keadaanmacam ni, Uteh tak malu dan takkan sesekali malu untuk mengaku yang Uteh ni hanyaanak orang kampung yang miskin” Uteh memeluk bahu Rahman. Air mata jantannyamenitis di pipi.

            “Hanyakasih sayang yang mampu kami beri. Kemewahan jauh sekali. Alhamdulillah, kalaumak masih ada dia pasti gembira melihat kejayaan Uteh sekarang. Uteh dah jadikebanggaan Abah, pastikan uteh jadi hamba Allah yang terbaik..” nasihat Rahman.

            “Terimakasih jugak dengan arwah nenek. Uteh bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnyaUteh ada dana untuk belajar sewaktu susah dahulu dan abah tak perlu bekerjakeras lagi”

            “Alhamdulillah..”ucap Rahman pendek.

            “Abah,boleh Uteh tanya sikit? Lama Uteh simpan soalan ni” Uteh memandang Rahman danlelaki itu mengangguk.

            “Kenapamak framekan karangan Uteh ye? Frame tu bukannya murah, mahalbah. Mak sanggup habiskan duit ubat dia”

            “Katamak, dia sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Karangan bertajuk secubitkasih segenggam sayang itu menjadi renungan mak setiap pagi...” cerita Rahman.Uteh tersenyum sambil menitiskan air mata lagi.

            “Tapikenapa mak tak pernah gantung supaya Uteh nampak?” soalnya lagi. Tidak pernahpula dia melihat emak menggantungkannya. Yang dia tahu emak ada memintakarangan tersebut darinya sahaja. Untuk simpanan yang lebih selamat kata mak.

            “Sebabmak tak nak Uteh sedih bila tengok karangan tu. Mak yakin Uteh mampu menangnombor 1 kalau masuk pertandingan tu tapi kekangan wang membataskansegala-galanya”

            “Makbanyak berkorban untuk Uteh. Uteh rasa diri mak hidup dalam diri Uteh. Abah punbanyak berjasa dengan Uteh. Tak mampu rasanya Uteh nak balas.” Uteh baring diriba Rahman. Meskipun tak sama rasa seperti berbaring di riba emak, Uteh tetapbersyukur. Sekurang-kurang Tuhan masih meminjamkan abah kepadanya.

            “Utehtahu mak sakit apa?” soal Rahman. batuk yang sesekali datang itu cuba diusirpergi. Uteh sekadar menggeleng. Tangan tua Rahman dicapai. Utehmembelek-beleknya. Tangan ini sudah banyak bekerja untuk membesarkannya. 

            “Hatiyang ada dalam badan Uteh itu sebenarnya milik mak kamu. Dia yang dermakankepada kamu, abah bukannya tak mahu berkorban tetapi hati abah tidak sesuai.Berhari-hari emak memujuk abah untuk membenarkannya membuat proses pemindahanhati itu. Abah tersepit Uteh, dua-dua abah sayang..” cerita Rahman. Air mata ditahan.Uteh terkejut. Dia bangkit dari riba Rahman dan memeluk lelaki itu.

            “Allahuakbar.Sampai macam tu mak berkorban demi Uteh? Ya Allah, kau peliharan kedua-dua ibubapaku” doa Uteh dalam sebak.

            “Ya,sewaktu itu Uteh masih kecil. Mungkin dalam umur 8 tahun. Abah kurang ingat”

“Maafkan Uteh abah. Kerana Uteh abahkehilangan wanita yang dicintai, Uteh..Uteh..” Uteh sudah tidak mampuberbicara. Rahman membalas pelukan anaknya. Diusap-usap belakang Uteh denganpenuh kasih sayang.

            “Utehtak salah, semua ini takdir Tuhan. Andai suatu hari nanti abah ikut jejak makkamu, abah harap Uteh tak lupa segala pesanan abah selama ini.”

            “Baikbah..” Uteh menangis di bahu Rahman.

 

“Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wangringgit. Kasih sayang yang lahir dari hati yang ikhlas tidak boleh ditandingidengan kemewahan harta dunia. Belajarlah hidup susah, kelak kau akan tersenyumdengan kejayaan dirimu”

-normah zainul-



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | TAMAT |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku