Merah Cinta Aku
Teaser
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 08 Mei 2017
Merah Cinta Aku (Teaser)
Penilaian Purata:
653

Bacaan






Merah Cinta Aku Teaser


Bulan 15 hari bersinar terang.Bintang-bintang yang mengerdip ceria di sekeliling bulan menerbitkan rasa kagum Aira kepada ciptaan ALLAH yang Maha Esa. Subhanallah. Contengannya sudah hampir siap. Figura seorang lelaki yang berlatarkan pepohon sakura merupakan idea spontannya. Kejadian siang tadi meninggalkan rasa lucu di hati. Lelaki ituseperti pernah dilihatnya, tepatnya seperti lagak dan pembawaannya persis seseorang yang dikenalinya.

Nada dering yang cukup dia kenal berbunyi nyaring. Telefon bimbitnya minta diangkat. Dia! Adib Hakimi yang tidak pernah jemu dan alpa mengirim isyarat cinta. Lelaki yang belum berputus asa ingin mencuba untuk meraih cinta Aira.

 

“Hello,” Aira lebih dulu menyapa.

“It’s me,”

“Assalamualaikum, Adib…”

“Waalaikumsalam Aira,”

“Lama lagi bercuti?”

“Bolehlah… kenapa? Rindukan saya?”

Adib terpana. Pertama kali Aira bermain bahasa cinta.

“Rindu…”

“Cantik bulan di langit,” Airasengaja menyasarkan topik perbincangan. Spontan dia termalu dengan keterlanjuran kata-kata lewat pertanyaannya sendiri.

“Tak seindah bulan dambaan saya,”

“Adib,” panggil Aira.

“Ya?”

“Bila awak akan memiliki bulan dambaan awak itu?”

“Bila-bila masa, kerana bulan itupasti jatuh ke riba juga,”

“Adib,”

“Ya?”

“Bukankah bulan jatuh ke riba itusatu kejadian yang mustahil?”

“Tidak mustahil kerana bulan dambaan saya jauh sekali bukanlah bulan di langit cakerawala, tetapi bulan dambaan saya ini ialah yang bakal menjadi cahaya cinta saya, juga bidadari syurga yang Allah kirimkan untuk saya bagi menghiasi kehidupan saya di sini, di dalam hati saya sahaja, selamanya,”

“Awak sudah angau berat,”

“Kerana bulan saya itulah!” Adib tertawa. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku