Hello Mr. Counselor
Ep. 002
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 08 Mei 2017
Mari belajar cara untuk bercinta daripada seorang penasihat cinta tidak bertauliah ini. Namun, Mr. Counselor juga tertewas dengan permainannya sendiri.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
193

Bacaan






Akmal merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di salah sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan. Genius adalah gelaran Akmal di kalangan kawan-kawannya namun kepintarannya tidak dapat diterjemah di atas kertas ujian. Hal ini kerana kebolehannya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu hanya melalui beberapa sesi perbualan sahaja tanpa berpandukan sebarang rujukan telah .

            “Aku bagi kau satu saranan untuk kau mengubah diri. Dunia kau nanti akan berputar 360 darjah. Sebelum ni, semua bakal suami jenis Mat Rempit yang kau dapat. Lepas ni, Pak Ustaz pula kau akan jumpa. Jangan terkejut, okay.”

            Konsultasi Akmal tidak terbatas kepada kaum Adam sahaja, bahkan kaum Hawa tanpa mengira usia turut meminta khidmat nasihat dan motivasi daripada Akmal secara berahsia. Upah pula sehabis-habisnya pun sekadar belanja makan di mana-mana restoran mengikut kemampuan mereka.Hampir 90 peratus kejayaan adalah memihak kepadanya dan 10 peratus kegagalan adalah disebabkan si pemasalah telah menaikkan bendera putih di pertengahan jalan. Bagi Akmal, tiadalah berguna membantu seseorang yang tiada kesungguhan untuk mengubah nasib dirinya sendiri.

            Disebabkan kebolehannya itu, maka telah tertubuhnya sekumpulan haters oleh mereka mengetahui dan kurang senang dengan kaedah yang direncanakan Akmal. Mereka berpendapat bahawa sesuatu perkara perlulah terjadi secara semulajadi dan bukan diada-adakan. Namun, Akmal merasakan semua itu hanyalah asam garam kehidupan. Tidak akan ada roti jika tidak diuli.

            “Alah! Diorang dengki sebab ‘awek’ atau ‘balak’ yang diorang minat tu semua dah kena 'rembat' dek rancangan aku”, borak Akmal membangga diri kepada teman sebiliknya, Jamal.

            “Kau tengok Bobba tu. Macam belangkas. Berkepit tak kira masa”, ujar Jamal sambil menunjukkan arah Bobba dan kekasihnya yang sedang berjalan menuju ke kantin. “Tak sangka pula taktik mogok lapar tu berkesan.”

            Ramai orang telah salah faham akan gelagat Bobba dan kekasihnya itu. Sebenarnya, Bobba adalah berketurunan campuran India-Belanda dan beragama Buddha. Manakala kekasihnya adalah beragama Kristian daripada suku kaum asal Sabah. Tetapi perwatakan mereka adalah seratus peratus sepertimana seorang Melayu semenanjung dengan berpakaian sopan. Justeru, mereka sering diminta untuk mengeluarkan kad pengenalan ketika makan pada waktu tengahari di bulan Ramadan.

            “Kau tahu, Jayme. Sebenarnya aku sudah kenal Christie tu semasa aku sekolah menengah lagi”, kata Akmal sambil tersenyum. “Budak tu budak baik. Anak tunggal dan perwatakan manja. Dia mudah tergores hatinya tapi dia juga tak senang duduk kalau ada orang merana disebabkan dia.”

            Jayme adalah gelaran Jamal oleh Akmal dan kawan-kawan dengan bunyi sebutan huruf ‘J’ dan bahasa Inggeris ‘me’ yang bermaksud saya. Christie pula adalah nama kekasih Bobba.

            “Pernah sekali dia buka air tin. Menyumpit gas kena kat baju aku. Aku cakap tak apa-apa. Tiba-tiba esoknya dia tukar baju aku dengan baju baru. Padahal dah hujung tahun. Masa tu datang sekolah pun sebab nak main bola”, jelas Akmal panjang lebar.

            “Oh! Patutlah dia cair dengan Bobba yang kesian tu. Lembut hati rupanya”, Jamal menganggukkan kepala beberapa kali. “Kiranya Christie ni anak orang senang jugalah”, tambahnya lagi.

 

Sedang mereka berbual di ruang legar, tiba-tiba bunyi bekas makanan besi jatuh di atas lantai. Akmal melihat di sekeliling. Tiada sesiapa yang datang menolong. Ada yang menjengah sahaja. Ada juga yang sedang berjalan terus berlalu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Atas dasar kemanusian, Akmal dan Jamal lantas mahu menolong budak yang malang itu walaupun kami sedang duduk di kerusi yang agak jauh.

            “Biar kami tolong”, kata Akmal kepada budak itu. Jamal masih jauh di belakang Akmal.

            “Tak perlu. Saya boleh buat sendiri”, balas budak itu dengan nada agak kasar.

            Tersentak Akmal dengan balasan budak itu. Susu yang diberi, tuba yang dibalas. Lebih mengejutkan adalah budak itu adalah seorang perempuan berambut pendek paras leher, berkulit putih pucat serta bercermin mata besar namun ada retakan di cerminnya itu. Melihatkan situasi yang aneh itu, Akmal lantas mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang.

            “Kuat juga budak ni bawa semua barang tu. Badannya kecil sahaja”, bisik hati Akmal.

            Jamal menuju ke arah Akmal lalu memeluk bahunya dan berkata, “Itu budak junior sekelas dengan adik aku. Nanti aku cerita.”

            Jamal dan Akmal pun berlalu. Sempat pula Akmal menjeling ke arah budak itu. Masih tiada orang yang datang menolong. Mungkin juga kerana sifatnya yang seperti itu telah menjauhkan dirinya dengan masyarakat di sekeliling. Namun, Akmal bersangka baik bahawa pasti ada sesuatu peristiwa di sebalik keperibadiannya yang sedemikian rupa.

            “Aku perlu siasat! Perlu!”, tekad Akmal di dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Ep. 001 | Ep. 002 | Ep. 003 | Ep. 004 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku