MAKE ME LOVE YOU - Teaser
Teaser2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Mei 2017
MENGISAHKAN tentang seorang penulis yang cuba mencari cinta sejati antara masa silam dan masa kini. Follow PenaPutera di: karyapenaputra.blogspot.com Wattpad : Pena Putera Hak Cipta Terpelihara 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
229

Bacaan






AKU berjalan mengelilingi galeri itu. Lukisan-lukisan yang menghiasi setiap ruang dinding itu, benar-benar menusuk ke hatiku.


Melihatkan semua ini, telah membawa aku kepada memori lama.


Aku akui, dia insan yang istimewa. Tak ada siapa boleh gantikan dia. Dia terlalu bermakna untuk aku.


Sukar untuk aku lupakannya.


"Apabila seseorang meninggalkan falsafahnya, ia akan dijadikan kata-kata berharga. Apabila seseorang meninggalkan jasa dalam mempertahankan negara, ia akan dikenang sebagai perwira negara. Dan… apabila seseorang itu meninggalkan sebuah lukisan, ada maksud yang terlindung di sebalik kesenian itu."


Aku menoleh. Wajah dia aku pandang. Dia juga memandang aku.


Aku terkedu.


"Kadang-kala, kita perlu lepaskan sesuatu itu tanpa kerelaan kita. Kita rasa, semua ini masih belum cukup. Masih awal lagi. Tetapi kita tak sedar, yang dia sebenarnya telah tinggalkan sesuatu yang berharga. Dan ia perlu dijadikan sesuatu kenangan yang kita perlu jaga."


Apa yang dia katakan itu… betul.


Semua ini, adalah peninggalan berharga.


Bukankah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya?


Aku reda jika ini takdirku.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Teaser1 | Teaser2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku