Lenyapnya Ipomoea Aquatica
Musnahnya Wilayah Ipomoea
Genre: Alternatif
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 14 Mei 2017
Kelangsungan Hidup Haiwan Air
Penilaian Purata:
150

Bacaan






                  Pak Uan gusar. Hatinya rungsingdan bimbang. Dia begitu terdesak. Dia bergerak ke hulu dan ke hilir. Wajahnya ketatdan tegang. Kedua-dua belah pipinya yang kembung membulat kelihatan bertambah hitamkenyal. Dia memuncung dengan mulut ternganga luas. Fikirannya terus menerawangmemikirkan tentang keselamatan anak buahnya, tentang wilayah terpencil Ipomoeayang mereka duduki selama ini. Kini dia dan anak buah serta penduduk wilayahyang tidaklah sebesar mana itu terpaksa memikirkan semula tentang kawasantersebut yang kini semakin diancam musuh. Telah banyak dugaan dan cabaran yangtelah mereka hadapi sebelum ini. Tapi masalah yang satu ini begitumembimbangkan dan amat menakutkan sekali.

 

               Wilayah yang mereka huni akandimusnahkan dan dilumatkan menjadi hancur lebur sepenuhnya. Wilayah tempattinggal mereka sejak zaman berzaman dikatakan akan diserang dan dijadikankawasan pertanian yang baharu oleh sang penjajah.  Semua sudah tahu tentang perkara itu. WilayahEichhornia dan Nelumbo sudah ranap sepenuhnya. Warganya ramai yang melarikandiri malah tidak kurang yang mati.

 

               Giliran mereka akan tiba tidaklama lagi.  Jentera berat berantai merekasudah semakin menghampiri Ipomoea. Wilayah yang dahulunya aman damai, hidup harmoni,saling bertoleransi, kaya dengan khazanah dan sumber makanan yang telahdiduduki sejak zaman berzaman oleh mereka yang berbilang kaum dan budaya kinisudah tidak tenteram dan semakin huru hara. Tiada cara dan tiada daya untuk mereka melawan.

 

               Pak Uan masih ingat ketika zamanremajanya, pernah suatu masa, wilayah mereka diracuni dari udara dengan sejenissemburan seperti senjata kimia atau senjata biologi. Begitulah pada fikirannya.Tapi, entahlah dia tidak begitu arif tentang senjata musuh yang berbau kuat dansangat memualkan itu. Terlalu payah untuk difahami. Ramai yang mabuk, melayangdan menggelupur kesakitan. Yang terkorban, busuk bergelimpangan. Penduduk yangterselamat berlindung di dalam tanah dan lubang-lubang rahsia termasuklahdirinya. Kudis dan parut yang masih berbekas di tubuhnya adalah kesan dari bisaracun itu. Warga yang ada sekarang adalah generasi baharu, bercampur denganwarga pendatang yang berbagai bangsa.

 

               Satu lagi masalah yang dihadapisejak turun temurun ialah tentang umpan musuh yang licik, menyebabkan ramaianak-anak muda yang sombong, degil, berhati keras kononnya cekap dan kuat akhirnyaghaib begitu sahaja.  Mereka mudahterpedaya. Segala nasihat dan pandangannya tidak mahu didengari. Sebagai ketuadia tahu tentang taktik jahat musuh mahu memerangkap mereka. Kemungkinan besarmereka dicolek, ditangkap, dipenjara atau dibunuh!. Mereka yang dapat lepaslari menjadi buta atau cedera di mata atau dimulut.  Itu adalah perkara biasa bila musuh memulakanoperasi memburu pada musim-musim tertentu. Kehidupan di dunia atas merekabegitu menakutkan.

 

               Pak Uan maklum sebagai ketuayang disandang secara turun temurun, tidak semua bangsa menyukai kepimpinannya.  Ada yang memandang serong kepadanya keranarekod buruk yang dipegang oleh nenek-moyangnya sejak zaman berzaman lagi walaucerita itu tidak disahkan benar-benar berlaku. Setakat ini dia tidak pernah lagi menganiaya sesiapa termasuk anak-anakdan ahli keluarganya sendiri.  

 

          “Tempat tinggal kita ni dah takselamat lagi untuk diduduki. Lebih baik kita berhijrah sahaja. Aku dahdimaklumkan oleh perisik kita si Lut dan rakan-rakannya yang lain bahawa disebelah sana ada lembangan luas dan damai. Sangat sesuai untuk kita semua memulakanhidup baharu”, ujar Kelly, setelah mereka semua yang mewakili kaum kerabatmasing-masing berkumpul untuk memulakan mesyuarat tergempar.

 

          “Ah, senangnya kau cakap Kelly. Kauingat mudah nak melepasi sempadan macam anak-anak buah Pak Uan dan anak-anakbuah Yuyu. Mereka tak apalah sebab mereka berani dan ada kelebihan. Mereka adadaya tahan. Itupun tak semua dapat melepaskan diri. Ada juga yang terkorban.Tak macam kita ni, banyak kekurangannya. Cuba kau fikir dengan keupayaan yangkau miliki. Apa yang kau ada?. Harap misai kau sahaja yang panjang. Badan kautu dah la lembik, tak tahan cuaca panas, macam aku jugak. Dah tua, dah uzur.”sahut si Epat sambil membulatkan biji matanya. Kelly mencebik dengan bibir yang meleper.

 

          “Betul tu Epat. Aku sokong kauseratus peratus. Aku pun macam kau juga. Cuba kita ingat balik masa kawasankita ni dilanda kemarau panjang dulu. Ramai kaum kita yang mati kebuluran,kepanasan, bergelimpangan sana-sini. Tapi cucu-cicit Pak Uan dan Yuyu selamat.Tak dapat air dua tiga hari pun mereka boleh tahan.” Sokong si Belly.

 

          “Sesiapa yang nak bertahan di sinisilakan. Aku tak boleh menahan kehendak kamu semua. Aku nak lari. Aku lebihrela mati setelah berusaha daripada mati tanpa berbuat apa-apa.” Balas Kellylagi.

  

          “Kita dah lama hidup di sini. Rukundan damai. Berumah tangga, beranak pinak. Aku sayang hendak tinggalkantanahairku ini. Anak-anakku ramai yang masih kecil lagi. Bagaimana aku mahumengangkut anak-anakku itu nanti?” soal Yuyu hiba.

 

          “Iya, betul juga cakap awak tu Yuyu.Serba salah kita dibuatnya.  Kita niumpama, nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak.” Balas Pak Uan selamba.Semua yang hadir terkejut dan berasa sedikit cemas.  Masing-masing berundur sedikit dari kedudukanasal.  Pak Uan tersenyum kelat.Sebenarnya dia juga masih sangsi dengan cadangan Kelly yang sememangnyatepat.  Tetapi sekiranya mereka berhijrahsudah tentu kedudukannya sebagai ketua akan hilang.  Cabaran di lembangan yang luas lebih sukardan tidak dapat diduga.  Dia perlumenghadapi tentangan dari sepupu jauhnya Tok Man atau perlu mencabar kewibawaanMemera yang lebih kuat, gagah dan mungkin akan menyiat-nyiat tubuhnya nanti.

 

          “Hai Pak Uan, sepatutnya Pak Uansebagai ketua sudah tetap pendirian. Sudah boleh membuat keputusan demikebaikan dan keselamatan penduduk wilayah kita ini. Kita dah tak boleh buatapa-apa lagi kecuali berpindah atau berserah diri menjadi mangsa mereka. Sayasokong sangat cadangan si Kelly tu. Saya, ahli keluarga dan semua kaum saya punsudah bersedia mahu berhijrah”, ujar si Udan mewakili masyarakatnya yangberkulit putih dan bertubuh bongkok.

 

          “Tuan-tuan dan puan-puan semua. Okeylah.Saya ambil kira pandangan Kelly dan Udan. Saya rasa semua pun bersetuju. Sekarangni kita dah tak ada banyak masa lagi. Kita terpaksa berpindah. Saya arahkansemua penduduk wilayah Ipomoea berpindah. Jika ditakdirkan kita mati, biarlah kita mati setelah berhempas pulasmenyelamatkan diri dan bangsa kita.  Kelangsunganhidup mesti diteruskan. Kita perlu tunjuk dan beri semangat kepada generasimuda bahawa kita sudah lakukan apa yang terbaik. Kita tidak ada sebarang carauntuk melawan kecuali melarikan diri. Sesiapa yang ingkar tanggunglah akibatnyasendiri.  Saya sebagai ketua Ipomoeatidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku terhadap mereka yang tidakmahu menurut kata.

 

          “Yaaa...”, sorak ketua-ketua kaum,semua bersetuju.

 

          “Bila kita nak melakukan evakuasi?”soal Kelly.

 

          “Cuba tanyakan si Lut. Mana si Lutni?”

 

          “Dia masih berusaha mencari jalanuntuk kita menyusup keluar, Pak Uan”, jawab si Belly.  Pak Uan mengangguk-angguk. Lut memang bolehdiharapkan. Kelebihan yang ada pada Lut membolehkan dirinya dan suku kaumnyamengorek tanah membuat lubang.

 

          “Ohh...kalau begitu panggilkan siGerri.”

 

          “Saya ada di sini Pak Uan”, jawabGerri yang dikenali sebagai water striders. Dia sukar dilihat kerana Gerriberada di atas dunia mereka.

 

          “Apa maklumat yang awak dapat?”

 

          “Saya lihat jentera pemusnah merekasudah semakin hampir. Mungkin lusa atau tulat mereka akan datang menyerang kawasankita.”

 

          “Oh, kalau begitu kita kena bergerakesok, ketika matahari mula terbenam.”

 

          “Kenapa bergerak waktu gelap PakUan?. Saya dan kaum saya tak begitu nampak bila bergerak waktu malam”, terangEpat.

 

          “Tidak mengapa Epat.  Saya faham. Pemuda-pemuda dari kaum saya akanmengawasi dan mengiringi perjalanan kita nanti.”

 

          “Tapi kenapa mesti waktu malam?”

 

          “Epat, kau kena tau, di dunia ataskita ni banyak perkara yang kita tidak tahu, banyak musuh yangterselindung.  Mereka akan menyerang kitabila-bila masa sahaja jika mereka dapat menjejaki pergerakan kita”, ujar PakUan. Epat mengetap bibir.

 

               Mesyuarat dikalangan ketua-ketuapuak tiba-tiba terhenti.  Merekaberpandangan sesama sendiri bila dunia mereka dirasakan bergetar, bergoncangan.Perlahan, kemudian bertambah kuat dan semakin kuat. Bunyinya juga begitu nmenggerunkan.Ramai yang menangis ketakutan.  Suasanamenjadi kelam kabut, riuh rendah dan huru hara. Mereka tahu jentera pemusnah musuh sudah semakin hampir. Bencana akanberlaku bila-bila masa sahaja!.

 

          “Saya rasa kita kena bergeraksekarang juga. Tak boleh bertangguh lagi. Jangkaan kita meleset. Kumpulkansemua penduduk Ipomoea sekarang!”, arah Pak Uan. Untunglah si Lut sudah tiba.Dia seolah-olah sudah tahu akan kemungkinan buruk yang bakal melanda.

 

          “Lut, macam mana dengan pencarianjalan keluar?”

 

          “Pak Uan dan semua penduduk kena ikutsaya. Kita kena bergerak arah ke Timur Laut. Kita perlu selusuri londang yangsedikit berair, meredah akar kangkung yang berselirat, menyelinap di bawah rumpunteratai dan di sana nanti kita akan temui sebuah terowong lama yang membawakita ke lembangan luas. Perjalanan memakan masa lebih kurang satu setengah jamjika kita bergerak pantas.”

 

               Di waktu senja yang beransur gelapitu berbondong-bondong, beribu-ribu kawanan ikan mula berhijrah menuju kekawasan hilir sungai yang luas dan terbuka. Kecil dan besar. Tua dan muda.Sihat atau sakit. Semua berenang dengan perasaan yang bercampur baur. Kawasanpaya yang mereka huni sejak berabad-abad lamanya akan diratakan menjadi kawasantanaman padi.  

 

               Si haruan yang bergelar ketuawilayah Ipomoea Aquatica berenang mengekori si Lut dalam keadaan senyap diekorioleh si keli dan kaum kerabatnya, puyu, sepat, belida, belut, udang kertas,lundu dan si pencakar air bersama kumpulan masing-masing. Mereka terpaksameninggalkan kampung halaman yang tercinta akibat perbuatan rakus manusia.Mereka berharap agar dapat membina kehidupan baru di tempat yang baru walaucabaran dan dugaan baru yang lebih hebat juga perlu mereka tempuhi. Di sanananti mereka akan menemui bangsa yang lebih ganas seperti Toman dan Memerangyang berbulu dan bertaring. Mungkin juga akan berhadapan dengan si Sawa.

 

               Di belakang mereka kedengaranbunyi dahsyat jentera pengorek yang masih rakus mencungkil dan meratakan bekaskediaman mereka. Nun tinggi di udara pula kelihatan sang helang berlegar-legarmencari mangsa seperti sebuah jet penggempur Sukhoi. Si Raja Udang jugamenghendap-hendap di celahan dahan pokok ketapang umpama sebuah pesawat peninjauUAV. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku