Memori Berkasih
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 16 Mei 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
214

Bacaan






Sabrina hanya melihat pertengkaran antara kawan baiknya dengan seorang lelaki yang entah siapa yang tiba-tiba melanggar kawannya tadi.  Memang salah lelaki itu yang nampak gelabah semacam. Tapi kawannya itu pun satu, orang tu dah minta maaf, ajak bertengkar juga. Dah satu kompleks kuQeelah berkumpul melihat mereka. 


“Dah la beb. Dia dah minta maaf kan,” pujuk Sabrina.


“Ha, bagus. Nasihat sikit kawan kau ni. Biar tahu berbudi bahasa. Bukan main ikut suka saja sembur orang.” Mamat ni pun satu, makin nak panaskan line pulak.


“Hoi, mamat sengal! Baju aku habis kena air milo tabur kau ni, dengan aku ada kelas sekejap lagi, kau nak aku berbudi bahasa ? Like hello. Aku rasa kau yang kena masuk semula kelas Tamadun Islam. Bagi ada tamadun sikit perangai. Huh!” Aqeela terus berlalu pergi.


Sabrina mengekorinya di belakang. Takut Sabrina hendak menegur Aqeela. Tak pernah Aqeela jadi raksasa. Kesian Aqeela, semua orang melihat fesyen baju kurung tompok milo taburnya.

Sabrina menunggu Aqeela di tingkat bawah asramanya. Nasib baik kelas pukul 9 pagi dibatalkan. Adalah masa untuk Aqeela tukar baju untuk ke kelas sebentar lagi. Ketika menunggu, Sabrina mendengar bunyi bising dari arah tangga asrama. Sabrina berjalan bagi melihat apa yang berlaku. Kelihatan beberapa orang penghuni asrama bergegas menuju ke bilik felo. Sabrina memandang kearah tangga. Terbungkam dia melihat Aqeela dengan kepala yang berlumuran darah.

 



Sabrina dan Aqeela sudah menempuh lima semester bersama-sama. Hanya tinggal lagi satu semester dan mereka akan graduat. Mereka berdua sibuk memilih kursus elektif untuk semester akhir mereka.


“Kau nak ambil kelas apa, weh?” Tanya Aqeela.


“Tak tahu. Tapi aku akan ambil kelas yang aku senang nak score. Tak lah rosak transkrip aku nanti.”


“Tapi kau kena pilih yang boleh jadi bonus untuk cari kerja nanti.”


“Okay. Tapi aku kena fikir dulu yang senang, baru pasal bonus tu. Sebab aku tak excellent macam kau. Tapi kan, sejak kau jatuh tangga dulu. Aku tengok kau makin bijak. Adakah aku kena jatuh tangga dulu baru bijak macam kau?” Sabrina gelak.


“Banyak la kau! Kau yang cakap mak abah aku menangis macam apa masa tu. Kau nak juga ke bagi mak abah kau menangis sebab risaukan kau?” Mula dah tarbiah Aqeela.


“Eleh, orang gurau pun tak boleh. Suka sangat sentapkan aku. Menyampah,” Sabrina memuncungkan mulutnya. Dengan cepat Aqeela menjentik muncungnya itu. Sabrina geram lalu menggeletek Aqeela. Riuh bilik dengan tawa mereka berdua.


“Weh, jadi kita tak ambil satu kelas elektif la sem ni?” Tanya Aqeela.


“Kau nak ambil Biotek kan. Aku tak nak. Aku nak ambil Statistik,” jawab Sabrina. Aqeela melopong.


“Kau gila apa cakap Statistik senang?”


“At least tak banyak membaca macam Biotek. Muak dah aku menghafal. Jadi, sem ni aku let go kau. Kau jangan tangisi pemergian aku. Kita clash. Kau terlalu baik untuk aku dan aku harap kau jumpa orang lagi baik dari aku. Terima kasih atas semua  memori indah. Aku akan simpan dalam arkib persahabatan kita.” Sabrina bercakap gaya ala-ala kasanova putus cinta.


“Kau jangan poyo macam tu boleh tak?” Mereka berdua ketawa bersama. Masing-masing tahu yang persahabatan mereka takkan terpisah ruang dan waktu.

 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku